Assalamualaikum. Ya allah, aku di serang Gout, kepada yang ada penyakit ni, memang taw la.. betapa sakitnya kaki tu... hmm... Kali ni serangan gout ni lain macam sebab dah 2 minggu lebih tak lega lagi.. Aku dah habis pantang nie.. Ya allah, sembuhkanlah penyakit hambamu ini. Berikutan dengan tu aku cari la makanan apa yang tak boleh makan, tengok memang banyak la tak boleh makan,dah hilang satu nikmat, di tarik oleh allah .Mungkin sebab selalu leka dengan duniawi ni. Allah bagi amaran pada aku :'(.
Aku pun mula cari di internet herba untuk gout, rupanya ada banyak juga, seperti misai kucing, poko duri 7 bilah, mata pelanduk , bungan kantan, dan macam-macam lagi la.. Ada juga baca air zam-zam juga baik untuk pesakit gout sebab boleh meneutralkan asid..
" Jangan bersedih, Sakit itu adalah rahmat dari Allah s.w.t. "
Dalam pada itu, aku pon updated la entri pasal gout, jujurnya entri tu aku copy+paste sebab tu semua fakta bernas malas nak kacau kualiti entri tersebut, tapi aku bukan copypaste membuta tuli ja, aku ada cited, (citation) kat situ. Sebenarnya banyak input kat internet ni..yang berguna, (bila sakit baru taw nak cari) . Apa -apa pun aku harap sangat Gout aku ni dapat sembuh. Kepada sesiapa yang membaca entri ini, sila la memberi cadangan ubat yang baik untuk merawat penyakit Gout, Kerjasama anda amat di hargai :)
Untuk menghantar maklumat lanjut mengenai penyakit gout ni boleh email muhammad_8925@yahoo.com atau terus komen di sini. Di harap kalian semua dapat membantu saya. Akhir sekali, doakanlah penyakit Gout saya ini cepat sembuh , doakan semua kesejahteraan umat islam di muka Bumi Allah s.w.t. :). Amin... Assalamualaikum. Terima Kasih ! :)