Sunday, February 16, 2014

Ismail Sabri bimbang banyak provokasi melampau

11:24 PM No Comments

BUKIT MERTAJAM: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluahkan rasa bimbang dengan insiden provokasi melampau yang semakin banyak berlaku kebelakangan ini.

Katanya perbuatan sedemikian perlu dihentikan kerana hanya mengundang respons serupa daripada pihak yang lain.

"Biasanya perkara yang ekstrem akan dijawab dan dibalas dengan perkara ekstrem lain," katanya kepada pemberita selepas penjenamaan semula bangunan Umno Permatang Pauh di sini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata selama ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup secara harmoni atas dasar toleransi dan saling menghormati.

"Tidak ada untungnya kepada sesiapa kalau negara ini tidak aman (hasil provokasi melampau itu)," katanya.

Mengulas perkara lain, beliau berkata UMNO Permatang Pauh perlu mengambil peluang daripada 'kesibukan' Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dengan menumpukan usaha membantu penduduk.

Secara tidak langsung katanya usaha ini akan menambah sokongan penduduk di kawasan itu terhadap UMNO. - BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger