KAJANG - "Saya berasa panas, dan tiba-tiba asap
berkepul-kepul keluar daripada kereta saya," demikian menurut seorang
pemandu yang keretanya (Satrio Neo) tiba-tiba terbakar di depan lampu isyarat
Jalan Reko Kajang hari ini.
Pemandu tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad
berkata, dia bernasib baik kerana pantas keluar daripada kereta itu dan segera
meminta pertolongan daripada orang ramai yang berada berdekatan kawasan
tersebut.
"Saya baru balik daripada masjid selepas selesai menunaikan solat Jumaat tadi.
"Saya berhajat hendak ke Pejabat Pendaftaran Bangi,
tiba-tiba berhenti di lampu isyarat kereta saya terbakar, cemas juga, dalam
kekalutan tersebut saya sempat keluar daripada kereta saya," katanya
kepada Sinar Harian Online hari ini.
Ketika ini, mereka sedang menunggu ketibaan penyelamat
(bomba) untuk 'menyelamatkan keadaan'.
Jalan di situ sesak teruk akibat kejadian tersebut. Orang
ramai turut mengambil kesempatan untuk merakamkan adegan mencemaskan tersebut.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my