Sunday, February 16, 2014

PRK DUN Kajang: Zaid Ibrahim umum tanding sebagai calon Bebas

2:32 PM No Comments


KAJANG: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan membela prinsip politik sihat, mempertahankan dan menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat dirinya sebagai Menteri Besar Selangor walau apa sebab sekali pun adalah satu tindakan politik liar yang tidak wajar direstui," katanya pada sidang akhbar itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger