Saturday, February 22, 2014

Gambar Intan Ladyana Dikucup Shah Iskandar Bertebaran, Intan Ladyana Nafi Bersentuhan

11:42 AM No Comments

Kadangkala memang sudut memainkan peranan penting di dalam sekeping gambar. Dengan sudut dan “timing” yang terbaik, gambar yang nampak biasa pun boleh menimbulkan kontroversi. Mungkin itu yang terjadi kepada gambar yang sedang bertebaran di laman sosial di mana kelihatan seperti Intan Ladyana  dicium oleh Shah Iskandar di bahagian rambutnya.

Apa pon saya tetapi meminati dua orang pelakon hebat ini. Harap betul penafian oleh Intan Ladyana. Jangan biarkan hidup anda di selubungi Gosip !

Sumber : http://beautifulnara.com/
Read More...


8 REMAJA DISEDUT PASIR JERLUS

11:13 AM No Comments

Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.

Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin.

Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain.

Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila Abdullah, 16, terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.

Semua remaja berkenaan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap.
Pasir jerlus

Kejadian dipercayai berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Apabila mangsa memijak dasar sungai yang mencecah kedalaman sehingga enam meter, kaki terbenam dan ‘disedut’ sehingga gagal menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk So’iman Jahid, berkata lokasi mempunyai kedalaman lebih berbanding tempat lain kerana kegiatan mengorek pasir dilakukan di kawasan itu.

“Cuaca panas sejak kebelakangan menyebabkan air sungai menjadi cetek sehingga terbentuknya teluk dan beting pasir jerlus di tengah sungai,” katanya.

Sebelum kejadian itu, 12 remaja berkenaan dari Taman Mewah, yang terletak kira-kira dua kilometer dari sungai itu, berjoging di tepi sungai berkenaan.

Mereka yang berjoging kira-kira jam 6.30 pagi, singgah menghirup udara pagi di tepi Sungai Muar berhampiran lokasi kejadian.

Mohd Shahrul berkata, ketika berada di tepi sungai itu, ada dalam kalangan mereka mengingati sesama sendiri supaya tidak pergi ke gigi air kerana bimbang terjatuh.

“Belum habis bercakap, tiba-tiba Mohd Hafizuddin tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan tangan terkapai-kapai.

“Pada mulanya, kami ingatkan dia bergurau, tetapi apabila dia tenggelam, Mohd Izoan dan Mohd Noreen terus terjun untuk menyelamatkannya.

“Apabila melihat Mohd Izoan dan Mohd Noreen tidak juga timbul, Mohd Zikri dan Nazrul Aminuddin pula terjun bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan cemas dan panik, Nazrul atau dikenali Ayoi, meminta rakannya yang terkapai-kapai dalam sungai supaya bersabar dan mengarahkan rakan di darat mencari tali dan kayu.

Bagaimanapun, belum sempat empat rakan yang berada di darat mendapatkan tali atau kayu, Ayoi turut tenggelam.

Nekad terjun

Melihatkan seorang demi seorang rakan mereka hilang, Mohd Shafiq dan Mohd Hafizul Daniel, nekad terjun untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, kedua-duanya turut mengalami nasib yang sama.

Mohd Shahrul berkata, Mohd Zaki pula tanpa berfikir panjang, terus terjun untuk menyelamatkan tujuh rakan yang sudah tenggelam, tetapi dia juga tenggelam.

“Kami berempat tergamam apabila melihat kelapan-lapan teman baik semuanya tidak timbul,” katanya sambil menambah kejadian itu berlaku dalam masa kurang lima minit.

Sementara itu, Mohd Amerul Shah berkata, dia yang panik dan terkejut, menelefon ibu dan bapa mangsa untuk mendapatkan bantuan.

Norshafila, satu-satunya perempuan dalam kumpulan itu, berlari pulang ke rumah bagi memaklumkan kepada keluarga.

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


‘NASI LEMAK TELANJANG’

11:07 AM No Comments

Kuala Lumpur: Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan menjelaskan kritikan ‘nasi lemak telanjang’ adalah teguran mengenai kualiti dan saiz hidangan berkenaan.

Katanya, beliau bukan mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.

“Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS,” katanya kepada BH.

Kenyataan pertama

Kenyataan itu adalah yang pertama daripada mulut beliau sendiri sejak isu itu diperkatakan di laman media sosial. Beliau mengkritik nasi lemak yang disediakan MAS ketika penerbangan ke Bangkok akhir bulan lalu dalam laman Instagram miliknya.

Kritikan beliau itu mendapat reaksi pengikut laman Instagram, yang turut dikongsikan di laman sosial lain.

Ramai tampil memberi pendapat masing-masing mengenai mutu dan kualiti penyediaan makanan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa MAS.

Mengulas lanjut, Chef Wan berharap MAS membuat perubahan pada penyediaan makanan itu, yang kini kurang berkualiti dengan saiz hidangan semakin mengecil.

“Teguran saya ikhlas kerana MAS adalah syarikat penerbangan negara, yang juga ‘duta’ kecil kepada negara. Saya rasa bertanggungjawab membuat kritikan kerana saya dilantik menjadi duta untuk pelancongan negara selain duta makanan Malaysia.

“Saya bangkitkan mengenai nasi lemak itu tiada...

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


Isu ‘Terowong Larkin’ ditentu hari ini

11:02 AM No Comments

Kelana Jaya: Keputusan sama ada seorang pegawai tinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang didakwa menumbuk pemain import TTeam, Evaldo Rodrigues dalam insiden ‘Terowong Larkin’, 1 Februari lalu akan ‘dibicarakan’ atau sebaliknya, terjawab hari ini.

Kemungkinan itu ada kerana kes yang berlaku kini genap tiga minggu dijangka dibincangkan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi ini.

Isu profil tinggi

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang ditemui di Wisma FAM semalam memberi bayangan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“Ini bukan soal isu ini sensitif atau tidak, ia adalah...

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


Mayat adik dicampak ke laut

10:52 AM No Comments

Seberang Jaya: “Masih terngiang-ngiang suara adik merayu sambil menangis kelaparan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.

“Lebih menyedihkan, mayatnya dicampak ke laut begitu saja di depan mata saya kerana kapal yang kami naiki tak boleh berpatah balik,” kata Salamatullah Zaitusong, 12, antara kanak-kanak pelarian Rohingya yang melarikan diri ke negara ini dari kampung halamannya di Rakhine (Arakan), Myanmar, tiga bulan lalu.

Menurutnya, adik lelakinya yang berusia tujuh tahun itu meninggal dunia disebabkan kelaparan pada hari keenam pelayaran berikutan mereka tidak membawa makanan mencukupi akibat kesempitan wang.

Katanya, sebelum bertolak, mereka berdua yang mengikuti bapa saudara ke negara ini hanya membawa sebotol air mineral dan tiga bungkus roti sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 hari. 

Salamatullah berkata, sepanjang perjalanan menaiki kapal yang membawa kira-kira 100 orang itu, dia dan adiknya hanya meminum satu tudung botol air mineral sehari serta menikmati sedikit roti yang dibawa sebagai ‘alas perut’.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah yang diitahan dalam Ops Noda

10:42 AM No Comments

SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.

Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu.

Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam.


Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol.

Ramsay berkata, ketika serbuan terdapat 15 wanita sedang berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

"Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu.

"Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga 50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

"Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis berkenaan turut ditahan," katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger