MANCHESTER, England: Manchester City melangkah ke suku akhir
Piala FA dengan bergaya awal pagi tadi selepas menundukkan pencabar gelaran
Liga Perdana Inggeris Chelsea 2-0 sekali gus mengekalkan sasaran untuk
menjulang tiga piala berprestij.
Stevan Jovetic dan Samir Nasri masing-masing menjaringkan
satu gol untuk menebus kekecewaan 1-0 awal bulan lalu ketika menentang Chelsea
dengan mempamerkan penguasaan dan menyekat pelawat daripada menemui sasaran.
Walaupun Chelsea mendahului takhta liga, City kini hanya
ketinggalan tiga mata di tangga ketiga dengan bermain kurang satu perlawanan.
Sunderland turut mara ke suku akhir Piala FA selepas menang
tipis 1-0 ke atas Southampton manakala Wigan mengesahkan kemaraan hasil
kemenangan 2-1 ke atas Cardiff. - AP
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment