Tiada lagi apa yang perlu disembunyikan kerana hubungan
cinta Nur Fathia Abdul Latiff, 26, dan penyandang Artis Baru Lelaki Popular,
Anugerah Bintang Popular BH 2012, Aiman Hakim Ridza (25) bukan lagi rahsia. Kedua-duanya
sudah mula terbuka membicarakannya kepada umum.
Akrab sejak 10 bulan lalu, pasangan ini mula kenal sejak dua
tiga tahun lalu. Pernah digandingkan dalam drama seperti Mahabbah dan Bunga
Bunga Jodoh, kedua-duanya kian intim selepas membintangi drama Diandra yang
disiarkan di TV3 tahun lalu.
Jodoh mereka kini terus diikat menerusi teater Bidasari
arahan Lokman Ghani yang mula dipentaskan sejak 10 hingga 17 Februari ini di
Panggung Sari, Istana Budaya. Teater ini diadaptasi dari filem hitam putih
dengan judul sama pada 1965 dan mempunyai persamaan dengan kisah fantasi Snow
White atau Puteri Salju.
Kisah cinta mampu tutup kontroversi
Aiman juga dalam kenyataannya sebelum ini tak menolak andai
jodoh kuat menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri. Bagaimana pula
dengan Fathia? Ironinya kisah cinta mereka ini dilihat mampu menutup sensasi
dan kontroversi yang pernah mengaitkan Fathia dengan lelaki itu dan ini
termasuk VVIP.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian
0 comments:
Post a Comment