Sudah beberapa bulan kita tidak mendengar khabar mengenai
pelakon cantik, Wawa Zainal yang sebelum ini telah dihimpit kontroversi bersama
pasangannya Aeril Zafrel yang kini telah pun menjadi suami kepadanya dan
seperti yang telah kita semua sedia maklum pasangan ini juga telah dikurniakan
seorang bayi lelaki yang sungguh comel.
Pertemuan bersama pelakon ini di Femes Bazar yang diadakan
di Tierra Crest, Kelana Jaya semalam di booth jualan kelihatan dirinyas semakin
anggun dan jelita selepas beberapa bulan telah mengenakan hijab. Di pertemuan
ini juga, dia memberitahu bahawa selepas ini segala karier lakonannya akan
diuruskan oleh suaminya, pelakon Aeril Zafrel.
“Memang saya tak nafikan banyak tawaran yang telah saya
terima tetapi buat masa sekaranhg saya tunggu lagi sebulan kerana biarlah anak
saya cukup 7 bulan barulah saya akan aktif semula dalam lakonan. Tunggu dia
besar sedikit. Walaubagaimana pun, karier saya selepas ini akan diuruskan oleh
suami saya secara keseluruhannya,” ujar Wawa sambil tersenyum.
Sebelum ini juga industri hiburan turut digemparkan oleh
pasangan ini apabila Wawa Zainal telah dikatakan melanggar kontraknya bersama
pihak pengurusan kariernya MIG kerana dalam kontrak tersebut salah satu
syaratnya mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin.
Meskipun begitu, isu ini telah pun kembali reda dan Wawa
kini telah menjelaskan bahawa dia masih belum menghubungi pihak MIG dan begitu
juga dengan pihak di sana yang masih belum menghubungi dirinya.
Tetapi Wawa telah menulis sepucuk surat kepada David Teo
mengenai statusnya kini.
“Saya rasa apa yang berlaku sebelum ini telah cukup jelas
sekali dan berharap mereka tahu mengenai status saya sekarang ini. Kalau boleh
saya tidak mahu untuk memberikan sebarang komen mengenai isu ini akan tiba
suatu hari nanti anda semua akan ketahuinya,” ujarnya.
Baru-baru ini juga Wawa telah menyambut ulangtahun ke-2
perkahwinannya dan itu membuat dirinya begitu bahagia bersama-sama suami dan
bayinya yang tercinta.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang
penyayang & bertanggungjawab. Begitu juga dengan kelahiran anak saya ini
yang akan memasuki 7 bulan pada bulan hadapan. Kehidupan kini lebih teratur dan
sempurna selepas apa yang telah berlaku sebelum ini. Peminat-peminat juga
banyak memberikan sokongan pada kami,” katanya lagi
Sumber : http://www.rotikaya.com