Friday, September 25, 2015

Peminat tinju rupanya...

11:23 AM No Comments

Selain melakar populariti sebagai bintang bola sepak, Wayne Rooney (gambar) turut dikenali sebagai penggemar sukan tinju dan kapten Red Devils itu mendedahkan bahawa dia dan beberapa rakan sepasukannya juga meminatinya.

Pengurus United, Louis va Gaal tidak perlu bimbang jika anak buahnya pergi menonton tinju bersama asalkan tidak menyertai perlawanan.

Rooney memberitahu bahawa dia dan rakan pemain seperti Ashley Young, Michael Carrick dan Victor Valdes gemar berehat di hotel pasukan sebelum perlawanan dan menonton perlawanan tinju di televisyen sekiranya berkesempatan.

Antara perlawanan paling diingati adalah pada November dua musim lalu, sebelum United seri 2-2 dengan Cardiff City.

Menurut Rooney, malam sebelum perlawanan itu adalah pertarungan pertama Carl Froch menentang George Groves dan ia pertarungan yang menarik perhatian seluruh pasukan Old Trafford.

“Kami menonton perlawanan pertama Carl Froch menentang George Groves, perlawanan menentang Cardiff diadakan di tempat lawan,” kata penyerang berkenaan.

“Kami berada di hotel dan menonton perlawanan di layar besar jadi semua orang dapat menontonnya.

“Ia berlaku ketika David Moyes menjadi pengurus, malah beliau juga meminati tinju.

“Sewaktu Froch jatuh separuh daripada kami melompat dan separuh lagi sudah kehabisan tenaga. Ia perlawanan hebat untuk disaksikan bersama pasukan.”

Minat Rooney terhadap tinju bermula sejak kecil lagi di mana dia akan menyertai sukan itu bersama bapa saudara dan sepupunya.

Dia juga bersahabat baik dengan peninju empat beradik dari Liverpool iaitu Paul, Stephen, Liam dan Callum Smith sejak kecil lagi.

Malah pemain berusia 29 tahun itu me­ngakui suka menonton pertarungan hebat di televisyen biarpun kadang kala tersengguk menunggu perlawanan dari seberang Lautan Atlantik berikutan perbezaan masa.

“Saya masih ingat perlawanan di antara Mike Tyson dan Lennox Lewis di Amerika Syarikat dan ia masih belum disiarkan sehingga jam tiga pagi,” katanya.

“Saya akan berjaga dengan bapa dan adik beradik untuk menonton perlawanan itu. Ia kena­ngan yang tidak mungkin anda lupakan.

“Kadang-kala kami pergi ke rumah sepupu untuk menontonnya dan mereka juga akan datang ke rumah kami.

“Sering juga saya cuba berjaga malam tetapi kemudiannya tertidur dan terlepas perlawanan itu.

“Tinju adalah darah daging saya dan sesuatu yang saya suka lakukan.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 6:36 AM



Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Hello Mr Perfect (TV3) | Drama Hello Mr Perfect (TV3) 2015

11:04 AM No Comments

Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria akan didaptasi ke sebuah drama untuk mengisi slot Akasia TV3. Teraju utama dilakonkan oleh Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies. Drama ini mendapat sentuhan arahan Nuad Hj Othman dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Drama Hello, Mr. Perfect bersiaran mulai 30 September 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

Senarai OST Hello Mr Perfect 


Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Ciptaan/Lirik: A.Aida

Read More...


#TravellingBeruang: Apa Ungku Ismail dapat?

10:47 AM No Comments

KEMPEN #TravellingBeruang nyata memberi impak besar dalam hidup pelakon yang terkenal, Ungku Ismail Aziz.

Daripada sekadar mengkaji wataknya untuk sebuah telefilem, Ungku Ismail akhirnya tergerak untuk menjalankan kempen kesedaran terhadap penyakit kanser daripada Instagram.

Bak kata orang sambil menyelam minum air apabila dalam memenuhi keperluan penggambaran bagi telefilem tersebut, Ungku Ismail turut menjelajah keenam buah negara bagi menyebarkan makna kempen #TravellingBeruang.

"Setiap negara ada maksudnya tersendiri. Saya tak boleh nak simpulkan semua sekali. Saya dapat lihat adat dan budaya mereka, cara mereka hidup, rupa paras mereka. Setiap negara memberi saya satu pandangan yang lain terhadap dunia.

"Walaupun kita hanya pergi negara jiran sahaja tapi itu sudah cukup untuk kita kenal lebih. Sambil-sambil saya buat kerja, itu yang saya dapat. Perkara ini sangat penting," katanya kepada Sinar Online.

Ungku Ismail bersama kru penggambaran telah menjelajah ke Australia, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Jepun dan China.

Menurutnya, pengembaraan berharga itu mengajarnya untuk lebih berdiam dan tenang.

"Pengalaman ini beri saya lebih sifat berdiam diri. Sebab bila saya pergi mana-mana, saya nampak banyak benda yang menakjubkan seolah-olah ia tidak akan habis.

"Orang selalu cakap macam pandai tapi dia tak tengok lagi negara orang di luar sana. Pada saya, orang yang benar-benar bijak ialah orang yang tak cakap apa-apa pun.

"Orang tak bijak itu yang bila baru dapat tahu suatu perkara sahaja, terus cerita dengan orang lain," katanya.

Malah katanya, perjalanan dia bersama kru-kru telefilem dan kru kempen tersebut bukan sekadar berjalan sebaliknya setiap langkah mereka itu membawa makna.

"Perjalanan ini mengajar saya untuk kurangkan bercakap, menilai lebih...belajar lebih. Hikmah dan nikmat setiap tempat itu lain-lain. Saya cuba belajar lebih dengan setiap perjalanan saya.

"Perjalanan saya itu bukan sekadar berjalan...pengalaman yang saya dapat daripada negara-negara orang, cerita mereka, kejayaan mereka, apa buat negara mereka maju dan apa yang buat negara mereka tidak maju. Itu semua saya ambil, saya kumpul.

"Saya kini seorang yang lebih 'relax' dan lebih hadam bahawa bijak itu apabila kita diam," katanya yang memulakan kempen itu sekadar cuba-cuba yang akhirnya mendapat sambutan luar biasa.

Read More...


Jemaah tak ikut arahan punca tragedi?

10:44 AM 1 comments

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih dalam satu kenyataan menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca insiden rempuhan yang sehingga kini mengorbankan 717 orang.

Menurutnya, tragedi malang itu tidak akan berlaku sekiranya jemaah mengikuti arahan yang telah ditetapkan.

 "Banyak jemaah bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah punca utama tragedi rempuhan itu.

"Jika mereka mengikuti arahan, kemalangan sebegini dapat dielakkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi dipetik AFP pula menyalahkan pengurusan Arab Saudi yang bertindak menutup banyak laluan di Mina sehingga memaksa ratusan ribu jemaah terpaksa mengikuti satu laluan yang sama secara serentak.

Ohadi berkata, penutupan laluan menyebabkan tinggal hanya tiga laluan ke kawasan melontar.

"Kejadian hari ini menunjukkan salah urus dan kurangnya perhatian yang serius terhadap keselamatan jemaah. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Arab Saudi harus bertanggungjawab," katanya.

Jemaah Iran antara yang paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan itu dan sehingga kini, seramai 43 jemaah Iran dilaporkan maut, manakala 60 lagi cedera.

Read More...


Kematian meningkat rempuhan manusia di Mina

10:41 AM No Comments

MINA - ARAB SAUDI . Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat kepada 220 orang.

Manakala, jumlah umat Islam yang cedera di  Mina adalah 450 orang.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

Jabatan Pertahanan Awam Saudi berkata, lebih 4000 anggota keselamatan diarahkan ke lokasi kejadian bagi membantu jemaah haji yang terbabit dalam rempuhan itu.

Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Read More...


Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir

10:39 AM No Comments

SHAH ALAM - Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

Kejadian  berlaku kira-kira jam 8:30 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya.

Read More...


Aidil Adha di KL

10:08 AM No Comments

Assalmualaikum semua, sedap makan ketupat ? untunglah. Tahun ni sekali lagi ber aidil adha di KL, 'aku sudah biasa', nak buat macam sebab kerja kan.

Kepada korang semua berbahagialah di kampung ingatlah kawan-kawan di KL, yang tak balik raya nie. 

Apa pon, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidil adha buat semua umat islam di seluruh dunia. Makan danging tu jangan banyak sangat ! nanti masuk wad :) . Semoga berjumpa lagi . Assalamualaikum.  
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger