Wednesday, February 12, 2014

Ijazah tidak menjamin pekerjaan

10:33 AM 10 comments





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ijazah ? semua orang tahu dengan memperoleh ijazah belum tentu dapat menjamin pekerjaan. Tapi masalah kepada graduan ialah keadaan sekeliling, jiran, ibu-bapa, dan orang sekeliling. Mereka beranggapan orang yang ada ijazah ini akan mendapat pekerjaan yang baik, dari situ timbulah kata-kata yang kurang menyenangkan " ko ada ijazah tapi kerja macam ni jer ", kadang-kadang kata-kata begini memang menyakitkan kita, tapi apa boleh buat ? mulut orang, mereka boleh berkata apa saja yang selagi bernafas. 

Sebenarnya segulung ijazah memang tidak mejamin apa-apa, ianya adalah sebagai platform untuk ke bidang tertentu. Cuba anda bayangkan semua graduan yang baru menghabiskan pelajaran terus mendapat pekerjaan. Apa yang akan terjadi kepada orang-orang lama?. Saya sendiri sukar mendapatkan pekerjaan sebagaimana kelulusan saya. Saya faham kebanyakan graduan  meinginkan pekerjaan yang lebih baik sesuai dengan kelulusan mereka, termasuk diri saya sendiri. Tetapi pada zaman sekarang terlalu banyak graduan yang di lahirkan sehinggakan menimbulkan terlalu banyak persaingan sihat dan juga tidak sihat. 

Kenapa menganggur ? Sebenarnya ini pesan kepada diri saya juga, pendapat saya graduan tidak perlu menganggur, ambil sahaja segala peluang yang ada untuk bekerja. Faktor utama graduan menganggur kerana terlalu memilih kerja, kerana mereka beranggapan pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan kelulusan mereka. Saya faham kita belajar 3-5 tahun, memang penat. Tapi kita juga perlu percaya pada rezeki. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kalau dulu anda pelajar cemerlang di universiti belum tentu anda akan dapat pekerjaan dulu berbanding rakan-rakan yang kurang cemerlang. Kebanyakan, graduan cemerlang lebih banyak demand, ini memang tidak dapat di nafikan. Bagi saya kita perlu percaya kepada rezeki, jangan percaya kepada segulung ijazah. 

Sebenarnya terdapat beberapa faktor utama graduan tidak mendapat pekerjaan yang saya ambil dari artikel rahsia belajar di universiti, Antaranya

1. Tiada pengalaman. Kebanyakan syarikat di Malaysia ini memilih mereka yang mempunyai pengalaman dan pernah bekerja.

2. Kemahiran berkomunikasi lemah. Semua tahu, kebanyakan temuduga dalam bahasa inggeris, namun ramai orang melayu masih lagi tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris. Mereka hanya tahu menjawab sepatah perkataan tanpa menghuraikan dengan lebih jelas.

3. Tiada kemahiran yang diperlukan oleh syarikat atau industri.

4. Gagal dalam menjawab kertas ujian yang diberikan.

5. Memilih kerja dan tak mahu gaji yang rendah.

6.Keputusan peperiksaan yang lemah. Biasanya keputusan peperiksaan adalah pilihan terakhir bagi syarikat untuk memilih anda.

Saya sangat bersetuju dengan keterangan di atas, oleh itu kepada semua graduan jangan berputusa asa dalam mencari pekerjaan, Marilah kita terus berusaha dengan lebih kuat untuk berjaya. Saya sendiri masih tercari-cari career saya. Semoga Allah s.w.t. permudahkan segalanya. 

Saya ada mencari beberapa artikel untuk mengetahui pendapat orang ramai tentang, "adakah segulung ijazah bakal menjamin hidup anda ? ". 

Artikel pendapat  dari :my.toluna.com

Pendapat 1 : Nurqaseh5

Pendapat saya, ijazah bukan bakal menjamin masa depan,cuma ia umpama satu platform dimana dunia memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tertentu untuk ditempatkan kesuatu spesifikasi tugas tertentu. justeru, sekeping kertas itulah yang menjadi bukti adakah kita layak atau tidak untuk menjawat sesuatu pekerjaan yang ditawarkan.

Kerajaan akur dengan masalah graduan yang menganggur. Banyak program program telah diatur untuk graduan. Graduate Employment Scheme antara yang dilakukan. Program ini usahasama pihak kerajaan dengan Khazanah serta GLC. Saya antara alumni program ini. Objektifnya adalah untuk menempatkan kita dalam suatu institusi tertentu berdasarkan kelayakan bidang kita. Tetapi, ia bukan jaminan yang kita diterima bekerja dalam institusi itu, ada terma dan syarat kena dipatuhi.


Walaubagaimanapun, pengalaman dan kepakaran adalah pakej utama yang amat diperlukan tak kira dalam bidang apa yang kita ceburi dan apakah kelayakan kita.

Pendapat 2 : Jojo Lim

Segulung ijazah tidak semestinya menjamin hidup saya. berpengalaman dan sikap baik masa bekerja dan hubungan yang baik antara keluarga dan orang lain. dan ijazah tidak menjamin saya melibatkan dalam bidang kerja yang berkaitan. minat dan kemampuan berubah.

Segala pendapat mereka memang dapat di terima oleh logik akal. Kepada semua graduan jangan takut untuk menghadapi dunia luar yang memag boleh saya katakan mendapat. Di harap kita semua dapat beroleh rezeki dan peluang yang baik. Ingat, segulunh ijazah memang tidak dapat menjadi sebarang pekerjaan. Pedulikan apa yang orang sekeliling katakan, mereka tidak merasa apa yang kita rasa dan mereka tidak faham apa yang kita tahu. Mulakan hidup baru , langkah baru, matlamat baru. Jangan pandang ke belakang mengimbau masa lalu, terus berfikiran positif melangkah ke hadapan. Nikmat sebenar dalam kehidupan kita bukanlah kekayaan tapi Kesihatan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu adalah dari kekurangan diri kita sendiri. Selamat Maju jaya buat semua. 



10 comments:

  1. setuju.
    cabaran bagi kami yang masih belajar lagi ni.
    meow singgah sini ya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan usaha.. ingat rezeki di mana-mana.. Insyallah .. Amin

      Delete
  2. jubah tu macam jubah upsi je..haha
    skg ne yg amik master pun ramai.

    ReplyDelete
  3. agree with this post.. kebanyakan kerja zmn sekarang ni x tgk sgt pun kelulusan sbb graduan dah melambak.. mereka lebih tgk kpd kemahiran dan pengalaman.. kerja kerajaan je yg selalunya tengok result & level pendidikan seseorang. So kpd graduan zmn millenium ni haruslah bersikap lebih terbuka & jgn memilih sgt kerja. Mula dari bwh pun x pa yg penting pengalaman.. mcm sy skrang ni pun kerja dlm bidang yg langsung x de kene mngena dgn bidang yg saya ambil.. yg penting, graduan harus ada sikap ingin belajar sesuatu yg baru dan terus berusaha in order to success =)

    Jom Terjah : CUSTOM MADE STICKER KERETA | CAR STICKERS MALAYSIA


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... sekarang ni ape yg majikan nak.. kemahiran...thanks awak

      Delete
  4. jangan heran ya kalo syarikat2 tertentu lbh suka ambil lepasan SPM ataupun STPM berbanding yg lepasan ijazah = =

    ReplyDelete
  5. graduate sekarang memilih keje dan tangga gaji...kalu boleh gaji permulaan terus nak dapat RM2+++ nak keje cuma 5hari xblh buat keje lbh masa....ada plak yang graduate bawa parents@adik temankan untuk tanya ada x keje kosong...employee dh boleh nilai candidate tu mcmne...

    ReplyDelete
  6. boleh saya tambah sikit. bukan niat untuk demand gaji tinggi, tapi rm3000 miskin bandar kot. lgpun mcm sy, akhir tahun ni akan brkeluarga, mcm mne nk sara family kalau gaji ckp2 makan,dgn gaji kerja saya sekrang pn ckp2 makan je, nk bg nafkah agi, anak agi, rumah agi, mcm2... umum pn tahu, harga barang naik, kos sara hdp naik. sy agak kurang setuju dengan memilih kerja dlm aspek gaji. ^^ selamat berkerja semua :)

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger