PERTH: Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang
hilang diteruskan pagi ini di koridor selatan di perairan Perth dengan lebih
banyak pesawat menyertainya.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata,
misi berkenaan semakin mencabar dengan berpandukan kepada beberapa imej satelit
di kawasan yang berpotensi.
"Dua kapal awam yang diambil AMSA dan pesawat tentera
dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, China dan Jepun kini meneruskan
operasi mencari objek yang dikatakan kemungkinan serpihan pesawat," kata
AMSA dalam kenyataan pagi ini.
AMSA sudah mengerahkan semua 10 pesawat dalam misi mencari
hari ini di kawasan 2,500 kilometer di barat daya perairan Perth.
Sumber : http://www.bharian.com.my