Friday, June 6, 2014

Tonton Online Piala Dunia Brazil 2014 | Live Streaming Piala Dunia Brazil 2014

4:02 PM No Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Jom saksikan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia Brazil 2014 secara Online @ Live Streaming di Sini !




Sumber : http://www.livesoccertv.com
Read More...


World Cup Brazil Live Streaming 2014 | 2014 FIFA World Cup Brazil

3:51 PM No Comments



Hi ! Everyone let get's Fixtures / Results / TV Schedules / Live Streams here ! 






Source : http://www.livesoccertv.com
Read More...


Agong terima 30 kek sempena hari keputeraan

3:17 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menerima persembahan 30 kek sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka esok.

Turut berangkat menyaksikan persembahan kek berkenaan di Dewan Santapan Istana Negara di sini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Seri Paduka berdua meluangkan masa kira-kira satu jam dan tertarik dengan dekorasi pelbagai kek termasuk kek buah bertemakan 'Tahun Melawat Malaysia bersama KTM 2014' seberat 40 kilogram daripada Hotel Park Royal Kuala Lumpur.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin turut hadir untuk mempersembahkan kek daripada ATM bertemakan 'ATM Taat Setia'.

Hotel Berjaya Waterfront Johor Baharu pula mempersembahkan kek seberat 60 kilogram dengan tema 'Kapal Perang HMS Victory'.

Turut menarik perhatian Seri Paduka berdua ialah kek 'Daulat Tuanku' daripada Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihias di atasnya dengan sebuah 'Royal Buggy' yang boleh berpusing dan mengeluarkan bunyi 'Daulat Tuanku'.

Hotel lain yang menghadiahkan kek dalam pelbagai bentuk dan rasa ialah Putrajaya Marriot Hotel & Spa, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Golden Horse Palace Bhd, Federal Hotel International Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Konvensyen Centre dan Hotel Shangri-la.

Turut sama mempersembah kek bagi sambutan ulang tahun Seri Paduka ialah Hotel Maya Kuala Lumpur, Hotel Berjaya Times Square, Hotel Impiana KLCC, Hotel Intercontinental, Brahim's Airlines Catering, Hotel Doubletree by Hilton, Dorsett Hospitality International, The Royale Bintang, Hotel Uitm Shah Alam dan Hotel Istana.

Hotel Chorus, Grand Millennium, Hotel Holiday Villa & Suites, Starwood Hotel & Resort Malaysia, The Ritz-Carlton, Putrajaya International Convention Centre, Malaysia Airlines, Hotel One World dan Hotel Seri Pacific turut mempersembah kek masing-masing.

Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger