Sunday, February 16, 2014

Mangsa banjir Sabah berkurangan setakat tengah hari ini

2:03 PM No Comments


KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Beaufort dan Tenom berkurangan kepada kira-kira 3,000 orang setakat 12 tengah hari ini.

Menurut jurucakap bilik gerakan di kedua-dua daerah, masih terdapat 2,278 mangsa daripada 685 keluarga di enam pusat pemindahan di Beaufort, manakala di Tenom pula 706 mangsa membabitkan 129 keluarga di lima pusat pemindahan.

Sebanyak 17 pusat pemindahan di Tenom telah ditutup sejak tengah malam tadi, kata jurucakap bilik gerakan banjir daerah Tenom ketika dihubungi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman pula memberitahu Bernama paras air Sungai Padas masih melebihi paras bahaya pada 9.17 meter.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka melawat mangsa banjir di Beaufort hari ini.

Turut dijangka melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di daerah itu hari ini ialah Pengerusi Biro Kebajikan UMNO/Barisan Nasional Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. - BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger