Sunday, February 26, 2012

10 Kenangan dalam kehidupan

12:02 AM 2 comments






Assalamualaikum, kali ini aku nak cerita megenai 10 kenangan manis yang terjadi dalam kehidupan aku , sebenarnya ada banyak lagi, tapi cerita sikit sudah la , nanti orang bosan pula nak baca. 





1. Reunion


Reunion, memang seronok dapat berjumpa dengan kawan - kawan yang sudah lama tak jumpa.




2. Masuk UiTM


Pekara ini memang tak boleh lupa sampai sekarang, sekarang ini aku dah berada di semester terakhir.




3. Join dikir barat mandarin


Yang kenangan lucu la, tak pernah seumur hidup aku join dikir barat, bila dah join dalam mandrin pula memang terbaik la !


4. VIVA


Kenangan yang amat perit, penuh kesukaran nak tempuhi baru tahu betapa sukarnya nak buat research , kemudian present, memang kenangan yang sangat mencabar.



5. Naik Kapal Terbang !



Memang pengalaman yang menyeronokan, pertama kali nak kapal terbang, masa ni nak pergi ke sabah dan sarawak..



6. Jadi PM ( Pembantu Mahasiswa)


Pelbagai kenangan masa sepanjang aku jadi PM ni, Kenangan yang memang tak boleh dapat selain berada dalam Keluarga PM...



7.  Jadi Wakil Rakyat


Bukan wakil rakyat la , tapi wakil fakulti dalam pilihan raya, Undilah saya !


8.  Kumpulan G - Heart bergabung


Kami bergabung semula !.. :)



9.  Berada di  Perkampungan Sarawak


Memang  best , banyak rumah kami terjah kat sini, di samping mempelajari budaya masyarakat sarawak.



10. Bergambar dengan orang Utan


Hensem tak orang utan tu, ni masa kat Sabah. 



Sekian itu saja  yang nak di ceritakan, sebenarnya bukan 10 tapi berjuta kenangan manis  yang terjadi, semoga berjumpa lagi di lain entri . Assalamualaikum....










Read More...


Saturday, February 25, 2012

Makanan Hari ini : Khasiat Kacang Hijau

1:19 PM 2 comments








Assalamualaikum semua , sihat ? saya di sini sihat sahaja, Pagi tadi mak aku ada buat bubur kacang hijau, pernah makan tak ? mungkin ramai di antara kita pernah makan, sebenarnya bubur ini memang sedap kalau di masak dengan cara yang betul, entri kali ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal apa yang aku makan hari ini tapi nak cerita mengenai khasiat kacang hijau, maklumalah saya baru saja makan pagi tadi. Setiap jenis makanan mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membantu kesihatan dan kecantikan diri seseorang jika diambil mengikut kadar sesuai. Antara makanan yang mempunyai khasiat tinggi, tetapi kurang diketahui orang ramai ialah kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L. Dipercayai berasal dari India, ia mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.

Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak didalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka dan zat gizi di dalamnya mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.Kita semua digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet mereka bagi memastikan badan memperoleh zat yang diperlukan. Kacang hijau dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan. Wah, memang khasiat kacang hijau ni, baiklah selepas ini pergilah ke kedai berhampiran untuk membeli kacang hijau , sememangnya berzat dan berkhasiat untuk diri dan kesihatan kita. Selamat Mencuba.



Read More...


Tanda - tanda hati keras membatu

11:58 AM No Comments










Assalamualaikum, entri kali ini berbicara mengenai hati, hati kita  perlu di jaga dengan baik dan janganlah kita kotori, sesungguhnya sebagai umat islam hati yang baik adalah perlu bagi mengelakan diri kita di kuasai oleh syaitan dan daripada melakukan pekara - pekara keji yang di larang oleh Allah s.w.t. "Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.


Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". 


Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 



Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54) 



Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45) 



Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 




 Kurang mengagungkan Allah 

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 





 Tidak belajar dengan Ayat Kauniah 


Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).


Semoga entri kali ini dapat memberi sedikit sebanyak  peringatan untuk kita semua bermuhasabah diri , dan untuk megelakan diri kita dari terjerumus ke jalan yang tak di redhai oleh Allah s.w.t. 




Read More...


Syukur, Alhamdulillah....

11:07 AM 3 comments









Assalamualaikum, sahabat semua ,sihat ? semoga kita semua sentiasa sihat hendakNya... Syukur alhamdulillah, itu lah saja yang boleh di ungkapkan . Baru - baru ini keputusan peperiksaan akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM)  telah di umumkan, Alhamdulillah dengan keputusan saya, walaupun tidak mencapai target, saya redha . Keperitan semester 5, berakhir  dengan baik. Alhamdulillah, kepada yang cemerlang tahniah , kepada yang kurang cemerlang, kita cuba lagi di semester yang akan datang, insyallah rezeki allah ada di mana - mana, yang penting kita perlu sentiasa bertawakal dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Baiklah sampai disini saja, entri pada kali ini, sekali lagi Tahniah buat semua pelajar UiTM seluruh malaysia , " UiTM di hatiku "...





" UiTM di Hatiku "



Read More...


Thursday, February 23, 2012

Mana lagi haram ?

2:13 PM 2 comments





Assalamualaikum. sekadar perkongsian, renung - renungkan kata -  kata gambar di bawah agar dapat di jadikan pedoman dan iktibar kepada kita, pesanan ini untuk diri sendiri dan kepada seluruh umat islam, " Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t , dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri "











Read More...


Wednesday, February 22, 2012

Pakej menarik ke Pulau Langkawi

12:00 AM 8 comments







" PULAU LANGKAWI "



Assalamualaikum kali ini saya ingin membawa anda bercuti ke  Pulau Langkawi , Pulau Langkawi merupakan tempat tarikan  pelancong yang masih maju sehingga sekarang. Anda boleh membawa  keluarga , kawan - kawan , anak  dan isteri ke Pulan langkawi. Pakej menarik menanti anda , di mana hanya perlu membayar RM 160.00 untuk 3 hari 2 malam. Untuk maklumat lanjut sila ke page ini di  Pakej Langkawi, atau  boleh terus menghubungi En. Mohd Salleh Mustafa di talian  019 - 4150633. Sekian terima kasih, Selamat  melancong.

























Tunggu apa lagi ! Jom bercuti dengan hanya RM 160.00, selama 3 hari  2 malam.

Maklumat lanjut sila ke page Pakej Langkawi

atau

Hubungi En. Mohd Salleh Mustafa di talian  019 - 4150633


Terima Kasih....









Read More...


Tuesday, February 21, 2012

Mensyukuri segala nikmat Allah S.w.t

12:35 PM 1 comments










Assalamualaikum, sahabat , para pembaca blog saya, entri kali akan berkisarkan mengenai Nikmat Allah s.w.t. Topik ini di pilih, apabila melihat keadaan sekeliling yang amat menyedihkan. Kita di beri kebijaksanaan , kemewahan dan sebagainya, tapi kita lupa pada Allah, kita lupa segala kemewahan dan kebijakasanaan itu adalah pemberian Allah s.w.t. AWAN tak selalunya cerah, laut bukannya selalu tenang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Skrip hidup kita kadang-kadang tidak seperti yang kita harapkan.Kita sering kali ditimpa rasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas daripada genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.Akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan. Hidup ini ibarat sebuah belantara tempat kita mengejar segala keinginan.Sememangnya manusia diciptakan Allah mempunyai kehendak dan keinginan. Namun tidak semua yang kita inginkan akan tercapai.Setiap apa yang kita idamkan juga kadang-kadang tidak mampu menjadi kenyataan.Bukan perkara mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi.Ramai orang yang tidak sedar hidup ini sebenarnya tidak semestinya berjaya atau bahagia.Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa apa yang mereka miliki itu semuanya pemberian Allah yang Maha Pemurah. Kejayaan itu menyebabkan seseorang menjadi sombong dan bertindak mengikut hawa nafsu.Begitu juga kegagalan, kita dihadapinya dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari pada kegagalan itu ialah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, Allah pasti tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki.Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah dan malapetaka.Tetapi mereka tetap bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan terhadap dirinya. Oleh itu, apabila seorang mukmin berasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Disini , kita dapat lihat , dimana rasa syukur kita, bersyukur hanya bila berjaya, tetapi apabila gagal kita lupa.  Di harapkan entri kali dapat memberi ilmu yang berguna kepada semua. Apa yang penting dalam kehidupan kita ialah terus berusaha, gagal sekali tak semestinya gagal untuk selamanya, Peribahasa menyatakan, sikit - sikit , lama - lama jadi bukit, ilmu kalau di cari sedikit demi sedikit akhirnya akan menjadi banyak. Bersyukur dengan apa yang kita ada, supaya kita tidak terus terleka dengan kemewahan duniawi. Assalamualaikum semoga dapat berjumpa lagi di entri yang akan datang. 







Read More...


Monday, February 20, 2012

Prestasi Cemerlang Selepas KAHWIN ?

12:01 AM 3 comments










Assalamualaikum semua ! prestasi cemerlang selepas  kahwin. Betul ka ni ? hmm .. kalau macam tu kena kahwin cepat - cepat la. Sebenarnya, aku agak percaya dengan kenyataan ini, sudah terbukti , classmate aku setiap sem dekan dan dia dah berkahwin , dan mempunyai seorang cahaya mata, wah, pandai betul dia uruskan masa dia, untuk, anak, suami , mak , mak mertua  dan sebagainya. Tapi sebenarnya, kalau nak cemerlang ni, bila - bila pob boleh, asalkan rajin berusaha. Contoh la, kalau kita kahwin sekalipun dan tak baca buku untuk exam, rasanya boleh cemerlang ka ? macam tu juga dengan kalau kita berdoa tanpa usaha boleh cemerlang ka ? dan kalau kita minum air zam - zam ,  yassin dan sebagainya tapi tak berusaha dan bertawakal kepada allah boleh cemerlang ka ? semua persoalan itu anda sendiri yang tahu jawapannya. Sesungguhnya, tiada kejayaan  yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Oleh itu, marilah sama -sama kita tanamkan azam, terus berusaha untuk cemerlang di dunia dan di akhirat . Amin...




Read More...


Sunday, February 19, 2012

Awas lelaki ! anda dalam bahaya !

7:27 PM 3 comments





Assalamualaikum.. kali ni entri ringkas untuk berkongsi pekara yang sememangnya sudah di ketahui oleh kita semua. Mengenai aurat, kali ni tak cerita mengenai aurat perempuan, tapi aurat lelaki, sedarkah anda tentang aurat anda . Terutamanya kepada yang suka main bola sepak, yang pakai seluar pendek. Jagalah aurat kita selagi boleh. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari saya. Pesanan ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesama muslim. Renung - renungkan ... Assalamualaikum...





Jaga aurat yer. !



Read More...


REUNION

12:07 PM 1 comments






" LETS UNITE "



Assalamualaikum semua. kali ni, hanya nak ceritakan  tentang reunion yang berlangsung selama 3 hari . Wah  meletop tak ? reunion kali ni jumpa balik dengan kawan - kawan form 6, perasaan memang seronok la.. bukan senang nak jumpa ramai - ramai macam tu. Kami juga mengambil kesempatan ni, untuk berjumpa dengan cikgu - cikgu .. Guru penyuluh kejayaan.. di mana pun harus ingat dengan jasa dan pengorbanan guru kepada kita. Aktiviti kami masa reunion tu , ialah makan ja.. 24 jam... haha.. Sekurang - kurangnya cuti sem kali ada jugak aktivit menarik di samping berkongsi pengalaman dan cerita menarik di tempat belajar masing - masing. Ada kawan yang dah kahwin , bertunang , "couple" hehe, dan macam - macam lagi la. kalau nak cerita pasal pengalaman memang banyak la. semua ada pengalaman masing - masing. Di harap reunion kali ni dapat mengeratkan lagi nilai persahabatan dan silaturahim sesama kita.



Ketika di rumah cikgu nora .. aku, wan dan bad...




Dari kiri, shud, che na, aku, malek, din , wan dan bad...




Bersama adek form 6




Che na kenapa tu ? Dari kiri, bad, rabi, kak ida , shud dan che na




Makan jgn tak makan....



Baiklah sampai disini saja.. Jumpa lagi yer, kawan - kawan... kenang daku dalam doamu....




Read More...


Saturday, February 18, 2012

Ada apa dengan SABTU ?

8:34 PM 2 comments










Assalamualaikum. sahabat semua.. anda sihat ? alhamdulillah , semoga kita sentiasa sihat dan di permudahkan segala urusan kita serta di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Hari ini , hari sabtu 18 Febuari 2012, Ada apa dengan hari sabtu, sebenarnya entri kali hanya untuk menceritakan tentang apa  yang berlaku pada aku , hari ini. 



Apa perasaan hari ini ?

Perasaan saya, adalah gundah gulana , sebab ? result nak keluar dah , 22 hb nie.. Susah hati sangat harap dapat yang terbaik, insyallah doakan saya berjaya ye, sahabat sekalian. Selain itu , hari ini perasaan aku lebih baik dari semalam , sebabnya aku dah bolah updated blog ni, sebelum ni laptop aku rosak, jadi tak berapa betul sikit hidup aku, sekarang ni pon , laptop tak berapa ok lagi , tak pa lah  nanti baiki la... 


Risau ...




Apa yang aku makan hari ini ?

Aku makan lontong . tahu tak ? mak aku yang masak sebab aku yang nak makan, sangat sedap kalau nak cuba jemput lah datang kat rumah, tolong basuh periuk belanga sekali. 






Filem hari ini ?

Hari ni, tiba - tiba aku tengok filem Hindustan,  aku ni susah nak tengok cerita hindustan tapi tengok iklan dia macm  best ja... tajuk dia  " I hate Luv story " . Wah, ada ka  di antara kita yang tak suka kisah cinta ni. Cerita ni  memang seronok, jalan cerita yang menarik, kalau yang terlepas tengok tu , sila lah, cari di youtube or mana - mana yang berkenaan ...






Harapan hari ini ?

Harapan hari ini , agar mendapat keputusan yang  cemerlang dan redha dengan keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi, kali perasaan takut tu lain macam, Ya  allah, redhakanlah perasaan aku supaya tenang.. Amin.. Itu sahaja pekara menarik yang ingin  dikongsi bersama kalian semua.. Assalamualaikum.. Jumpa lagi !







Read More...


Friday, February 17, 2012

Makan nasik dengan Ayam

9:59 PM 2 comments





Assalamualaikum... Jom makan nasi dengan ayam .. 
korang mampu ? 




Sekian ... :)





Read More...


J.E.R.I.N.G

9:44 PM 2 comments









Assalamualikum.. semua wah... jering menjadi tajuk entri saya , pada kali ini , apa yang anda semua tahu pasal jeirng ? ye ? tangkai jering ? kedekut ? salah tu , sebenarnya jering ni adalah sejenis ulam yang sngt sedap bila di makan betul ka ?  baiklah , dalam kehidupan kita seharian pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba, betul kan ? ke ada yg  tak makan ulam, makan la ulam sangat baik untuk kesihatan kita semua. Antara ulam - ulam yang popular tu ialah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung, tudiaaa, punya banyak kan ? sebenarnya banyak lagi ulam  - ulam yang ada di Malaysia ini, kenalkah anda kepada ulam - ulam ini ? tepuk dada , cari kat internet , hehe :). EH , ni dah lari topik ni, sebenarnya nak cerita pasal jering la...ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERING. Buah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. korang mampu ? hehe.Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. sebenarnya jering ni cruch ! hehe.. tak percaya ? anda boleh cuba.. Sebenarnya  ada juga  yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. euwww... sangat menusuk sila la bau yerr... Sebenarnya jering ini berkhasiat untuk kesihatan kita... jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus... wah meletop tak ? , kandungan pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian... hehe.. sangat berkhasiat info ni aku amek dari Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin, dalam artikelnya... baiklah itu saja untuk entri kali ini.. Selamat Membaca !





Read More...


Aku suka kutuk AWIE OMAR

9:18 PM 1 comments







Assalamualaikum sahabat... entri kali adalah untuk mengutuk sekeras-kerasnya AWIE OMAR ! kenapa saya cakap macam ni ? haha... Jom kenali awie.omar....



Siapa AWIE OMAR ?

Seorang blogger yang sangat rajin.. ye la dia boleh review 16 blog dan komen  setiap entri .. klu aku mmg tak la.... rajin betul... sebenarnya aku kenal awie omar masa aku follow dia la.. kemudian , dia ajak aku join next top blogger .. aku pon join la nak cabar diri sendiri... apa kau kesah kan? haha...



Kenapa kutuk  AWIE OMAR ?

Sebab dia... suka komen entri aku , dalam blog dia sebenarnya da info yg menarik, contohnya, ttg fakta 10, dan yg aku tertarik.. ada award dalam blog dia.. hahaha.... sapa2x nak taw jom la lawat blog dia KLIK SINI .. dan yg paling best bila dia review satu - satu blog aku ,dan komen...  terbaik la ! :)



Pesanan kepada AWIE OMAR ...

Baiklah, kepada awie,, aku rasa ni mungkin entri aku yg terakhir,, sbb aku akan join kursus utk jaga budak baru masuk Uitm, aku jadi fasilitator... faham2x la klu jadi fasi ni kan ? :).. kursus tu 22/2 - 3/3.. aku takut x dpt nak curik masa update blog.. kalau x da entri pada tarikh yg di nyatakan tu faham2x lah yerr... or klu aku tersingkir mggu ni mmg selamat dah la.. hehee....klu ni mungkin penyertaan terakhir, mungkin aku blh join NTB2  kan ? jgn segan2x ajak aku... dan nak ucap terima kasih sbb sudi jemput aku join NTB1 k....klu lepas ni aku tersingkir harap sudi2x  lah jenguk blog yg x seberapa ni k... kepada yg lain teruskan perjuangan anda ! :) Ok jmpa lg klu ada rezeki ! sebenarnya x terniat pon nak kutuk ko awie omar... sbb aku dah x da idea.. laptop lak problem... hmmm... tragis betul....anyway , thanks awie. sbb invite and review blog aku..... jumpa lg. k... :)




Read More...


Saturday, February 11, 2012

Kentut kau Jenis apa ?

8:30 AM 13 comments





Assalamualaikum... semua.. hari ada lagi ke yang sambut maulidur rasul.. Alhamdulillah terus berselawat kepada rasulullah s.a.w. entri kali berkisar mengenai kehidupan seharian kita, iaitu kentut. Semua orang pernah kentut, tapi ada pelbagai cara kan ? kalau siapa yang tak kentut tu, tipulah. Sebenarnya kentut ini baik untuk kesihatan, percaya tak ? Baiklah sebenarnya, Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain. Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu, ini adalah laporan oleh seorang doktor di AS. Percaya atau tidak kentut boleh menyembuhkan penyakit. Baiklah lepas ini jom ramai - ramai kita  hidu kentut . Ini  adalah fakta mengenai kentut. Baiklah sebelum terlupa ini adalah jenis - jenis kentut. Kentut anda jenis apa ? nanti komen di sini yer. Baiklah, semoga berjumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih kerana membaca. 



Kentut kau jenis  apa ? :)








Read More...


Thursday, February 9, 2012

Halal ! , jika bapa berada di tengah - tengah

8:32 AM 10 comments






Assalamualaikum.... pagi yg indah.. hari ini bukan nak cerita la... tp nak  nasihat.. cess.. mcm la aku  baik sngt kan ? ok terpulang kepada anda sama ada nak dengar atau tak.. selalunya kita tgk, pasangan couple ni ikut suka ja kan nek moto dgn pak we dia... Tahukah anda bahawa ianya HARAM ? klu  x tahu , lepas baca blog ini msti tahu.....Mungkin kita x rasa apa... tp masanya akan tiba unutk di hitungkan dosa, pahala , syurga dan neraka...kepada yg nak nek motor dgn pak we dia.. Boleh... dengan syarat bapa , pompuan or laki tu , berada di tengah-tengah,... mampu ? ini dpt mengelakan kita daripada terjerumus di lembah kemaksiatan... Aku, alhamdulillah x pernah buat lg.. anda ? tepuk dada tanya iman... Sesungguhnya allah suka umatnya yg mengikuti arahanya..Sesungguhnya yg baik itu datang dari allah , dan yg buruk itu datang daripada diri kita sendiri.. Semoga kita berjumpa lg... Ingat ! jauhkan maksiat , tingkatkan amalan dan bekalan menghadapi Allah S.W.T.. 




"Renungan Bersama " :)




Read More...


Wednesday, February 8, 2012

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan diri

10:34 AM 3 comments





Assalamualikum... kali just nak shared cara rasulullah S.A.W.  jage kesihatan ... check out !





Boleh ikut ? insyallah kan.... :)

Read More...


Monday, February 6, 2012

Anda Kategori mana ?

9:26 AM 1 comments




Assalamualaikum... berbicara mngenai pendakwah... Berdakwah sesungguhnya satu amalan yg baik .. berdakwah ni nak mnyeru org untuk sentiasa melakukan kebaikan di dunia ni....nak berdakwah pon tgk pada tempat dan masanya , tgk sesuai ka x ? kan.... tp kadang2x niat kita tu  tak betul,... So anda kategori yg mana ? tgk kat bawah....




















Anda kategori mana ?

Tepuk dada , Tanya IMAN :)




Read More...


Salam Maulidur Rasul

9:04 AM No Comments











Assalamualaikum... Salam maulidur rasul buat semua... marilah kita banyakkan selawat ke atas rasullullah s.a.w. wah hari ni msti rmi yg join perarkan maulidur rasul kan ? tahniah yerr,.. harap dgn sambutan ini dpt mmberikan satu impak , dan pengertian pengorbanan , ketabahan , dan keikhlasan kepada kita. Sesungguhnya rasullullah merupakan pemimpin sejati yg perlu di contohi.... Ok.. jgn lupa selawat k !









Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger