Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ijazah ? semua orang tahu dengan memperoleh ijazah belum tentu dapat menjamin pekerjaan. Tapi masalah kepada graduan ialah keadaan sekeliling, jiran, ibu-bapa, dan orang sekeliling. Mereka beranggapan orang yang ada ijazah ini akan mendapat pekerjaan yang baik, dari situ timbulah kata-kata yang kurang menyenangkan " ko ada ijazah tapi kerja macam ni jer ", kadang-kadang kata-kata begini memang menyakitkan kita, tapi apa boleh buat ? mulut orang, mereka boleh berkata apa saja yang selagi bernafas.
Sebenarnya segulung ijazah memang tidak mejamin apa-apa, ianya adalah sebagai platform untuk ke bidang tertentu. Cuba anda bayangkan semua graduan yang baru menghabiskan pelajaran terus mendapat pekerjaan. Apa yang akan terjadi kepada orang-orang lama?. Saya sendiri sukar mendapatkan pekerjaan sebagaimana kelulusan saya. Saya faham kebanyakan graduan meinginkan pekerjaan yang lebih baik sesuai dengan kelulusan mereka, termasuk diri saya sendiri. Tetapi pada zaman sekarang terlalu banyak graduan yang di lahirkan sehinggakan menimbulkan terlalu banyak persaingan sihat dan juga tidak sihat.
Kenapa menganggur ? Sebenarnya ini pesan kepada diri saya juga, pendapat saya graduan tidak perlu menganggur, ambil sahaja segala peluang yang ada untuk bekerja. Faktor utama graduan menganggur kerana terlalu memilih kerja, kerana mereka beranggapan pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan kelulusan mereka. Saya faham kita belajar 3-5 tahun, memang penat. Tapi kita juga perlu percaya pada rezeki. Rezeki Allah ada di mana-mana. Kalau dulu anda pelajar cemerlang di universiti belum tentu anda akan dapat pekerjaan dulu berbanding rakan-rakan yang kurang cemerlang. Kebanyakan, graduan cemerlang lebih banyak demand, ini memang tidak dapat di nafikan. Bagi saya kita perlu percaya kepada rezeki, jangan percaya kepada segulung ijazah.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor utama graduan tidak mendapat pekerjaan yang saya ambil dari artikel rahsia belajar di universiti, Antaranya :
1. Tiada pengalaman. Kebanyakan syarikat di Malaysia ini
memilih mereka yang mempunyai pengalaman dan pernah bekerja.
2. Kemahiran berkomunikasi lemah. Semua tahu, kebanyakan
temuduga dalam bahasa inggeris, namun ramai orang melayu masih lagi tidak boleh
berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris. Mereka hanya tahu menjawab
sepatah perkataan tanpa menghuraikan dengan lebih jelas.
3. Tiada kemahiran yang diperlukan oleh syarikat atau
industri.
4. Gagal dalam menjawab kertas ujian yang diberikan.
5. Memilih kerja dan tak mahu gaji yang rendah.
6.Keputusan peperiksaan yang lemah. Biasanya keputusan
peperiksaan adalah pilihan terakhir bagi syarikat untuk memilih anda.
Saya sangat bersetuju dengan keterangan di atas, oleh itu kepada semua graduan jangan berputusa asa dalam mencari pekerjaan, Marilah kita terus berusaha dengan lebih kuat untuk berjaya. Saya sendiri masih tercari-cari career saya. Semoga Allah s.w.t. permudahkan segalanya.
Saya ada mencari beberapa artikel untuk mengetahui pendapat orang ramai tentang, "adakah segulung ijazah bakal menjamin hidup anda ? ".
Artikel pendapat dari :my.toluna.com
Pendapat 1 : Nurqaseh5
Pendapat saya, ijazah bukan bakal menjamin masa depan,cuma
ia umpama satu platform dimana dunia memerlukan seseorang yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang tertentu untuk ditempatkan kesuatu spesifikasi tugas
tertentu. justeru, sekeping kertas itulah yang menjadi bukti adakah kita layak
atau tidak untuk menjawat sesuatu pekerjaan yang ditawarkan.
Kerajaan akur dengan masalah graduan yang menganggur. Banyak
program program telah diatur untuk graduan. Graduate Employment Scheme antara
yang dilakukan. Program ini usahasama pihak kerajaan dengan Khazanah serta GLC.
Saya antara alumni program ini. Objektifnya adalah untuk menempatkan kita dalam
suatu institusi tertentu berdasarkan kelayakan bidang kita. Tetapi, ia bukan
jaminan yang kita diterima bekerja dalam institusi itu, ada terma dan syarat
kena dipatuhi.
Walaubagaimanapun, pengalaman dan kepakaran adalah pakej
utama yang amat diperlukan tak kira dalam bidang apa yang kita ceburi dan
apakah kelayakan kita.
Pendapat 2 : Jojo Lim
Segulung ijazah tidak semestinya menjamin hidup saya.
berpengalaman dan sikap baik masa bekerja dan hubungan yang baik antara
keluarga dan orang lain. dan ijazah tidak menjamin saya melibatkan dalam bidang
kerja yang berkaitan. minat dan kemampuan berubah.
Segala pendapat mereka memang dapat di terima oleh logik akal. Kepada semua graduan jangan takut untuk menghadapi dunia luar yang memag boleh saya katakan mendapat. Di harap kita semua dapat beroleh rezeki dan peluang yang baik. Ingat, segulunh ijazah memang tidak dapat menjadi sebarang pekerjaan. Pedulikan apa yang orang sekeliling katakan, mereka tidak merasa apa yang kita rasa dan mereka tidak faham apa yang kita tahu. Mulakan hidup baru , langkah baru, matlamat baru. Jangan pandang ke belakang mengimbau masa lalu, terus berfikiran positif melangkah ke hadapan. Nikmat sebenar dalam kehidupan kita bukanlah kekayaan tapi Kesihatan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu adalah dari kekurangan diri kita sendiri. Selamat Maju jaya buat semua.