Assalamualaikum. sahabat semua.. anda sihat ? alhamdulillah , semoga kita sentiasa sihat dan di permudahkan segala urusan kita serta di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Hari ini , hari sabtu 18 Febuari 2012, Ada apa dengan hari sabtu, sebenarnya entri kali hanya untuk menceritakan tentang apa yang berlaku pada aku , hari ini.
Apa perasaan hari ini ?
Perasaan saya, adalah gundah gulana , sebab ? result nak keluar dah , 22 hb nie.. Susah hati sangat harap dapat yang terbaik, insyallah doakan saya berjaya ye, sahabat sekalian. Selain itu , hari ini perasaan aku lebih baik dari semalam , sebabnya aku dah bolah updated blog ni, sebelum ni laptop aku rosak, jadi tak berapa betul sikit hidup aku, sekarang ni pon , laptop tak berapa ok lagi , tak pa lah nanti baiki la...
Risau ...
Apa yang aku makan hari ini ?
Aku makan lontong . tahu tak ? mak aku yang masak sebab aku yang nak makan, sangat sedap kalau nak cuba jemput lah datang kat rumah, tolong basuh periuk belanga sekali.
Filem hari ini ?
Hari ni, tiba - tiba aku tengok filem Hindustan, aku ni susah nak tengok cerita hindustan tapi tengok iklan dia macm best ja... tajuk dia " I hate Luv story " . Wah, ada ka di antara kita yang tak suka kisah cinta ni. Cerita ni memang seronok, jalan cerita yang menarik, kalau yang terlepas tengok tu , sila lah, cari di youtube or mana - mana yang berkenaan ...
Harapan hari ini ?
Harapan hari ini , agar mendapat keputusan yang cemerlang dan redha dengan keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi, kali perasaan takut tu lain macam, Ya allah, redhakanlah perasaan aku supaya tenang.. Amin.. Itu sahaja pekara menarik yang ingin dikongsi bersama kalian semua.. Assalamualaikum.. Jumpa lagi !