Assalamualaikum semua ! prestasi cemerlang selepas kahwin. Betul ka ni ? hmm .. kalau macam tu kena kahwin cepat - cepat la. Sebenarnya, aku agak percaya dengan kenyataan ini, sudah terbukti , classmate aku setiap sem dekan dan dia dah berkahwin , dan mempunyai seorang cahaya mata, wah, pandai betul dia uruskan masa dia, untuk, anak, suami , mak , mak mertua dan sebagainya. Tapi sebenarnya, kalau nak cemerlang ni, bila - bila pob boleh, asalkan rajin berusaha. Contoh la, kalau kita kahwin sekalipun dan tak baca buku untuk exam, rasanya boleh cemerlang ka ? macam tu juga dengan kalau kita berdoa tanpa usaha boleh cemerlang ka ? dan kalau kita minum air zam - zam , yassin dan sebagainya tapi tak berusaha dan bertawakal kepada allah boleh cemerlang ka ? semua persoalan itu anda sendiri yang tahu jawapannya. Sesungguhnya, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Oleh itu, marilah sama -sama kita tanamkan azam, terus berusaha untuk cemerlang di dunia dan di akhirat . Amin...