Saturday, February 15, 2014

Penunggang gagal elak babi

2:53 PM No Comments

Alor Gajah: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit parah selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor babi hutan di Jalan Lanjut Manis, Ayer Paabas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, motosikal Kawasaki RR ditunggang Mohamad Shamsuddin, 20, dipercayai gagal mengelak haiwan berkenaan yang sedang melintas jalan.

Menurut sumber, sebelum kejadian anak sulung daripada dua beradik itu dalam perjalanan ke kedai runcit dari rumahnya di Kampung Rantau Panjang, di sini.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, babi hutan itu tiba-tiba keluar dari kawasan semak di sebelah kanan jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan.

“Rempuhan mengakibatkan mangsa yang tercampak dari motosikalnya mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala haiwan berkenaan mati selepas tercampak di kiri jalan,” katanya.

Menurutnya, lebih malang mangsa terpaksa terbaring di atas jalan raya dalam keadaan separuh sedar kira-kira 10 minit sebelum kejadian disedari pengguna jalan raya berkenaan.

Katanya, mangsa dibantu orang ramai bagi menghentikan pendarahan di kepalanya sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Jurucakap hospital berkenaan berkata, mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohammad Laham ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, mangsa yang parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Bayi bawah tayar

2:07 PM No Comments


Hulu Selangor: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas digilis kereta PROTON Exora dipandu datuknya yang sedang mengundur dalam kejadian di Taman Lembah Damai, Kerling.

Difahamkan, dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin itu, mangsa, M Sharvina berada di pekarangan rumah datuknya itu bersama ahli keluarga lain dan tanpa disedari mangsa berlari keluar rumah untuk mengikuti datuknya yang hendak mengundurkan kereta.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Priya, 28, berkata, dia masih tidak dapat melupakan detik menemui anaknya itu yang juga anak perempuan tunggal daripada empat beradik terperosok bawah tayar hadapan sebelah kiri kereta PROTON Exora yang dipandu bapanya.

Beliau berkata, bapanya mengundurkan kereta yang diletakkan di hadapan rumah untuk menghantar mereka sekeluarga balik ke rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah bapanya itu.

“Ketika itu, saya berada di dalam rumah bersama anak yang lain, manakala bapa saya pula keluar untuk mengeluarkan kereta dan tanpa diduga Sharvina turut keluar mengikut datuknya itu tanpa disedari.

“Saya terkejut mendengar jeritan bapa yang menyatakan anak saya berada di bawah tayar dan saya seperti berada di awangan selepas menemui anak saya itu dalam keadaan begitu,” katanya. Beliau berkata, dia bersama kakak yang tinggal di rumah bersebelahan rumah ibunya membawa mangsa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan kecemasan bagaimanapun, anaknya sudah tidak bernyawa lagi.


MAYAT Sharvina dibawa dengan kenderaan yang melanggarnya untuk dikebumikan.

“Anak saya seorang yang manja, malah sangat rapat dengan semua keluarga termasuk datuknya. Kami sekeluarga tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di Ipoh dan anak-anak mereka diasuh datuk dan nenek mereka di rumah itu.“Bapa saya juga masih panik dengan kejadian ini,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Hindu Kerling, Lembah Beringin dengan menggunakan kereta PROTON Exora yang sama kira-kira jam 2 petang semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Artis program realiti ditahan curi basikal

1:47 PM No Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Artis popular curi basikal ? begitulah tajuk berita Harian Metro hari ini. Lucu pon ada baca berita macam ini. 

Kota Kinabalu: Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.

Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis ‘Bianchi’ dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sebaik memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu ditahan.Pemeriksaan menemui beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Sebaik menerima laporan dibuat mangsa, polis melancarkan Op Cantas Khas dan mengesan semua suspek di sebuah kafe.

“Sepasukan polis kemudian memperkenalkan diri lalu menahan mereka termasuk artis terbabit,” katanya.

Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk kemungkinan cuba menjual barangan berkenaan kepada pihak ketiga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 12 Februari lalu, mangsa dihubungi jirannya memaklumkan pintu belakang rumahnya terbuka dipercayai dipecah masuk.

Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati jeriji belakang dipotong sebelum mendapati keadaan rumah berselerak.

Pemeriksaan mendapati beberapa barang berharga miliknya termasuk mesin jahit elektrik, dua radio, jam tangan berjenama, kasut, pakaian, basikal lumba dan wang tunai hilang.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


INSIDE SPANISH FOOTBALL : Lionel Messi matches Telmo Zarra scoring record

1:10 PM No Comments



Barcelona star Lionel Messi has matched the the long standing record held by legendary Athletic Club Bilbao striker Telmo Zarra, for career goals whilst playing for one club in Spain.

A record that has stood for decades was matched by Lionel Messi on Wednesday night, with a magical goal against Real Sociedad in the semi-final second-leg of the Copa del Rey. His 335th goal in 404 competitive matches for Barcelona.

That figure now places him alongside the legendary Athletic Club Bilbao striker of the 1940′s and 1950′s, Telmo Zarra, widely regarded as the greatest striker ever to have graced Spanish football. Zarra achieved his feat of 335 goals in 354 official matches.


The next goal that Messi scores will see him break beyond that record, to become the player to have scored the most goals in the shirt of one club, when he inevitably next finds the back of the net, consigning yet another landmark in his glittering career with Barcelona, whilst still only 26-years-old.


Source : http://www.insidespanishfootball.com
Read More...


FOKEM 2014 platform usahawan kongsi kejayaan | Forum Keusahawanan Malaysia (FOKEM) 2014

12:04 PM No Comments

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), SME Bank dan SME Corporation Malaysia (SMECorp) akan menganjurkan Forum Keusahawanan Malaysia (FOKEM) 2014 bagi meraikan kejayaan usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Penganjuran julung kali itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa ini, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.15 petang dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

MIDF berkata, FOKEM yang menggunakan slogan ‘Rakan Strategik Anda Dalam Perniagaan’ itu bermatlamat menyediakan platform bagi usahawan yang berjaya untuk berkongsi pengalaman bersama peserta forum.

Katanya, ia bagi memberi maklumat mengenai pelbagai inisiatif serta bantuan yang ditawarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi di bawahnya.
“Pada sama penganjuran forum turut membantu meningkatkan tahap motivasi kepada usahawan yang baru memula atau akan mengembangkan perniagaan.

“FOKEM 2014 juga membuka ruang kepada peserta untuk menjalin rangkaian kerja baharu serta memperkukuhkan rangkaian perniagaan yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, sembilan usahawan dan PKS yang diraikan dalam FOKEM 2014 ialah ABX Express (M) Sdn Bhd (ABX Express); Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd (AHP); Sipro Plastic Industries Sdn Bhd (SPI); AYS Sdn Bhd (AYS); SimplySiti Sdn Bhd; Suhan Movies & Trading Sdn Bhd (Suhan Movie); SIDMA College Sabah & Sarawak (SIDMA); Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) dan Offshore Works Asia Pacific.

Menerusi bantuan MIDF dan agensi berkaitan, kebanyakan usahawan dan PKS yang diraikan itu mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang perniagaan atau perusahaan masing-masing.

Sebagai contohnya, ABX Express, yang memulakan operasi di Labuan, Sabah pada 7 November 1984, adalah sebuah operasi kurier berkapasiti kecil. Namun kini, ia berkembang pesat dan mencatat sejarah menjadi kurier ekspres tempatan pertama bekerjasama dengan jaringan syarikat kurier antarabangsa pada 2004.

AHP pula yang diasaskan pada 1989 mampu mencipta nama sebagai pengeluar barangan plastik dan komponen dalaman serta luaran kereta untuk industri automotif terkenal seperti PROTON, PERODUA, UMW Toyota, Isuzu dan TS Lear.
Melalui penggunaan mesin berteknologi tinggi berserta sistem perisian komputer, AHP kini mampu menghasilkan lebih 400 jenis produk plastik, termasuk komponen plastik dalaman dan luaran kereta.

Tidak ketinggalan jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit halal yang diasaskan penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi SimplySiti Sdn Bhd turut mendapat penghargaan.

Sumbangan yang diberi agensi pemasaran di bawah MITI terutama SMECorp banyak membantu SimplySiti menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Sony Xperia dilengkapi TRILUMINOUS

11:31 AM No Comments

Pengeluar telefon pintar Jepun, Sony baru-baru ini memperkenalkan dua produk keluarannya iaitu phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual.

Kedua-dua phablet berkenaan memiliki spesifikasi sama, apa yang membezakannya adalah T2 Ultra Dual hadir dengan fungsi dwi kad sim. Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman mengenai harga pasaran bagi kedua-dua phablet ini.

Sony menyasarkan produk terbaru ini untuk golongan menengah. Phablet ini mempunyai skrin berukuran enam inci dengan resolusi HD 720p. Inovasi dilengkapi dengan teknologi TRILUMINOUS serta Mobile BRAVIA Engine 2. Di dalamnya, terdapat prosesor quadcore Snapdragon 1.3GHz dan RAM 1GB.

Spesifikasi lainnya termasuklah memori dalaman dengan kapasiti 8GB. Dilengkapi dua kamera, dengan kamera utama 13mp dan kamera depan 1.1mp. Selain itu, kapasiti bateri menjadi sumber tenaganya adalah 3000 mAh.

Peranti ini dijangka dilancarkan di peringkat global termasuklah di China, Asia Pasifik, Timur Tengah serta Afrika

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Lagenda bola sepak England Tom Finney meninggal dunia

11:14 AM No Comments

LONDON: Lagenda bola sepak England, Tom Finney meninggal dunia pada usia 91 tahun, demikian menurut bekas kelabnya, Preston North End, hari ini.

“Preston North End dimaklumkan mengenai berita amat sedih bahawa Sir Tom Finney sudah meninggal dunia,” kata kelab divisyen ketiga itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Sir Tom adalah pemain hebat yang pernah bermain untuk Preston North End dan juga pernah bersama saat kegemilangan England," kata kenyataan itu.

Finney, seorang pemain sayap, juga bermain dalam beberapa posisi di bahagian tengah tinggal selama-lamanya di bandar kelahirannya di Lancashire, di utara England.

Finney memulakan kariernya di North End pada 1946 dan kekal dengan kelab itu sehingga persaraannya pada 1960.

Beliau menjaringkan 210 gol dalam 473 penampilan untuk skuad Lillywhites itu.

Pencapaiannya bersama skuad England juga memberangsangkan dengan menjaringkan 30 gol untuk 76 cap permainan untuk negaranya. - AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Fulham pecat penngurus Rene Meulensteen

11:06 AM No Comments


LONDON: Fulham mengambil tindakan dramatik hari ini bagi mengekalkan status di Liga Perdana Inggeris dengan memecat pengurus, Rene Meulensteen dan membawa Felix Magath sebagai pengurus baru ketika saingan liga berbaki 12 perlawanan.

Meulensteen, bekas ketua jurulatih Manchester United, berkhidmat dengan Cottagers hanya kurang dua bulan selepas mengambil alih tugas Martin Jol pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, kekalahan 3-2 di tempat sendiri dengan Liverpool dengan dua kali di depan - namun jaringan penalti Steven Gerrard pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Cottagers kini empat mata dari zon penyingkiran.

Namun ia masih tidak memuaskan bagi pemilik Fulham, Shahid Khan, seorang ahli perniagaan Pakistan yang dilahirkan di Amerika dengan memecat Meulensteen.

Ia adakah pemecatan kedua buat Meulensteen musim ini selepas disingkirkan daripada kelab Russia, Anzhi Makhachkala, pada Ogos tahun lalu, iaitu hanya 16 hari memulakan tugas.

Magath, pengurus dari Jerman pernah membawa Bayern Munich memenangi kejuaraan Bundesliga pada 2005 dan 2006, sebelum menyertai Wolfsburg dan kemudiannya meninggalkan kelab itu pada 2012.


“Saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Felix Magath ke Fulham Football Club,” kata Khan dalam laman web kelab itu. - AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Ribut salji landa Jepun, 100 penerbangan terkandas

10:58 AM No Comments



TOKYO: Dua terbunuh semalam selepas ribut salji melanda semula Jepun dengan menjejaskan perkhidmatan kereta api dan pengangkutan darat, selain memaksa lebih 100 penerbangan dibatalkan.

Salji tebal sehingga 30 sentimeter melanda Negara itu dengan ramalan menunjukkan ia masih melanda beberapa kawasan sehingga awal pagi ini.

Ribut salji terburuk dalam dekad ini melanda semula selepas kali pertama minggu lalu menyebabkan 11 orang maut manakala lebih 1,200 lagi cedera.

Agensi kajicuaca mengeluarkan amaran Tokyo yang dilanda salji tebal sejak petang semalam akan berlarutan sehingga malam.

Beberapa tempat di barat dan tengah Jepun juga dilanda salji tebal, selain angin kuat dan ombak tinggi di beberpa kawasan pesisir pantai.

Agensi berita Kyodo melaporkan, dua yang maut semalam adalah membabitkan kemalangan akibat salji tebal di tengah Shiga dan barat daya Oiga. - AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Mendarat cemas angkara 'emas'

10:43 AM No Comments



Pesawat dari Singapura dibenar berlepas ke India selepas pemeriksaan

Sepang: Tiga bungkusan ketulan logam yang dipercayai emas tetapi disangka bahan kimia dijumpai dalam tandas pesawat menyebabkan ia terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pesawat Airbus A320 syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo, yang dalam perjalanan dari Singapura ke Chennai, India, meminta kebenaran mendarat di KLIA, apabila anak kapal menjumpai ketulan itu yang dibungkus dan mencurigakan.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


32 maut serangan bom kereta di luar masjid Syria

10:37 AM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ya allah, selamatkan Syria, Selamatkan Pejuang-pejuang Islam. Amin 

BEIRUT: Satu bom kereta meledak di luar sebuah masjid di perkampungan selatan Syria menyebabkan berpuluh dilaporkan maut.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, seramai 32 orang maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan di masjid sebuah kampung di Yadouda.

Stesen televisten tempatan mengesahkan, bom kereta yang meledak di luar masjid di Yadouda itu menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh.

Seorang aktivis di selatan Syria, Jamal al-Golani, berkata bom kereta itu meletup ketika jemaah baru meninggalkan masjid selepas solat Jumaat.

Beliau mempunyai senarai nama 18 orang yang semuanya terborban akibat letupan berkenaan. - AP

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger