Monday, October 8, 2012

50 Cara Atasi Gout | Merawat Gout

1:47 PM No Comments







Oleh : Syurga Itu Indah 


1. Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.

46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).

47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.

50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing




Read More...


Tanda-tanda Sakit Gout

1:31 PM No Comments








Tanda-tanda Sakit Gout
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Untuk pengetahuan bersama penyakit gout ini terlalu umum dan ia terjadi berpunca dari kadar asid urik yang berlebihan dalam darah sehingga menyebabkan pesakit akan merasakan kesakitan pada bahagian sendi.Ini disebabkan oleh mendapan urik asid yang berlebihan didalam badan sehingga mengganggu sistem metabolisme dan mengurangkan proses pengendalian asid dalam melancarkan pengeluaran yang stabil.Selain itu kegagalan buah pinggang juga salah satu faktor ketidak seimbangan memproses menyah asid yang berlebihan. Ada juga yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit gout kerana kesakitan gout berlaku tanpa mengira masa dan siapa.Dalam Kajian kami gout boleh terjadi disebabkan:

* Keturunan
* Pengambilan makanan yang kaya protein ( makanan laut )
* Kekurangan air dalam badan

Walaupun gout ini pada dasarnya nampak seperti sejenis penyakit yang tidak berbahaya namun dalam kegagalan merawatnya ia akan mengundang penyakit batu karang dibahagian buah pinggang.Batu karang ini juga akan mendatangkan risiko dan memudahkan jangkitan kuman serta kerosakkan buah pinggang.Dalam peringkat awal gout boleh dikenal pasti melalui :

* kesakitan yang berdenyut-denyut dibahagian sendi seperti
- Ibu jari kaki
- Lutut
- pengelangan tangan


* Sekiranya tindakan tidak diambil
- Di setiap sendi menjadi bengkak dan sakit apabila disentuh
- Merasakan sendi kebas dan pengerakkan yang kurang
- Menjadi benjolan yang panas dan kemerahan.

* Kadar metabolisme kurang akan memudahkan
- Suhu badan yang tidak menentu
- Mudah mendapat demam

Dengan mengenalpasti masalah yang mudah terjadinya gejala gout akan dapat mengurangkan risiko tinggi pada sistem sendi manusia.Untuk gaya hidup yang sihat tidak salah untuk kita mengamalkan sikap “cegah sebelum melarat” serta berpantang dari mengambil itu lebih baik daripada pantang melihat untuk diambil.




Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger