Wednesday, December 10, 2014

Jangan balik ke Malaysia semula

6:48 PM No Comments

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan aktivis politik, Ali Abdul Jalil, yang pasportnya dibatalkan Jabatan Imigresen tidak balik lagi ke Malaysia.

“Jangan sesekali pulang semula,” katanya menerusi Twitternya.

Kenyataan itu adalah reaksi Khairy terhadap kemas kini Ali dalam laman Facebooknya yang menyatakan dia sudah menerima kad suaka politik daripada kerajaan Sweden.

Kelmarin, Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) milik blogger kontroversi, Alvin Tan dan Ali disenaraihitamkan dan ditarik balik Jabatan Imigresen berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, penyenaraian itu menyebabkan pasport dipegang dua individu terbabit terbatal secara automatik

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Segmen Blogwalking by Fadzlina

6:41 PM 3 comments

Assalamulaikum, Hi Fadzlina saya join Segmen awak. I wish you all the best! 

Untuk Join KLIK SINI

Read More...


Sharnaaz jawab isu arak | Sharnaaz Ahmad

5:42 PM 1 comments

MUNGKIN ramai yang menyedari, pelakon Sharnaaz Ahmad bersama Hanis Zalikha dan Mimi Lana, kini berada di Jepun bagi menjalani penggambaran drama, Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa.

Gara-gara sekeping gambar membeli-belah di sebuah pasaraya di sana, Sharnaaz dikecam hebat kerana ramai pihak mempertikaikan arak berjenama Asahi yang dikatakan berada dalam trolinya.

Menerusi aplikasi WhatsApp, pelakon yang terkenal menerusi watak Farish dalam Suamiku Encik Sotong ini menyifatkan isu tersebut sengaja diada-adakan bagi mencari kesalahannya.

"Kesalahan orang kalau cari memang seronok kan, tapi ada tak kita lihat kesalahan diri sendiri?

"Saya lebih pentingkan kerja saya daripada benda macam ini. Salam dari Jepun," ujarnya yang enggan mengambil pusing mengenai isu tersebut.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tonton Online Piala AFF Suzuki 2014 Separuh Akhir ke - 2 Malaysia VS Vietnam | Piala AFF Suzuki 2014

12:34 PM 1 comments

Assalamualaikum, seperti mana yang kita ketahui pada perlawanan pertama Malaysia menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, Malaysia terpaksa akur dengan ketangkasan pasukan Vietnam apabila Pasukan Malaysia telah tewas 2-1, oleh itu mari sama-sama kita teruskan sokongan terhadap pasukan Malaysia pada perlawan kedua di Vietnam nanti. Kepada yang ingin menonton secara online boleh ke tonton.com atau boleh terus menonton secara langsung di kaca televisyen menerusi siaran TV9. Ayuh bangkit ! Skuad Harimau Malaya ! 

Tonton perlawanan kedua Malaysia menentang Vietnam secara online  di http://www.tonton.com.my
Read More...


Jihan Muse makin demand?

12:14 PM No Comments

NAMA Nuur Jihan Muse atau lebih dikenali sebagai Jihan Muse tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat industri seni tempatan.

Walaupun di awal kemunculannya hanya sebagai seorang pelawak biasa, namun siapa sangka kini dia semakin laku dan mendapat tempat.

Bukan sekadar bergelar pelawak, malah sejak kebelakangan ini, peserta Raja Lawak musim ketiga ini semakin menjadi tumpuan pengarah, penerbit dan stesen televisyen untuk bekerjasama dalam projek-projek mereka.

Sehinggakan timbul pelbagai khabar angin kerana popularitinya yang semakin meningkat, pelakon kelahiran Selangor ini semakin ‘demand’.

Pun begitu, sudah menjadi asam garam sebagai anak seni, akui Jihan, dia tidak pernah mendabik dada dengan kejayaan yang telah dimiliki.

Katanya, dia yakin rezeki dan kedudukan yang diterimanya hari ini adalah kerana kepercayaan peminat kepadanya selama ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, saya sentiasa belajar untuk tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam karier saya,” kata pelakon berusia 31 tahun ini.

Ditanya apakah dia semakin laku kerana penampilannya yang mula menyerlah sejak kebelakangan ini, kata Jihan, penampilan memang perlu dijaga walau dalam apa jua kerjaya yang diceburi.

“Saya belajar daripada kehidupan, walaupun sebelum ini saya kurang mendapat perhatian tetapi ia bukan bererti paras rupa yang menjadi ukuran.

“Lagipun, saya percaya mereka memanggil saya kerana bakat dan kesungguhan saya,” jelasnya.

Pun begitu, Jihan berkata, dia tetap menjaga batas-batas yang sepatutnya sebagai seorang wanita.

“Sebagai manusia dan wanita biasa, kita sendiri memang perlu tahu batas yang sepatutnya.

“Sejak kali pertama saya memilih bidang ini, saya sentiasa menerima kritikan. Apa pun, saya ambil ia sebagai iktibar dan memandang positif untuk membantu karier saya,” katanya.

Lawak bukan ikut musim

Berkongsi harapannya, hos program realiti Gegar Vaganza ini memberitahu, dia bercita-cita besar untuk melihat industri lawak lebih maju dan diterima di negara ini.

Tambahnya, dia tidak mahu lawak hanya mendapat perhatian pada musim tertentu sahaja.

“Macam sekarang peminat sedang hangat dengan Maharaja Lawak Mega 2014, jadi ramai yang meluangkan masa dan fokus kepada pelawak-pelawak terlibat.

“Sebaliknya, bila sesuatu masa itu tiada sebarang program atau aktiviti lawak yang hebat dianjurkan, mereka seperti lupa kewujudan kami,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya pula, ujar Jihan, dia kini sedang sibuk memberi perhatian kepada MLM 2014 sebagai ahli kumpulan SYJ.

“Selain itu, saya juga mempunyai komitmen sebagai hos Gegar Vaganza. Bagi aktiviti lakonan pula, saya sedang menjalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Hantu Wefie,” katanya yang telah dilamar untuk menjadi duta bagi sebuah produk

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger