Wednesday, May 28, 2014

'Berpakaian tetapi telanjang'

12:59 PM No Comments

Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.

Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.

Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya...” (Surah an-Nuur, ayat 31)

Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.

Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.

Tak tutup kaki

Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.

Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.

Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.

Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.

Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)

Sanggul bonggol unta

Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:

“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”

Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.

Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”

Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.

Sumber :  http://www.bharian.com.my
Read More...


KEJAM, SADIS

12:54 PM No Comments

Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.

Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.

Sumber : http://www.bharian.com.my
Read More...


Dyana Sofya akan tewas?

12:46 PM No Comments

APAKAH  Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN.

Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan, Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan.

Pengundi Cina

DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.

Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.

Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.

Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."

Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.

Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri.

Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri.

Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain?

Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini.

Perlu diingat golongan yang terkesan dengan sentimen ini ialah warga Cina yang duduk di Teluk Intan dan bukan daripada kalangan muda-mudi yang sudah berhijrah di bandar.

Oleh itu, DAP sudahpun memulakan gerak kerja ‘Jom Balik Mengundi’.

Gerak kerja ini pula disusulkan dengan kenyataan yang memberikan gambaran kedudukan DAP kini berada dalam keadaan bahaya di Teluk Intan sebagai ‘galakan’ untuk memotivasikan golongan muda-mudi yang sering berlegar di ruang Internet ini untuk balik mengundi.

Kemerosotan undi Cina sudah pasti berlaku, yang diharapkan DAP ialah kejatuhan itu tidaklah sehingga menjejaskan peluang Dyana untuk meraih kemenangan.

Ini Gerakan, bukan MCA

Empat tahun lagi sebelum PRU14 akan berlangsung. Untuk empat tahun ini, apa kata kita berbaik dengan BN dan mendapat segala apa yang diperlukan di PRK Teluk Intan kali ini sebelum memberikan undi kembali kepada DAP di PRU14 nanti.

Pemikiran itu kini berlegar di minda para pengundi Teluk Intan yang masih tinggal di kawasan Parlimen tersebut.

Hakikatnya, di peringkat kawasan, kekalahan DAP di sini tidak merugikan pengundi di Teluk Intan.

Malah, sebenarnya kekalahan DAP boeh memberikan banyak keuntungan kepada penduduk Teluk Intan dalam jangka masa pendek kerana BN akan memberikan segalanya kerana mereka sangat dahagakan kemenangan.

Apatah lagi, kerajaan Perak adalah di bawah BN dan bukannya Pakatan Rakyat.

Ini masalah terbesar DAP di peringkat kawasan.

Bukan itu sahaja, di peringkat nasional pula, pengundi Cina mula bertanya apakah faedahnya untuk membunuh parti komponen BN, terutamanya mereka merasakan harapan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya semakin malap kerana pertelingkahan dalaman parti dan antara parti yang tidak habis-habis.

MCA sudahpun membunuh diri. Apakah faedahnya jika mereka turut membunuh Gerakan dengan membiarkan presidennya kalah di Teluk Intan?

Semua tekanan ini memaksa DAP untuk bergantung kepada isu nasional dan berkempen ke arah menjadikan PRK Teluk Intan ini sebagai referendum untuk isu-isu nasional, termasuklah terhadap tindakan celaka segelintir ahli Umno yang bertindak di luar batasan undang-undang dalam konfrontasi ‘Umno celaka.’

Pengundi Melayu

Dilema orang Melayu selalunya adalah antara memilih antara Umno dengan Pas.

Keberanian DAP meletakkan Dyana di Teluk Intan membuka dinamik baru. Namun, Dyana tidak patut menyentuh mengenai isu hudud di PRK Teluk Intan.

Meskipun Gerakan dan DAP menolak pelaksanaan hudud di Malaysia, tetapi di mata pengundi Melayu ada perbezaan ketara seorang wanita Islam menolak hudud berbanding seorang bukan Islam menolak hudud.

Untuk lima hari terakhir kempen ini, hudud perlu dikeluarkan daripada sebarang ceramah Dyana.

Kerana takutnya jika ini berterusan akan ada golongan pengundi Melayu yang tidak akan mengundi langsung kerana serba-salah untuk memilih.

Mengekalkan sokongan Melayu yang diperolehi di Mei 2013 sudah cukup untuk Dyana.

Pengundi luar

Inilah kunci kepada kemenangan DAP. Majoriti lebih 7,000 yang dikira amat besar di Mei 2013 adalah penghalang sebenar kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.

Sesiapa yang berlegar di Internet akan mendapat persepsi bahawa Dyana adalah calon 'favourite' di Teluk Intan.

Ini membahayakan kedudukan DAP jika pengundi luar Teluk Intan berfikiran sama.

Pengundi luar akan mengambil sikap seperti pengundi di Bukit Gelugor jika beranggapan parti yang mereka sokong sudah pasti menang.

DAP perlu menyakinkan bahawa kelompok pengundi ini bahawa Dyana di dalam bahaya dan memerlukan undi mereka untuk menang. Jika tidak, Dyana betul-betul dalam bahaya.

Penamat

DAP tahu Dyana kini menghadapi kemerosotan undi Cina dan juga undi Melayu. Sekarang sasaran DAP hanyalah ‘asalkan menang.’ Majoriti 1 undi pun tidak apa.

Jika Dyana tewas, DAP bakal hadapi pergolakan dalaman. Lebih teruk lagi, DAP akan hilang keberanian untuk mencuba nasib dengan calon Melayu di kerusi Cina.

Lebih menyayatkan lagi, hasrat untuk melahirkan lebih ramai Dyana di Malaysia juga akan terbantut.

Kepada Dyana, berusahalah sehingga ke saat akhir. Semoga Dyana berjaya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Sejarah Melaka mungkin perlu dirombak

12:43 PM No Comments

MUAR - Sejarah Melaka dalam buku teks sekolah berkemungkinan perlu dirombak semula berdasarkan penemuan baharu Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep).

Pengurus Besar Iksep Datuk Aziz Ujang berkata penemuan itu dibuat hasil kajian institut itu yang dalam proses menyiapkan lapan jilid Buku Sejarah Nasional Malaysia, yang kini masuk 80 peratus siap.

Sejarah kegemilangan Melaka dirujuk 100 tahun sebelum kejatuhan empayar itu pada 1511 tetapi melalui kajian terbaharu Iksep, ia sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 1262, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kem Rakan Remaja Patriotik 2014 peringkat negeri  di Pusat Latihan Khidmat Negara Nasuha di Pagoh hari ini.

Katanya beliau akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan berhubung perkara itu.

Beliau berkata empat jilid pertama Buku Sejarah Nasional Malaysia yang menelan belanja RM4 juta itu bakal dilancar November depan.

Aziz berkata buku sejarah itu merupakan hasil kajian lima tahun, membabitkan 18 orang pakar sejarah negara termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum empat jilid pertama itu diterbitkan, Iksep akan menganjurkan bengkel kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menambah baik isi kandungan buku sejarah berkenaan.

Aziz berkata untuk mengelak daripada fakta sejarah dalam buku tersebut dipertikai, kesemua pakar sejarah yang terlibat dalam membantu pengisian buku tersebut adalah daripada ahli-ahli akademik pelbagai bangsa bagi menentukan kesahihannya dan tidak terpesong daripada kebenarannya.

Antara kandungan buku itu termasuk menjejaki sejarah negara di antara prasejarah daripada zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal, Mesolitik (zaman batu pertengahan), Neolitik (zaman batu baharu), ke rentas era kegemilangan Empayar Melayu Melaka, pra dan pasca Merdeka sehingga era globalisasi yang membentuk Malaysia moden.

Katanya, sumber buku sejarah Nasional Malaysia adalah berdasarkan daripada rekod, dokumen serta hikayat-hikayat Melayu dan Cina termasuk arkib, muzium dan pusat sejarah terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Anak Malaysia bantu Jepun Rangkul Piala Thomas

12:40 PM No Comments

DI SEBALIK kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas kelmarin, ramai tidak mengetahui pasukan negara matahari terbit itu sebenarnya dibantu oleh anak Malaysia.

Individu tersebut ialah Izuan Ibrahim. Anak kelahiran Kelantan itu adalah jurulatih kepada pemain perseorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara, Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Kemenangan Momota, 19, memastikan Jepun mendahului 2-1 pada aksi final di New Delhi.

Izuan yang merupakan seorang bekas guru ketika ini berkhidmat sebagai jurulatih remaja pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di RS Hamanaka.

Dalam Facebook beliau, Izuan turut memuat naik status menyentuh kehebatan Zulfadli Zulkifli yang mengalahkan Momota di separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia pada 2011.

"Pada 2011, saya tumpang gembira apabila Zulfadli muncul juara dunia. Saya juga sedih apabila gagal membantu Momota di separuh akhir.

"Apa pun, 2014 menyaksikan permainan Momota semakin matang dan dia berjaya menewaskan ramai pemain hebat. Sekarang, saya sedih melihat kedudukan Zulfadli," katanya dipetik dari Facebook beliau.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Hormati hudud di Brunei, Nina kini bertudung

12:37 PM No Comments

SHAH ALAM - Pelakon baharu yang berasal dari Brunei Darussalam, Nina Iskandar mengakui bahawa antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati pelaksanaan hukum hudud di negara asalnya.

Memetik laporan sebuah portal, Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahan tersebut bukanlah semata-mata  kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi beliau ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi.

"Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam.

"Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa.

Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini.

Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger