Friday, March 7, 2014

Jumpa bayi bawah pokok

11:54 AM No Comments

Subang Jaya: “Bayi comel itu dipenuhi najis ketika ditemui sebelum saya mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah,” kata Umi Kalsom Khadzir, 18, pelajar Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU) Shah Alam yang menemui seorang bayi perempuan berusia dua hari bersama rakannya yang ditinggalkan di bawah pokok di SS15, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Umi mendakwa panik dan tidak tahu mahu berbuat apa selepas menemui bayi itu sebelum dia dan seorang rakan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya mahu meletakkan kereta di kawasan parkir di situ kerana hendak pergi makan di kafe berhampiran selepas selesai belajar secara berkumpulan.

“Ketika dalam kereta lagi, saya melihat ada bungkusan putih di bawah pokok di kawasan itu dan sebaik turun dari kereta, saya mendengar tangisan bayi sebelum menghampirinya bagi melakukan pemeriksaan.


“Saya tergamam seketika apabila melihat bayi perempuan dibalut menggunakan tuala selain badannya dipenuhi najis,” katanya memberitahu, dia dan rakannya yang panik kemudian mengambil keputusan membawa bayi itu pulang ke rumah.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Cucuh anu anak dengan bara rokok

11:50 AM No Comments

Ampang: Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.


“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak setahun lalu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Rozita Che Wan Tak mahu terlalu teruja

11:44 AM No Comments

Kesibukan suami selain nasihat orang tua supaya jangan terlampau teruja membuatkan Rozita Che Wan masih menangguhkan hasrat menjalani ujian kehamilan selepas hampir tiga minggu lewat datang haid.

Biarpun berharap rumah tangga bersama Zain Saidin, 30, yang dibina sejak Disember lalu diserikan kehadiran cahaya mata, Rozita atau panggilan mesranya Che Ta hanya berserah kepada-Nya.

Bukan itu saja, sebelum ini, beliau juga biasa lambat datang haid, membuatkannya lebih selesa menunggu beberapa minggu lagi daripada tergesa-gesa membuat pemeriksaan doktor.

Terima kasih kepada yang mendoakan kami. Bukan tidak mahu ke klinik, rasanya masih terlalu awal untuk kami berbuat demikian. Kami pun sibuk dengan penggambaran. Saya ada maklumkan (hal ini) kepada Zain minggu lalu. Jadi ketika sambutan hari lahirnya, dia memberitahu tidak mahu apa-apa, selain mendengar khabar gembira (hamil) itu.

Saya tahu suami saya tidak mahu memberikan tekanan. Dia pun faham, malah minta saya tunggu saja rezeki yang diberikan-Nya. Andai berita gembira, ia bukan hanya hadiah terbesar buat suami, malah untuk saya juga kerana ulang tahun saya pada 9 Mac ini, katanya kepada HIP.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger