London: Pemain Arsenal sudah pasti sukar melupakan memori
dibelasah 5-1 Liverpool minggu lalu, apabila kedua-dua pasukan bertemu kembali
pada saingan Piala FA, kata pengurus pasukan berpangkalan di Merseyside,
Brendan Rodgers kelmarin.
Arsenal ditewaskan dalam tempoh 20 minit pada pertembungan
Liga Perdana Inggeris di Anfield, Sabtu lalu, namun memiliki peluang untuk
segera membalas dendam pada pada saingan pusingan kelima hari ini di Emirates.
“Kami akan kembali pada pertemuan hujung minggu ini dengan
keyakinan tinggi. Saya rasa jika kami menunjukkan persembahan seperti dilakukan
ketika berdepan Arsenal yang berada di kedudukan teratas liga, ia pasti akan
melekat di ingatan mereka. Kami menakjubkan pada hari itu dan tidak dinafikan
ia adalah persembahan terhebat pernah anda saksikan.
Mahu rampas Piala FA
“Ia adalah perlawanan berbeza, ada motivasi baru buat
kedua-dua pasukan dan setiap satu pasti mahu mara ke suku akhir,” katanya.
Ketika The Gunners akan berdepan saingan 16 pasukan terakhir
Liga Juara-Juara berdepan Bayern Munich pada Rabu ini, Liverpool pula tidak
memiliki perlawanan pertengahan minggu pada saingan Eropah yang perlu
dirisaukan sekali gus bakal menurunkan pemain terkuat mereka.
“Kami mahu menang Piala FA dan itu adalah objektifnya. Kami
tidak ada pertemuan pada pertengahan minggu jadi pasukan boleh menurunkan
pemain terkuat seperti di inginkan.“Ia mungkin berbeza buat Arsenal, yang akan berdepan
perlawanan penting selepas bertemu kami dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Jadi, mereka pasti melihat pertemuan ini sedikit berbeza. Kami tidak perlu
merehatkan sesiapa,” katanya. - REUTERS
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment