Wednesday, April 23, 2014

Kapal Jepun disamun, kru diculik

8:16 AM No Comments

PELABUHAN KLANG - Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Daim: Saya bukan anti-kerajaan

8:13 AM No Comments

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara  serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya lagi.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Nelayan ditemui mati dalam keadaan sujud

8:10 AM No Comments

KEMAMAN - Seorang nelayan ditemui maut dalam sebuah bot gentian kaca dalam keadaan bersujud di jeti nelayan Kampung Bukit Kuang di sini hari ini.
  
Mangsa, Yusof Ali, 65, ditemui penduduk kampung pada kira-kira 8 pagi selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri.
  
Seorang saksi, Mohd Azwan Ramli, 32, berkata, ketika beliau minum di sebuah warung, seorang kawan memaklumkan melihat mangsa yang sudah lebih sejam tidak bergerak dalam bot gentian kaca itu dalam keadaan bersujud.

Mohd Azwan berkata, cemas dengan keadaan rakannya itu, beliau bergegas ke jeti sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan menemui alat sedut bagi penyakit asma di sisi arwah.

"Saya pergi ke jeti dan melihat mangsa serta memanggilnya beberapa kali namun mangsa tidak menjawab sebelum memeriksa denyutan nadi yang sudah tiada," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Azwan berkata mangsa tidak dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman kerana dia meninggal akibat penyakit asma yang dihidapi.

Sementara itu, Lijah Ismail, 64, berkata, suaminya menghidap penyakit asma sejak beberapa tahun lalu namun masih meneruskan kerja sebagai nelayan yang dilakukannya sejak muda lagi.

Lijah berkata pada kira-kira 8 malam semalam suaminya pulang ke rumah sebelum ke ke jeti semula sejam kemudian dan tidak pulang lagi selepas itu.

"Saya tak ambil kisah bila arwah tak balik rumah semalam kerana menyangka dia sedang membetulkan peralatan menangkap ikan dan tidak menyangka sesuatu yang buruk berlaku padanya.

"Saya sangka dia berehat dan tidur di bangsal jeti dan turun ke laut pada awal sebelah pagi, tapi sangkaan saya tidak benar bila saya diberitahu arwah meninggal dalam bot miliknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger