Tuesday, June 7, 2011

Cabul dan Dera ?

8:16 PM 3 comments


Sedih, itu ja...

GEMAS - Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung penderaan seksual dan fizikal ke atas kanak-kanak di sebuah rumah kebajikan di Taman Sungai Gemas, Sungai Gemas dekat Tampin di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Wooi Hooi Cheng berkata, lelaki itu ditahan pukul 12 tengah hari ketika dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin dengan ditemani oleh penjaga rumah kebajikan berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, suspek dari Gemas itu merupakan salah seorang penghuni yang dibesarkan di situ dan telah bekerja lebih kurang empat tahun," katanya yang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii.
Kosmo! semalam melaporkan seorang peguam, B. Vijaya Kumari, 57, dari Melaka mendakwa berlaku penderaan fizikal terhadap kanak-kanak berusia di antara 9 dan 10 tahun yang mendiami rumah kebajikan tersebut.
Perkara itu terbongkar selepas peguam tersebut ternampak perilaku salah seorang kanak-kanak terbabit yang menggesel-geselkan patung gajah pada kemaluannya seperti sedang melakukan seks oral.
Selain itu, kanak-kanak itu turut mendakwa sering dipukul teruk oleh pengetua rumah terbabit walaupun membabitkan kesalahan kecil seperti terkencing malam.


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger