LANGKAWI - Dua pesawat pasukan Jupiter dari Indonesia
terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena Pameran Maritim dan
Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun nasib dua juruterbang masih belum diketahui.
Lima'15 berlangsung di sini dari 17 hingga 21 Mac dan akan
dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lima'15 akan menampilkan lima pasukan aerobatik
masing-masing dari Emiriyah Arab Bersatu, Singapura, China, Indonesia dan
Malaysia.
Pada pameran itu juga pengunjung berpeluang menyaksikan
kehadiran pesawat pengebom (USAF) B52 Tentera Udara Amerika Syarikat yang
berpangkalan di Guam, sebuah pulau di
Lautan Pasifik.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my