Friday, May 30, 2014

Kenapa Menteri Kesihatan bela syarikat Cadbury?

7:58 AM 2 comments

KAMI dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan di dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat Cadbury, Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Mengapakah Datuk Seri Subramaniam tidak menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) selaku kilang yang mengeluarkan coklat tersebut.

Bukanlah Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury ini, dan bukanlah juga Jakim dan Kementerian Kesihatan yang membuat keuntungan dari penjualan coklat ini.

Bagaimanakah Datuk Seri Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk mempertahankan syarikat Cadbury ini dan bukannya Kementerian Kesihatan.

Perkara ini amat ganjil apabila seorang menteri boleh menjemput orang ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu kementerian beliau sendiri, sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury.

Datuk Seri Subramaniam perlu memperjelaskan di mana kepentingan sebenar beliau dalam isu ini.

Sedangkan beliau yang sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat dan bukannya kepada Syarikat Cadbury.

Dalam masa yang sama beliau berkata, kemungkinan berlakunya pencemaran.

Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga  coklat Cadbury ini adalah amat berbahaya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin juga mengandungi racun.

Sebarang kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh berlaku.

Jika pencemaran ini boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ia boleh mendapat status Halal?

JMM melihat kemungkinan Datuk Seri Subramaniam juga tidak memahami asas pemakanan Halal.

JMM juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat dari orang Islam.

Bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat Cadbury dan akan mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat Cadbury.

Sekian.

Azwanddin Hamzah

Presiden

Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Thursday, May 29, 2014

Malaysia Naib Juara Piala Thomas 2014

8:26 AM No Comments

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Info Grafik
Read More...


Abby Abadi dapat cerai SMS | Abby Abadi

8:24 AM No Comments

Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.

Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.

Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Destinasi Terbaik Pelancongan Halal

8:20 AM No Comments

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Info Grafik
Read More...


Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, mangkat : Perak berkabung 100 hari

8:13 AM No Comments

Ipoh: Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, mangkat tengah hari semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari.

Kemangkatan baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi secara langsung televisyen dan radio kira-kira jam 3.30 petang.

Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan seorang Sultan dikasihi dan berjiwa rakyat.

Saya Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, mewakili seluruh rakyat jelata Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para ambiya, syuhada dan solehin, katanya yang sebak ketika membacakan teks pengisytiharan kemangkatan baginda di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.

Zambry berkata, jenazah baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, di Masjid Ubudiah selepas solat Asar, hari ini.

Perak diisytihar cuti umum

Beliau berkata, sebagai penghormatan atas kemangkatan baginda, hari ini diisytiharkan cuti umum bagi negeri Perak sempena hari pemakaman.

Bendera Negeri Perak perlu dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari mulai hari ini (semalam), manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

Sepanjang tempoh berkabung selama tujuh hari itu, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan, katanya. 

Beliau berkata, penghormatan terakhir oleh orang ramai bermula jam 9 hingga 11.30 pagi. Bagi pembesar negeri, orang kenamaan dan perwakilan asing jam 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari manakala Sultan, Raja-Raja, Yang di-Pertua Negeri dan pembesar negara asing mulai jam 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Isu coklat DNA babi: Tak perlu buat fatwa baharu - Abd Shukor

8:07 AM No Comments

Kuala Lumpur: Keputusan analisis makmal terhadap dua coklat keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd jelas menunjukkan ia mengandungi DNA babi (porcine).

Justeru, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata keputusan muzakarah pada 2011 bahawa umat Islam diharuskan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, tidak terpakai kepada dua produk keluaran Cadbury itu.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan belum ada penyelidikan yang dapat mengenal pasti sama ada DNA babi yang tercemar adalah asli atau sintetik dan sejauh mana tahap pencemarannya.

Selain itu, katanya, pencemaran DNA itu juga boleh berlaku dengan mudah melalui udara secara tidak disedari atau tanpa diketahui secara zahir dan pakar sains berpandangan adalah amat sukar untuk menghalang pencemaran berkenaan daripada berlaku.

“Ia berbeza, yang kita maksudkan (fatwa lalu) ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya disahkan sebagai bersih, suci dan halal serta menjadi bahan makanan atau minuman yang diterima umat Islam secara meluas tetapi kemudian berlaku pencemaran kandungan seperti DNA babi secara sengaja atau tidak, maka ia harus diambil sebagai makanan kerana kandungan asal adalah halal,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sudah disahkan

Beliau berkata kes coklat Cadbury pula memang jelas ada DNA babi dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan yang membuat ujian, oleh itu keputusan muzakarah lalu tidak terpakai pada kes produk berkenaan.
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran keputusan muzakarah pada 2011 itu yang boleh mengelirukan orang ramai berikutan isu coklat Cadbury itu.

Abd Shukor berkata pihaknya tidak bercadang untuk bermuzakarah untuk membuat ketetapan baharu.

“Tidak perlu buat fatwa baharu sebab nyata ia salah (coklat ada DNA babi), ia bukan saja haram malah pengeluarnya juga perlu dikenakan tindakan tegas.

“Cuma sekarang kita sedang menunggu keputusan makmal dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sama ada perkara ini dilakukan secara sengaja atau tidak, banyak mana kuantiti digunakan, adakah berlaku penipuan atau tidak amanah kerana hasil produk ini bukan saja haram dimakan malah mereka yang melakukan penipuan harus dihukum,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Izreen Azminda kunci mulut?

8:00 AM No Comments

"TUNGGU saja keputusan mahkamah!," ulas pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai status dirinya kini.

Sebelum ini, kecoh mengatakan Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah pun diceraikan suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri.

Malah, pelakon drama 7 Suami ini turut meminta agar diberi ruang bagi menyelesaikan masalah keretakan rumah tangganya itu tanpa melibatkan pihak lain."Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi komen mengenai status saya sekarang.

"Kami berdua dalam proses menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada mahkamah,” katanya ketika dihubungi Zass.

Jelasnya, keputusan itu diambil kerana dirinya enggan berbalas kenyataan dengan suaminya sehingga menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak.

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui, sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya itu, sejak sebulan lalu.

"Anak tunggal kami, Adrian Umar kini berada di bawah jagaan saya dan kami juga ada berhubung tetapi ia hanya membabitkan hal anak," katanya.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.

Dalam perkembangan lain, Izreen kini sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, untuk tayangan TV3.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Wednesday, May 28, 2014

'Berpakaian tetapi telanjang'

12:59 PM No Comments

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.

Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)

Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.

Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.

Tak tutup kaki

Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.

Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.

Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.

Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.

Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)

Sanggul bonggol unta

Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:

“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”

Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.

Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”

Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Sumber :  http://www.bharian.com.my
Read More...


KEJAM, SADIS

12:54 PM No Comments

Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Dyana Sofya akan tewas?

12:46 PM No Comments

APAKAH  Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN.

Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan.

Pengundi Cina

DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.

Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.

Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.

Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."

Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.

Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri.

Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri.

Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain?

Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini.

Perlu diingat golongan yang terkesan dengan sentimen ini ialah warga Cina yang duduk di Teluk Intan dan bukan daripada kalangan muda-mudi yang sudah berhijrah di bandar.

Oleh itu, DAP sudahpun memulakan gerak kerja ‘Jom Balik Mengundi’.

Gerak kerja ini pula disusulkan dengan kenyataan yang memberikan gambaran kedudukan DAP kini berada dalam keadaan bahaya di Teluk Intan sebagai ‘galakan’ untuk memotivasikan golongan muda-mudi yang sering berlegar di ruang Internet ini untuk balik mengundi.

Kemerosotan undi Cina sudah pasti berlaku, yang diharapkan DAP ialah kejatuhan itu tidaklah sehingga menjejaskan peluang Dyana untuk meraih kemenangan.

Ini Gerakan, bukan MCA

Empat tahun lagi sebelum PRU14 akan berlangsung. Untuk empat tahun ini, apa kata kita berbaik dengan BN dan mendapat segala apa yang diperlukan di PRK Teluk Intan kali ini sebelum memberikan undi kembali kepada DAP di PRU14 nanti.

Pemikiran itu kini berlegar di minda para pengundi Teluk Intan yang masih tinggal di kawasan Parlimen tersebut.

Hakikatnya, di peringkat kawasan, kekalahan DAP di sini tidak merugikan pengundi di Teluk Intan.

Malah, sebenarnya kekalahan DAP boeh memberikan banyak keuntungan kepada penduduk Teluk Intan dalam jangka masa pendek kerana BN akan memberikan segalanya kerana mereka sangat dahagakan kemenangan.

Apatah lagi, kerajaan Perak adalah di bawah BN dan bukannya Pakatan Rakyat.

Ini masalah terbesar DAP di peringkat kawasan.

Bukan itu sahaja, di peringkat nasional pula, pengundi Cina mula bertanya apakah faedahnya untuk membunuh parti komponen BN, terutamanya mereka merasakan harapan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya semakin malap kerana pertelingkahan dalaman parti dan antara parti yang tidak habis-habis.

MCA sudahpun membunuh diri. Apakah faedahnya jika mereka turut membunuh Gerakan dengan membiarkan presidennya kalah di Teluk Intan?

Semua tekanan ini memaksa DAP untuk bergantung kepada isu nasional dan berkempen ke arah menjadikan PRK Teluk Intan ini sebagai referendum untuk isu-isu nasional, termasuklah terhadap tindakan celaka segelintir ahli Umno yang bertindak di luar batasan undang-undang dalam konfrontasi ‘Umno celaka.’

Pengundi Melayu

Dilema orang Melayu selalunya adalah antara memilih antara Umno dengan Pas.

Keberanian DAP meletakkan Dyana di Teluk Intan membuka dinamik baru. Namun, Dyana tidak patut menyentuh mengenai isu hudud di PRK Teluk Intan.

Meskipun Gerakan dan DAP menolak pelaksanaan hudud di Malaysia, tetapi di mata pengundi Melayu ada perbezaan ketara seorang wanita Islam menolak hudud berbanding seorang bukan Islam menolak hudud.

Untuk lima hari terakhir kempen ini, hudud perlu dikeluarkan daripada sebarang ceramah Dyana.

Kerana takutnya jika ini berterusan akan ada golongan pengundi Melayu yang tidak akan mengundi langsung kerana serba-salah untuk memilih.

Mengekalkan sokongan Melayu yang diperolehi di Mei 2013 sudah cukup untuk Dyana.

Pengundi luar

Inilah kunci kepada kemenangan DAP. Majoriti lebih 7,000 yang dikira amat besar di Mei 2013 adalah penghalang sebenar kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.

Sesiapa yang berlegar di Internet akan mendapat persepsi bahawa Dyana adalah calon 'favourite' di Teluk Intan.

Ini membahayakan kedudukan DAP jika pengundi luar Teluk Intan berfikiran sama.

Pengundi luar akan mengambil sikap seperti pengundi di Bukit Gelugor jika beranggapan parti yang mereka sokong sudah pasti menang.

DAP perlu menyakinkan bahawa kelompok pengundi ini bahawa Dyana di dalam bahaya dan memerlukan undi mereka untuk menang. Jika tidak, Dyana betul-betul dalam bahaya.

Penamat

DAP tahu Dyana kini menghadapi kemerosotan undi Cina dan juga undi Melayu. Sekarang sasaran DAP hanyalah ‘asalkan menang.’ Majoriti 1 undi pun tidak apa.

Jika Dyana tewas, DAP bakal hadapi pergolakan dalaman. Lebih teruk lagi, DAP akan hilang keberanian untuk mencuba nasib dengan calon Melayu di kerusi Cina.

Lebih menyayatkan lagi, hasrat untuk melahirkan lebih ramai Dyana di Malaysia juga akan terbantut.

Kepada Dyana, berusahalah sehingga ke saat akhir. Semoga Dyana berjaya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Sejarah Melaka mungkin perlu dirombak

12:43 PM No Comments

MUAR - Sejarah Melaka dalam buku teks sekolah berkemungkinan perlu dirombak semula berdasarkan penemuan baharu Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep).

Pengurus Besar Iksep Datuk Aziz Ujang berkata penemuan itu dibuat hasil kajian institut itu yang dalam proses menyiapkan lapan jilid Buku Sejarah Nasional Malaysia, yang kini masuk 80 peratus siap.

Sejarah kegemilangan Melaka dirujuk 100 tahun sebelum kejatuhan empayar itu pada 1511 tetapi melalui kajian terbaharu Iksep, ia sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 1262, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kem Rakan Remaja Patriotik 2014 peringkat negeri  di Pusat Latihan Khidmat Negara Nasuha di Pagoh hari ini.

Katanya beliau akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan berhubung perkara itu.

Beliau berkata empat jilid pertama Buku Sejarah Nasional Malaysia yang menelan belanja RM4 juta itu bakal dilancar November depan.

Aziz berkata buku sejarah itu merupakan hasil kajian lima tahun, membabitkan 18 orang pakar sejarah negara termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum empat jilid pertama itu diterbitkan, Iksep akan menganjurkan bengkel kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menambah baik isi kandungan buku sejarah berkenaan.

Aziz berkata untuk mengelak daripada fakta sejarah dalam buku tersebut dipertikai, kesemua pakar sejarah yang terlibat dalam membantu pengisian buku tersebut adalah daripada ahli-ahli akademik pelbagai bangsa bagi menentukan kesahihannya dan tidak terpesong daripada kebenarannya.

Antara kandungan buku itu termasuk menjejaki sejarah negara di antara prasejarah daripada zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal, Mesolitik (zaman batu pertengahan), Neolitik (zaman batu baharu), ke rentas era kegemilangan Empayar Melayu Melaka, pra dan pasca Merdeka sehingga era globalisasi yang membentuk Malaysia moden.

Katanya, sumber buku sejarah Nasional Malaysia adalah berdasarkan daripada rekod, dokumen serta hikayat-hikayat Melayu dan Cina termasuk arkib, muzium dan pusat sejarah terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Anak Malaysia bantu Jepun Rangkul Piala Thomas

12:40 PM No Comments

DI SEBALIK kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas kelmarin, ramai tidak mengetahui pasukan negara matahari terbit itu sebenarnya dibantu oleh anak Malaysia.

Individu tersebut ialah Izuan Ibrahim. Anak kelahiran Kelantan itu adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Kemenangan Momota, 19, memastikan Jepun mendahului 2-1 pada aksi final di New Delhi.

Izuan yang merupakan seorang bekas guru ketika ini berkhidmat sebagai jurulatih remaja pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di RS Hamanaka.

Dalam Facebook beliau, Izuan turut memuat naik status menyentuh kehebatan Zulfadli Zulkifli yang mengalahkan Momota di separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia pada 2011.

"Pada 2011, saya tumpang gembira apabila Zulfadli muncul juara dunia. Saya juga sedih apabila gagal membantu Momota di separuh akhir.

"Apa pun, 2014 menyaksikan permainan Momota semakin matang dan dia berjaya menewaskan ramai pemain hebat. Sekarang, saya sedih melihat kedudukan Zulfadli," katanya dipetik dari Facebook beliau.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Hormati hudud di Brunei, Nina kini bertudung

12:37 PM No Comments

SHAH ALAM - Pelakon baharu yang berasal dari Brunei Darussalam, Nina Iskandar mengakui bahawa antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati pelaksanaan hukum hudud di negara asalnya.

Memetik laporan sebuah portal, Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahan tersebut bukanlah semata-mata  kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi beliau ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tuesday, May 27, 2014

Aaron Aziz, Siti Saleha raih keunggulan

10:37 AM 1 comments

"POPULARITI itu bonus. Jika anda datang ke Malaysia semata-mata mahu mengejar glamor, lupakan sahaja niat itu," lancar bicara pelakon Aaron Aziz.

Aaron melontarkan kata-kara itu selepas ditanya mengenai makna populariti serta legasi yang dibinanya sebagai seorang anak seni di Malaysia selepas menjulang trofi kemenangan Bintang Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular 2013 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Merungkai maksud tersebut dengan lebih terperinci, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 38, menjelaskan, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian jika ada antara pelakon dari Singapura yang ingin datang ke Malaysia bagi melebarkan sayap.

"Saya akui, Malaysia merupakan sebuah platform terbesar bagi para pelakon Melayu di Singapura untuk menonjolkan bakat dan mengembangkan karier lakonan.

"Justeru, jika ada yang berhasrat untuk masuk ke pasaran ini (industri seni Malaysia), mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum berfikir tentang soal populariti," ujarnya.

Tambah Aaron, selain memasang niat yang betul, apa yang penting sewaktu mencari rezeki di tempat orang adalah menjaga disiplin diri.

"Jika kita betul-betul berusaha dan bekerja berlandaskan niat yang betul, maka apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil," katanya.

Pasaran besar

Mengakui lambakan bakat dari Singapura seperti tidak pernah putus mewarnai persada seni tanah air, Aaron berpendapat, trend tersebut dilihat sebagai satu peluang kepadanya untuk belajar sesuatu yang baharu, bukannya medan untuk bersaing sesama sendiri.

"Saya tidak pernah menganggap kebanjiran bakat dari Singapura sebagai satu saingan. Sejak dahulu lagi, kita sudah sedia maklum dengan penghijrahan ramai artis dari Singapura.

"Malaysia boleh diibaratkan seperti Hollywood bagi kami. Nama-nama seperti Datuk M. Nasir, Ramli Sarip, Allahyarham Loloq serta Hamidah Wahab merupakan antara individu yang pernah dan masih mencipta nama di sini.

"Jadi, tidak menjadi masalah untuk saya terus berkarya dan memenuhi tawaran yang diberikan jika ia kena dengan apa yang saya lakukan kini," ujarnya.

Peranan peminat

Walaupun namanya begitu dikenali di Malaysia, pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu ini tidak menolak jika menerima tawaran daripada pihak produksi Singapura.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah jika dipanggil untuk berlakon kembali di sana. Malah, saya baru sahaja bersetuju untuk membintangi sebuah telefilem khas di Singapura tidak lama lagi," ujarnya.

Setelah dua kali memenangi anugerah yang sama, Aaron menyifatkan kemenangan kali kedua itu sebagai hadiah serta hasil kerja yang kuat oleh kelab peminatnya, Aaronatics.

"Sejujurnya apabila melihat kepada pencalonan bagi setiap kategori pada kali ini, semuanya terdiri daripada artis-artis muda.

"Disebabkan itu, saya langsung tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang. Alhamdulillah, berkat sokongan dan kepercayaan para peminat.

"Saya sangat bersyukur dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli kelab peminat saya.

Bebas kontroversi

Pada malam itu, nama Siti Saleha tiba-tiba menjadi sebutan apabila pelakon yang pernah popular menerusi drama Nora Elena itu memenangi anugerah bagi dua kategori besar, iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Mengalahkan nama-nama seperti Erra Fazira, Lisa Surihani dan Nora Danish, Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum, 24, sendiri ternyata terkejut dengan kemenangannya itu.

Namun, jelas adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam ini, pengiktirafan tersebut kini menjadi bukti kehadirannya dalam bidang lakonan disedari oleh khalayak umum.

"Apabila kita memenangi sebarang anugerah, pasti akan ada pihak yang memandang kita dengan lebih serius. Sudah lama saya mengimpikan untuk merasai saat-saat seperti itu.

"Saya percaya, selain dapat mengembangkan jumlah pengikut, anugerah seperti ini juga mampu membuka lebih banyak peluang kepada saya untuk mengembangkan karier sebagai seorang pelakon," katanya yang tidak meletakkan sebarang harapan kerana menyifatkan saingan pada malam itu begitu kuat.

Mengulas mengenai tawaran berlakon yang bakal diberikan kepadanya selepas ini, Saleha memberitahu, sebelum menjulang anugerah tersebut, dia sudah tersedia selektif dengan watak-watak yang ingin dilakonkannya.

"Saya tidak semborono ketika memilih watak. Saya sukakan cabaran dan lebih mementingkan kualiti berdasarkan apa yang akan saya lakonkan.

"Jadi, istilah selektif itu perlu bagi memberikan saya peluang mencuba watak yang berlainan bagi setiap drama atau filem yang saya lakonkan," tutur gadis berdarah campuran Melayu-Inggeris itu.

Ketika disoal mengenai statusnya sebagai artis bebas kontroversi, Saleha berkata, dia bersyukur kerana tidak pernah terjebak dengan sebarang gosip sehingga mampu memburukkan namanya.

"Alhamdulillah, sepanjang saya bergelar pelakon, saya tidak pernah dikaitkan dengan gosip-gosip yang kurang enak.

"Siapa yang mahu dilanda kontroversi? Kalau boleh, apa sahaja yang berkaitan dengan kontroversi saya akan tolak ke tepi. Insya-Allah, saya akan cuba untuk mengekalkan imej bersih ini hingga bila-bila," tuturnya sambil tersenyum.

Melanjutkan perbualan mengenai teman lelaki baharunya, gadis kelahiran England ini lebih selesa untuk tidak menghebahkan kisah cintanya kepada media.
"Saya lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta. Apa yang saya boleh beritahu, dia berasal dari Portugal dan kini bekerja di sebuah syarikat kewangan di Kuala Lumpur," katanya mengakhiri perbualan.

Sumber : http://www.kosmo.com.my
Read More...


‘Belum masa saya undur’ - Liew Daren

10:25 AM No Comments

New Delhi: Biarpun dikritik hebat berikutan prestasi hambar pada saingan Piala Thomas yang berakhir kelmarin, pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren tidak pernah terfikir untuk berundur daripada dunia badminton.

Sebaliknya, kapten skuad negara itu menegaskan, dia akan cuba memperbaiki persembahan sepanjang baki saingan musim ini.

“Saya hanya mahu melihat cabaran di depan. Kalau saya kenang semula cerita lalu tak guna juga.

“Saya harap segala pengalaman sepanjang beraksi di Piala Thomas akan menjadikan saya lebih matang,” katanya.

Daren berkata, dia tidak mahu meletakkan dirinya sebagai seorang pemain yang terus menemui kegagalan dan bertekad untuk bangkit semula seperti pernah berlaku kepada bekas pemain negara Kuan Beng Hong.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Semua Coklat Jenama Cadbury Saluran Sama di Uji

10:14 AM No Comments

Putrajaya: Semua coklat jenama Cadbury yang melalui saluran pemprosesan sama dengan dua produk dikesan mengandungi DNA babi (porcine), diarah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya menjalani ujian kesahihan kandungan kendalian Jabatan Kimia.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan terbabit diambil kerana khuatir DNA babi itu turut berada dalam semua produk berkenaan berikutan melalui saluran pemprosesan yang sama.

“Jabatan Kimia akan mengeluarkan keputusan muktamad mengenai ujian terbabit dalam masa tujuh hari bekerja sebelum diserahkan kepada JAKIM sebagai pengesahan rasmi, sama ada semua produk terbabit mengandungi DNA babi atau tidak.

“Analisis Jabatan Kimia perlu kerana JAKIM dan jabatan agama Islam setiap negeri hanya mengiktiraf makmal milik jabatan terbabit untuk proses pensijilan halal seperti ditetapkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama wakil Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kimia dan Jabatan Standard berkaitan penemuan DNA Porcine dalam dua produk coklat susu jenama Cadbury keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Ajal 3 Hari Sebelum Nikah

9:31 AM 1 comments

Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Senarai Lagu Tema OST Tuan Rumah Pembantu Rumah TV3 | Tuan Rumah Pembantu Rumah TV3 2014

9:17 AM No Comments

Satu lagi drama bersiri adaptasi daripada novel berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah hasil tulisan Orkid Edyliyne. JS Pictures Sdn Bhd milik pasangan suami isteri, Sheila Rusly dan Azman Yahya atau Jinggo tampil sebagai penerbit dan pengarah drama ini. Drama bergenre komedi ini menggandingkan pelakon Zoey Rahman dan Nad Zainal sebagai teraju utama. Saksikan drama Tuan Rumah Pembantu Rumah ini bakal menemui penonton pada 31 Mei 2014 menggantikan drama YES, BOSS! yang bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di Slot Dramady saluran TV3. Drama siri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Senarai Lagu tema OST Tuan Rumah Pembantu Rumah
Judul Lagu : Pesona Cinta
Penyanyi : Afzan Rahman

Sumber : http://infotaip.blogspot.com
Read More...


Senarai Lagu Tema OST Cerita Cinta Kita TV3 | Slot Samarinda Cerita Cinta Kita TV3 2014

9:06 AM 1 comments

Drama terbaru di slot Samarinda berjudul 'Cerita Cinta Kita' menggantikan drama bersiri 'Samarinda' yang akan menamatkan siarannya tidak lama lagi. Drama 22 episod ini dibawah arahan Azmi Hatta terbitan oleh Orange Tree Production. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Ika Nabilla, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan ramai lagi. Nantikan drama 'Cerita Cinta Kita' bersiaran mulai 28 Mei 2014, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam di TV3.

*Senarai Lagu tema Ost akan di kemaskini 

Sumber : http://infotaip.blogspot.com
Read More...


Senarai Lagu Tema OST Selamat Pengantin Madu TV3 | Slot Zehra Selamat Pengantin Madu TV3 2014

8:47 AM No Comments

Drama terbaharu di slot Zehra berjudul 'Selamat Pengantin Madu' dibawah terbitan Pesona Picturess Sdn Bhd. Drama arahan Ibrahim Elias membawakan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandham, Aiman Hakim Redza dan Eina Azman. Drama ini dijangka bersiaran selepas tamat drama bersiri Kifarah pada bulan Jun nanti di TV3.

*Senarai lagu OST akan di kemaskini.

Sumber : http://infotaip.blogspot.com

Read More...


DNA babi: NGO mahu saman RM100 juta

8:27 AM No Comments

AMPANG - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

"Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya.

“Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini  dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

"Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut.

"Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam.

"Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja  beragama Islam," katanya.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak.

"Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian.

"Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Ibu saudara 5 beradik yatim piatu kesal difitnah

8:23 AM No Comments

SUNGKAI - Ibu saudara kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan Jumaat lepas, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana terdapat pihak menabur fitnah bahawa keluarganya akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan.

Junaida Mohd Zain, 42, berkata beliau meminta pihak berkenaan agar menghentikan segala fitnah yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu.

"Kami ada perasaan...jangan cakap macam tu, lima beradik ini adalah darah daging kami. Walau apa pun terjadi kami tak kan pisahkan mereka, kami adik  beradik boleh jaga mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini.

Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Zainah, 44, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik itu melalui Facebook.

"Kepada sesiapa yang mahu derma hubungi saya terlebih dahulu, jangan mudah percaya dengan kutipan derma di Facebook," katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Sementara itu, Muhd Haikal Jefri, 16, berkata dia dan adik-adiknya akan terus tinggal di Cheras, Kuala Lumpur dan mereka akan dijaga oleh ibu saudara yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.

"Adik saya yang bongsu kadang-kadang merengek cari mak saya, dia kata mak dan ayah ada di sini," katanya dengan sayu.

Dalam kejadian pada 7.30 pagi itu, juruteknik Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya Noorsalawati Ibrahim, 40, terbunuh ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal setelah digilis sebuah lori dalam kejadian langgar lari berhampiran susur ke Cheras, di Jalan Loke Yew.

Pasangan itu meninggalkan lima anak - Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Monday, May 26, 2014

Senarai Lagu Tema OST Drama Kusinero Cinta Astro Mustika HD | Kusinero Cinta Astro Mustika HD 2014

10:06 PM No Comments

Drama terbaru berjudul Kusinero Cinta akan menggantikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menamatkan siarannya. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir hasil terbitan Global Station. Saksikan drama 'Kusinero Cinta' ditayangkan mulai 26 Mei ini pada Setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133). Dua episode turut disiarkan di Astro Prima (saluran 105).

JUDUL : Kusinero Cinta
Tarikh : Mulai 26 Mei 2014 (Setiap Isnin - Rabu - 10 malam)
Episod : 60 episod
Siaran : Astro Mustika HD 134 / Astro Bella 133
Pengarah : Feroz Kadir
Terbitan : Global Station
Pelakon : Jericho Rosales, Aaron Aziz & Tiz Zaqyah
Bella Dally, Miera Liyana, Nadzriah Nadzri, Shakilla Khoriri, Jasmin hamid, Arash Mohamad, Nabila Daly, Wan Sharmila, Ziela Jalil, Shah Rezza, Datuk Jalaluddin Hassan

Lagu Tema / OST Kusinero Cinta
Judul : Takdir Cinta
Artis : Awi Rafael
Ciptaan : Adi Sixthsense

PELAKON DAN WATAK
Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
Aaron Aziz sebagai Chef Izmir
Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir
Nadzriah Nadzri - Mimi
Wan Sharmila - Dr.Riana

Sumber : http://infotaip.blogspot.com
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger