KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Malaya (UM) yang terlibat
secara langsung dalam himpunan sempena pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim di kampus Isnin lepas mungkin berdepan hukuman dibuang universiti.
Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Unit
Korporat dan Media UM, Izzad Zalman Abd Kader berkata, sembilan pelajar
tersebut diminta untuk menghadiri perbicaraan disiplin di kampus hari Jumaat
ini.
“Pendengaran perbicaraan disiplin adalah merupakan langkah
pertama bagi universiti. Ini adalah platform bagi mereka untuk membela diri.
Tindakan diambil bergantung pada hasil perbicaraan,” katanya.
Mengulas lanjut, hukuman paling ringan yang diputuskan
mungkin berupa surat amaran.
Bagaimanapun jelasnya, pihak pengurusan masih mengenal pasti
pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam himpunan terbabit.
“Jika lembaga disiplin mendapati kesalahan mereka begitu
serius, hukuman maksimum adalah mengusir pelajar tersebut dari universiti,”
tegasnya.
Presiden Majlis Pelajar UM, Fahmi Zainol yang merupakan
penganjur bagi himpunan '40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara' menerima
surat menyatakan dia kini menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Universiti
dan Kolej Universiti Undang-undang.
Dalam pada itu, lapan yang lain dilaporkan turut menerima
surat yang sama dan masing-masing menghadapi tududan berbeza mengikut
undang-undang yang ditetapkan.
“Kami bukan sahaja mengkaji semula rakaman semula rakaman
televisyen litar tetutup, tetapi juga video dan gambar yang dipaparkan dalam
perhimpunan itu,” katanya lagi.
Katanya lagi, pihak berkuasa dan universiti kini sedang
menjalankan siasatan dan bersedia memberikan kerjasama antara satu sama lain.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my