Tuesday, March 4, 2014

Mengapa nilai ringgit makin turun? | Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

10:34 AM 1 comments

SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya.

Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi.

Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu.

" Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar.

"Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.

Tambahnya, beliau pernah terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah.

"Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

"Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.

"...bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti," tegasnya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


BR1M: Khairy jawab kenyataan Dr M | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) | Khairy Jamaluddin

10:31 AM 2 comments

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membebankan kewangan kerajaan.

“BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan  pengurangan polisi subsidi pukal.

“Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat.

“BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies  (subsidi menyeluruh).

"Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain,” katanya.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya menyatakan, pemberian BR1M hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat?” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Polis maut diserang warga asing

10:27 AM No Comments

Klang: Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis.

Selepas merampas penjejayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula.

Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


FORMULA KHAIRY! | Khairy Jamaluddin Abu Bakar

10:08 AM No Comments

Menteri percaya FAM fahami perasaan Ultras Malaya, tapi minta tunggu Kongres 25 Mei

Rembau: Kementerian Belia dan Sukan percaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memahami perasaan tidak puas hati penyokong tempatan terhadap mereka, terutama membabitkan kumpulan Ultras Malaya.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata mesej yang disampaikan penyokong berkenaan sewajarnya diterima badan induk bola sepak negara itu.

"Kita yakin pengurusan FAM tahu mengenai (punca) tindakan Ultras Malaya dan ketidakpuasan hati penyokong bola sepak tempatan (terhadap mereka)," katanya selepas menghadiri penamat Peringkat 5 Le Tour de Langkawi di Dataran Rembau, di sini, semalam.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger