Tuesday, April 21, 2015

Dipenjara 2 tahun, tawar seks kepada polis

4:50 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis tiga hari lepas.
   
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan R. Poogothai, 59, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditahan pada 18 April.
   
Poogothai dituduh menawarkan khidamat seks kepada Sarjan G.Balasubramaniam, 52, di hadapan sebuah hotel di Bukit Bintang di sini pada 2.30 pagi 18 April.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 32 (B) Kanun Keseksaan.

Ketika diberi peluang mengemukakan rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon diringankan hukuman atas alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan asma.

Timbalan pendakwa raya Norazlin Mohamad Yusoff meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Saturday, April 18, 2015

Hormat Ibu Bapa, Guru jika ingin cemerlang

1:25 PM No Comments

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para pelajar mampu mencapai tahap cemerlang dengan mengamalkan beberapa perkara namun asasnya adalah menghormati ibu bapa dan guru.

Menurut baginda sebagai umat Islam, doa dan restu ibu bapa amat penting untuk mendapat ilmu yang berkat manakala guru adalah sumber ilmu pengetahuan yang paling hampir dengan mereka.

"Kedua-dua indivitu ini perlu sentiasa dihormati walaupun pelajar boleh memberi pandangan atau pendapat selain pembelajaran mesti melalui proses soal-jawab untuk mengasah ketajaman daya pemikiran.

"Beta mahu setiap pelajar mengikis sifat malu bertanya atau terlibat dengan serius dalam sesi soal-jawab atau perbincangan dalam menimba ilmu," titah baginda ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan ke-41 Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sheikh Ahmad di sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut hadir.

Keberangkatan baginda berdua disambut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rooslee Ismail dan pengetua sekolah Abdul Rashid Sulaiman.

Sekolah Kluster Kecemerlangan itu juga menawarkan pengajian International Baccalaureate (IB).

Tuanku Syed Faizuddin mencadangkan pelajar lebih banyak membuat perbincangan berkumpulan khususnya menjelang peperiksaan yang terbukti dapat meningkatkan kefahaman sesuatu subjek dengan lebih berkesan.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada Anis Najhan Md Jamil manakala Tham Chew Meng menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Lelaki.

Mohamad Firdaus Ali dan Anudsara a/p Vik Chan masing-masing menerima Anugerah Tokoh Pelajar. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Terserempak makhluk ghaib

1:05 PM No Comments

PONTIAN –  Nama Kampung Seri Bunian memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di sini, dan ia sering mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan pelbagai kejadian aneh.

Ketua Kampung Seri Bunian, Husin Ahmad berkata, berdasarkan cerita generasi terdahulu, peneroka yang membersihkan kawasan itu untuk dijadikan perkampungan sekitar 1924 mendakwa pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dikenali sebagai bunian.

Menurutnya, disebabkan peristiwa berkenaan, ramai penyelidik terdiri daripada orang luar dan penuntut universiti datang  untuk membuat kajian mengenai asal-usul kampung itu.

Asal usul Kampung Seri Bunian

Menurut Husin, pada mulanya kampung berkenaan diteroka oleh golongan petani yang dipercayai datang dari Indonesia, dan ketika itu nama kampung berkenaan dikenali sebagai Kampung Sungai Bunyi Hulu.

“Tuan Haji Wahab merupakan orang yang bertanggungjawab meneroka kampung yang asalnya merupakan kawasan hutan belukar.

“Usaha membangunkan kampung diteruskan Haji Othman yang merupakan ketua kampung pertama di sini,” katanya.

Jelasnya, kejadian terserempak bunian berlaku ketika penduduk kampung melakukan kerja membersih kawasan hutan untuk membina sekolah rendah.

“Penduduk bergotong-royong membina sekolah rendah bagi memudahkan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan tanpa pergi ke bandar.

“Bagaimanapun penduduk mendakwa kerap kali terserempak dengan makhluk halus dipercayai bunian ketika gotong-royong itu diadakan,” katanya.

Justeru, penduduk meminta nama Kampung Sungai Bunyi Hulu ditukar kepada Kampung Seri Bunian.

Pernah mengalami kejadian pelik

Menurut Husin, beliau sendiri mempunyai pengalaman berdepan dengan kejadian aneh ketika solat subuh di surau kampung lima tahun lalu.

Jelasnya, bunyi derap kaki yang didengar ketika berada di dalam surau berkenaan seolah-olah menggambarkan kehadiran jemaah yang ramai.

“Lantai surau ketika itu adalah kayu, jadi setiap bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam surau jelas kedengaran.

“Ketika solat subuh, saya hanya bersama imam. Pada mulanya saya sangka ramai jemaah untuk solat bersama-sama, namun selepas selesai solat, apabila saya memberi salam tiada seorang jemaah pun di belakang,” katanya.

Tambahnya, kejadian yang dialami itu masih sukar untuk dilupakan walaupun ia sudah lama berlaku.

“Apa yang penting, semua makhluk adalah ciptaan Allah, jika kita tidak mengganggu mereka pasti mereka juga tidak akan mengganggu kita,” katanya.

Pembangunan Kampung Seri Bunian

Dengan jumlah penduduk kira-kira 2,700 orang, aktiviti utama penduduk yang dahulunya berasaskan pertanian berubah apabila kebanyakan meraka bekerja sendiri, berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan serta menjalankan perniagaan.

“Kedudukan kampung yang terletak kira-kira 8 km dari bandar Pontian memudahkan penduduk kampung mendapatkan pekerjaan dan berulang alik untuk urusan seharian.

“Kini, tiada lagi kawasan hutan kerana dipenuhi dengan ladang kelapa sawit, justeru tidak lagi kedengaran kejadian-kejadian pelik berlaku di Kampung Seri Bunian,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Friday, April 17, 2015

'Kami terpaksa ikat perut, makan lauk bawang'

3:40 PM No Comments

SEPANG - Usaha berterusan dan tindakan pantas kerajaan Malaysia membawa keluar 67 pelajar Malaysia dari Aden, kawasan paling bergolak di Yaman berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi korban konflik perang saudara di negara itu.

Mohd Luqmanulhakim Zulkifli, 16, berkata, hanya rasa syukur yang mampu diungkapkan setelah masjid yang menjadi kawasan perlindungan kesemua mereka yang belajar di Madrasah Ribat Al-Idrus musnah dibom beberapa jam selepas dipindahkan.

Beliau berkata, keadaan yang semakin teruk memaksa mereka menjadikan masjid itu sebagai tempat berlindung dan selama tiga minggu berada di situ mereka terpaksa 'mengikat perut' dan hanya memakan nasi berlaukkan bawang selepas bekalan makanan sukar diperoleh.
   
"Keadaan tegang di Aden amat luar biasa dan semua pelajar perlu berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk mencari kawasan perlindungan lain.

"Saya rasa jika kerajaan lambat mengeluarkan kami dari sana mungkin ketika ini kami semua sudah tiada lagi," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Dubai, hari ini.

Pelajar jurusan Syariah Islamiah itu merupakan antara 42 daripada 67 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Aden ke Djibouti sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Emirates Airlines.

Kumpulan kedua yang membawa 25 lagi pelajar dijangka tiba di KLIA dari Colombo, Sri Lanka kira-kira pukul 6 petang ini.

Semalam, kesemua pelajar berkenaan dibawa menaiki bot selama lebih 22 jam dari Aden ke Djibouti sebelum diterbangkan ke Jeddah menaiki pesawat Hercules C130 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Mohd Luqmanulhakim berkata ketika waktu bergolak keadaan di Aden cukup tegang di mana bunyi tembakan dan letupan bom seakan-akan 'bunyian'  biasa kepada mereka yang terpaksa mengelak berada di kawasan terbuka bagi menghindari kejadian yang tidak diingini.
   
Berkongsi pengalaman sama, Ahmad Zaidi Abdullah, 16, berkata ketika pergolakan, rata-rata penduduk setempat di kawasan mereka belajar membawa senjata api, namun tidak mengganggu pelajar di madrasah itu.
   
Beliau berkata, sepanjang mendiami masjid itu, beliau dapat merasai dengan jelas gegaran bom sebelum ia benar-benar terkena bedilan selepas dipindahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Anak ketiga daripada tujuh beradik dari Paka, Terengganu itu berkata perkara yang paling tidak dapat dilupakannya ialah pengalaman menaiki bot dari Aden ke Djibouti, Afrika yang mengambil masa 22 jam.

"Walaupun terpaksa berhimpit di dalam bot yang seakan bot nelayan bersama kira-kira 200 penumpang lain yang mahu meninggalkan Aden, saya rasa ia pengalaman yang berbaloi kerana kami semua selamat daripada menjadi korban konflik di Yaman", katanya.
   
Seorang lagi pelajar tahun pertama di madrasah sama, Syed Hafiz Syed Mohd Alwi berkata perjalanan menggunakan bot terutamanya ketika menempuh ombak yang kuat di waktu malam adalah sesuatu yang memeritkan.
   
Katanya perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 15 jam menjadi terlalu lama ekoran arus deras yang menghalang pergerakan sehingga terpaksa menggunakan laluan berbeza daripada biasa.

"Bot itu besar, namun tidak ubah seperti bot nelayan dan kami hanya memakan kentang rebus sahaja sepanjang perjalanan," katanya. - Bernama\

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Pengasuh terkejut jaga mangsa culik

3:24 PM No Comments

IOWA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pengasuh terkejut selepas menyedari kanak-kanak yang dijaganya merupakan seorang mangsa culik, Rabu lepas.

Menurut ABC News, John Truong menyedari hal berkenaan selepas membaca nota mengenai kanak-kanak hilang yang tersebar di laman sosial Facebook.

"Saya sedang bersarapan sambil memeriksa Facebook, kemudian saya nampak nota kanak-kanak hilang tersebut," kata Truong kepada stesen televisyen tempatan.

"Kanak-kanak hilang tersebut menyerupai kanak-kanak yang berada di atas katil saya. Oh tuhan, apa yang sedang terjadi?" tambahnya.

Truong memberitahu bahawa kakaknya, Chang memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut adalah anak kepada teman lelakinya.

Siasatan awal polis mendapati Chang, 46, dan neneknya, Nguyen, 65, bertanggungjawab ke atas penculikan kanak-kanak tersebut pada Selasa lalu.

Polis masih menyiasat kes berkenaan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Thursday, April 16, 2015

Senarai Lagu Tema OST Hati Perempuan TV3 | Hati Perempuan TV3 2015

12:34 PM No Comments

Drama terbaru bertajuk  Hati Perempuan membariskan para pelakon terdiri daripada Mia Ahmad, Syarul Ridzwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama ini arahan Kas Roshan  bersiaran  setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 petang

Senarai Lagu tema OST hati perempuan  :- 

Artis : Hazama
Lagu : Sampai Mati



Read More...


'Hantu' Paul Walker jadi viral di media sosial

12:19 PM No Comments

BAGI mengenang dan sebagai penghormatan ke atas mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker, seorang peminat dilapor 'mencipta' imej Walker bersama Vin Diesel.

Portal Mirror melaporkan sekeping gambar menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dimuat naik dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.

Gambar itu dikatakan direka serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Imej 'hantu' Paul Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan kepada Paul Walker).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini," tutur aktor itu.

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Paul Walker di Anugerah Filem MTV.

Bintang Fast and Furious itu meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013.

Penghormatan terhadap bintang Hollywood itu dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir Paul Walker memegang watak Brian O'Conner, kini ditayangkan di seluruh dunia.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Wednesday, April 15, 2015

CEO potong gaji sendiri, naikkan gaji pekerja

5:29 PM 1 comments

SEATTLE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang CEO membuat keputusan untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit memperoleh pendapatan sebanyak USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.

Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.

"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut," beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.

Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh pendapatan kurang USD 70,000 setahun.

"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.

Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika berusia 19 tahun.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tuesday, April 14, 2015

Malaysia : Apa sudah terjadi ?

5:39 PM 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Harap kita semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pelbagai masalah dan isu menimpa masyarakat malaysia sejak kebelakangan ini membuatkan saya tergerak hati untuk menulis sesuatu , melontarkan sesuatu yang terbuku di dalam hati ini. 

Apa sudah terjadi ? Pelbagai isu yang terjadi tercipta kebelakangan ini, di tambah pula dengan statement yang kadang kala di fikirkan tidak masuk di akal. Berkenaan isu yang paling terkesan dalam kehidupan saya dan semua rakyat Malaysia iaitu isu GST(Goods and services tax). GST telah memberi impak besar keatas kehidupan rakyat Malaysia. Setelah perlaksanaan GST segalah kos sara hidup meningkat, termasuk pengusaha-pengusaha restoran, peniaga-peniaga kecil yang turut terkesan dengan perlaksanaan GST. Saya sebenarnya tidak faham mengenai GST, tetapi secara tidak langsung saya dan seluruh Masyarakat faham bahawa GST telah meningkatkan harga barangan seterusnya meningkatkan kos sara hidup. 

Selain itu, timbul isu di sebabkan kenyataan yang tidak masuk akal yang menyarankan pelajar UiTM untuk memasak bagi mengurangkan kos makan di luar. Untuk isu ini, saya tak beberapa pasti sama ada menteri tersebut tahu atau tidak bahawa pelajar tidak di benarkan memasak di dalam kampus. Selepas itu, menteri tersebut cuba menafikan bahawa beliau menyarankan pelajar yang tinggal di luar kampus, bukan di dalam kampus. No komen untuk kenyataan ini. 

Apa lagi isu ? Sebenarnya banyak kenyataan yang di keluarkan oleh para menteri kita yang tidak masuk akal, yang kita sendiri boleh fikir menggunakan akal kita. Sama juga seperti soalan dari Tun M kepada PM Najib, bagi saya,  Tun M mewakili suara puluhan juta rakyat untuk soalan-soalan yang di bangkitakan. 

Apa yang cuba di perkatakan oleh saya, bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi di mana hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara ? adakah suara-suara kecil kita di dengari ? siapa kita dalam Malaysia ? atau tak suka Malaysia, boleh keluar Malaysia ? macam tu ?

Saya bukanlah orang yang arif dalam hal politik dan isu-isu semasa, saya cuma rakyat Malaysia yang memerhati apa akan terjadi kepada Malaysia pada masa hadapan. Semoga Allah s.w.t. merahmati negara kita Malaysia. Amin. Yang buruk itu datang dari kesilapan diri saya sendiri dan yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t.  

Wallahu a'lam. 
Read More...


Monday, April 6, 2015

Keputusan penuh ABPBH 2014

1:33 PM No Comments

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2014 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands malam ini.

* Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

* Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha

* Penyanyi Lelaki Popular - Akim

* Penyanyi Wanita Popular - Adira

* Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar

* Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal

* Artis Duo/Berkumpulan Popular - Akim & The Magistrate

* Artis Komedi Lelaki Popular - Abam

* Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

* Artis Baharu Lelaki Popular - Hafreez Adam

* Artis Baharu Wanita Popular - Ayda Jebat

* Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi

* Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa

* Penyampai Radio Lelaki Popular - Johan

* Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

* Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri SM Salim

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger