Dungun: “Mak dan ayah sayangkan Hanif, maafkan mak dan
ayah... mak akan doakan semoga Hanif berada di sisi hamba yang soleh,” itulah
kata-kata Tuminah Taib, 54, ke telinga Muhammad Hanif Jainuri, 18, selepas
jenazah anaknya siap dikafan di Bilik Mayat Hospital Dungun, semalam.
Muhammad Hanif lemas ketika mandi bersama rakan sekuliah
dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di pantai peranginan Teluk Bidara,
dekat sini, kelmarin.
Tuminah berkata, dia dan suaminya Jainuri Taslim, 52, yang
bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian di Batu Pahat, Johor,
menerima berita sedih itu jam 2 petang, kelmarin.
“Mak cik sangat terkejut dan petang itu segera bertolak ke
Dungun dan sebaik tiba jam 4.30 pagi tadi (semalam) mak cik segera ke pantai di
tempat kejadian.
“Di pantai itu mak cik solat hajat dan membaca surah Yasin.
Selesai solat Subuh di pantai itu, mak cik sekali lagi memohon doa dan menjerit
sekuat hati, ‘Hanif, mak datang, mak nak bawa Hanif pulang, marilah nak’,”
katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Dungun.
Sumber : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment