Tuesday, April 26, 2016

Senarai Lagu Tema OST Drama Demi Cinta Ain (TV3) | Drama Demi Cinta Ain (TV3) 2016

8:28 AM No Comments

Zamriez Golden Pictures membawakan drama terbaharu untuk slot Samarinda berjudul 'Demi Cinta Ain'. Dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Risteena Munim, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Bersiaran  setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam di TV3.

LAGU TEMA / OST DEMI CINTA AIN
Tajuk : Dikoyak Waktu
Penyanyi : Ronnie Hussein

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3) | Drama Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3) 2016

8:23 AM No Comments

Drama terbaru Sekali Aku Jatuh Cinta yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faye Kusairi dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya itu akan disiarkan menerusi slot Iris TV3 menggantikan Drama Ahli mesyuarat Tingkap. 

*Senarai OST akan di kemaskini


Read More...


Keajaiban dunia ke-8 ditemui?

8:14 AM No Comments

SEORANG pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai  £350 juta.

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat  'harta'  itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya  itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan  untuk menggali lebih ke dalam  ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya  memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi.

"Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana.

"Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya dipetik Express.co.uk

Read More...


Monday, April 25, 2016

Rekaan baju raya tanpa baju, ini jawapan pereka

8:31 AM No Comments

SHAH ALAM - Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.

Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.

Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.
  
Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya

Read More...


Sunday, April 24, 2016

Happy birthday to me !

12:17 PM No Comments

Happy birthday to me ! Terima kasih kak ida and milia for this cake. Setiap tahun kak aku yang akan bagi kek. Kawan-kawan memang tak bagi pon haha.. Hadiah ? tak dapat pon. Alhamdulillah masih di beri nafas oleh allah s.w.t.. semoga setiasa berada di bawah lidungan Allah s.w.t. Amin..
Read More...


Al-Fateh Steamboat & Grill, Kg Jawa, Klang

12:07 PM No Comments

Assallamualaikum , kami pergi steamboat Alfateh yang terletak di Kg. Jawa, Klang.. Berbaloi sangat harga untuk dewasa hanya RM 21.90! makan sampai kenyang.. Sup & tomyam terbaik. Grill dia pula mengancam.. Tak rugi kalau pergi ! Jom serang al-fateh steamboat ni ! 
Read More...


Ke Kelantan, kawan aku kawen lagi

11:55 AM No Comments

Assallamualaikum semua, kali ini aku ke kelantan kawan aku kawen lagi , ni kira kawan baik la.. kawan uitm & kawan kerja sekali . Tahniah buat cheq da n fairus.
Kami tinggal dekat sini , ok juga berbaloi dengan harga. Terima kasih trivgo


Kalau tak cuba ni, tak sah! 

 Ni dekat, kopitiam kita, time ni rezeki murah ade open house CNY.

Tiba-tiba terjumpa budak ni dekat kelate





Ok selesai semua. Jom balik ! 
Read More...


Ini semua MAK aku yang masak

11:45 AM No Comments


Assalamualaikum , bukan selalu balik rumah kan ? so, bila balik mak akan tanya , hang nak makan apa ? haha.. mak masak la apa pon confirm sedap ! hehe. So, macam2 mak aku masak sepanjang aku ade dekat rumah . Jom tengok !






Banyak kan ? ini lah mak.. sedap semuanya .. mak mana yang tak sayang anak dia.. Alhamdulillah. 

Read More...


Sekali sekala bersama

11:36 AM No Comments

 Assalamualaikum semua ! ni cerita masa aku balik kampung sekali sekala balik huhu. Keluar la dengan family jap. Sembang-sembang pastu balik.. alhamdulillah dapat juga balik kampung. 

 Sedap makanan kat sini ! terbaik 



 Tidak ada apa yang mengembirakan , selain melihat wajah-wajah yang kita sayang happy macam ni..
Read More...


Ke Penang kita bersama backpackers

11:29 AM No Comments

Assalamualaikum, ke penang kita kali ni, tapi kal bersama Geng backpackers aku pon tak lama kenal. Kami naik Flight MAS, first time naik Mas excited sikit, Kami pergi dalam dua hari macam tu. Rasanya dua hari dah cukup nak ronda penang. Banyak jugak tempat kami pergim antaranya Steets arts, padang kota, bukit bendera dan banyak lagi. Kami naik hoho ! so memang ronda satu penang tu. Malam tu pulak pergi batu feringgi jalan-jalan jer, lepas tu pekena pawemboq sedap jugak hehe.. terbaik. Apa pon kalau nak pergi penang naik public transport dah cukup. OK. bye jumpa lai !

 Pasemboq ! haha


 Antara tempat yang kami pergi, streets arts, padang kota, nasi kandar ape entah aku dah lupa. haha.

Dekat bukit bendera, ingat dekat korea jer ke ade?
Read More...


Janda baik, Pahang

11:14 AM No Comments


Assalamualaikum, ari tu aku pergi janda baik, rasa macam oversea pon ade, sejuk , aman , tenang . 

Macam dekat oversea kan ?

Aku jer selfie, member aku tak nak.. 

Read More...


AJL 30 ! Cerita lama

11:04 AM No Comments



Assalamualaikum, ini cerita lama pergi tengok AJL 30, memang best ! 

Gambar tak banyak pon .. 


Read More...


Kawan aku kawen !

10:55 AM No Comments


Assalamualaikum semua, aku ni asyik pergi kenduri kawen orang jer. aku bila lagi ? jodoh belum sampai. Apa-apa pon  tahniah buat dayah & pasangan semoga bahagia selalu. 


Singgah sini sat, Jom balik !



Read More...


Main air di Sunway Lagoon

10:47 AM No Comments

Gambar curi dekat google

Assalamulaikum semua, main air di sunway lagoon mmang best ! tambah2 naik vuvuzela syok habis. Aku pergi dengan kawan Uitm dulu edi & zul.  Gambar tak banyak pon sebab handphone tak boleh kena air, kita tak de gopro, lagipon aku je suka selfie, haha. Kepada sesiapa nak datang Ke sunway lagoon pergilah , insha allah tak rugi. 

Ni masa dekat park dia. ape entah nama aku dah lupa haha..


 Cantik kan burung ni

OTW ke rumah hantu 


Yang ni seram sikit ..

OK. . Jom balik !



Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Suami Tanpa Cinta (Astro) | Drama Suami Tanpa Cinta (Astro) 2016

10:24 AM No Comments

Drama terbaharu adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil akan datang menemui penonton di Astro Ria. Menampilkan gandingan baru Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Turut dibintangi oleh Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod itu diterbitkan oleh Pena Creative Picture Sdn Bhd. Bersiaran pada  setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD.

LAGU TEMA / OST SUAMI TANPA CINTA
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick
Video & Lirik : Link

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Pujaan Hati Umi (TV9) | Drama Pujaan Hati Umi (TV9) 2016

10:20 AM No Comments

Drama terbaru untuk slot Azalea bertajuk Pujaan Hati Umi membariskan pelakon veteran dan baru seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin, Talha Harith, Faye Kusairi, Zain Hamid dan Syaffiq Sahli. Kisah tentang keharmonian keluarga yang retak kerana kehadiran ahli keluarga baru. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh M Nazir Juhaini terbitan SRS Production. Drama ini bersiaranpada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

LAGU TEMA / OST PUJAAN HATI UMI
Lagu : Kau Biarkan
Penyanyi : Faye Khusairi
Video & Lirik : Link

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Mr Boss Miss Stalker (TV3) | Drama Mr Boss Miss Stalker (TV3)

10:11 AM No Comments


Saphire Screen Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Mr. Boss, Miss Stalker karya Aesya Azahar. Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dipilih sebagai pelakon utama. Drama bersiri 20 episod arahan Heykal Hanafiah.Disiarkan di slot Dahlia setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

LAGU TEMA / OST MR. BOSS, MISS STALKER
Tajuk : Dekat Tapi Jauh
Artis : Forteen


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger