Sunday, September 29, 2013

Tips Kuruskan Badan & Kempiskan Perut | Rahsia Kuruskan Badan, 2013

11:16 AM 11 comments



Assalamualaikum, saya harap-harap rakan-rakan sihat hendak-Nya, Hari terdetik di hati saya untuk berkongsi Tips kuruskan badan, sebenarnya sekarang tidaklah saya terlalu kurus atau terlalu gemuk cuma medium, Alhamdulillah, Syukur, Bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah terasa lebih sihat. Apa yang saya hendak saya kongsikan di sini adalah pekara yang betul-betul terjadi kepada diri saya sendiri, tidak perlulah saya buat e-book atau apa-apa kerana saya kurangkan berat secara semula jadi. 

Baiklah, sekarang ini ramai yang ingin kuruskan badan dengan perlbagai cara ada yang mengambil jalan mudah dengan mengambil pil-pil kurus dan produk-produk kuruskan badan, memang tidak dapat di nafikan ada produk yang berkesan, tapi ianya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bagi kita yang kurang berkemampuan boleh buat cara yang mudah tanpa mengeluarkan walaupun satu sen duit poket anda, Ini Serius, saya tidak tipu. 


Baiklah mari saya mulakan kisah benar saya kurangkan berat badan, Apa yang saya lakukan ? sebenarnya saya tidak lakukan apa-apa pun, tanpa di sedari berat badan saya kurang secara semula jadi, mesti yang pelik kan ? Macam ini kisahnya, saya mula kurang berat badan apabila mula bekerja, Hal ini kerana, saya berjalan kaki hari-hari pergi kerja, iaitu 30 Minit pergi dan 30 minit pulang. Oleh itu, 1 jam saya berjalan kaki untuk sehari. Bagaimana ianya terjadi ? apabila kita berjalan kaki lemak dalam badan kita secara semula jadi akan terbakar

Dari sudut makanan? Sebenarnya tak begitu berpantang cuma kurangkan mengambil nasi, kalau dulu 2 pinggan, Sekarang 1 Pinggan. Hal ini terbukti berkesan. Selain daripada pengurangan pengambilan nasi, rakan-rakan boleh jugak elakan daripada minum air ais, Ais tidak begitu baik untuk di amalkan. Lebihkan minum air suam bersama hidangan. Sebenarnya tidak begitu banyak tips dari saya, mudah sahaja kan ? Untuk kurangkan berat badan memang sukar tapi kalau kita bertekad untuk lakukan pasti akan berjaya. 



Gambar di atas, gambar saya sebelum dan Selepas. Pada masa itu berat badan saya lebih kurang 115 Kg, Sekarang lebih kurang 83 Kg. BMI saya sekarang masih dalam tahap berat badan berlebihan. Oleh itu sama-samalah kita kurangkan berat badan , Nasihat saya elakan mengambil Pil kurus, tak mustahil untuk turunkan berat badan dengan hanya lakukan senaman ringan sahaja dan amalkan pemakanan yang sihat. Insyallah. 

Kesimpulannya, Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, semua  ini hanya pinjaman sementara untuk kita semua, Jangan ubah ciptaan allah kepada kita, Saya berharap segala tips mudah dari saya ini dapat membantu rakan-rakan untuk kurangkan berat badan. Semoga berjaya buat semua ! 


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger