Friday, February 27, 2015

Ponteng solat naik van jenazah

11:45 AM 1 comments

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menangkap lelaki Islam yang berkeliaran dengan niat ponteng solat Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya terpaksa bertegas kerana ramai yang menganggap perkara wajib itu sebagai remeh, malah tidak malu bersiar-siar di lokasi tertentu walaupun menyedari waktu itu perlu ke masjid untuk solat Jumaat.

Menurutnya, individu yang ditangkap itu akan dibawa dengan menaiki van jenazah dan ditempatkan di pusat pemulihan yang berbentuk pondok moden bagi mengikuti sesi kaunseling.

Individu ini akan mendalami ilmu bersama ustaz berpengalaman dan mendidik agar perkara sama tidak berulang.

“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkeliaran pada waktu solat Jumaat itu sejajar dengan penguatkuasaan penutupan premis perniagaan bermula 12.30 tengah hari hingga ke 2.30 petang.

"Langkah itu dibuat bagi menghormati dan memberi peluang golongan Muslim menunaikan solat,” katanya pada  program ‘Walkabout’ di Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda dan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan, Dr Mohamad Omar merangkap Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

Terdahulu, awal Januari lalu, kerajaan negeri mengarahkan semua pasar raya di negeri ini ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dan berkeliaran di premis itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif turut menyokong tindakan Maidam yang menangkap golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan dan berpakaian menyolok mata di tempat awam.

“Saya menyokong penuh tindakan Maidam yang melaksanakan undang-undang tersebut bagi menjaga imej kita sebagai orang Islam dan negeri ini.

"Saya juga meminta pihak  Maidam mengambil pendekatan bersifat mendidik bukannya menghukum dan memberi peluang kepada
mereka dengan memberikan nasihat sebelum melaksanakan hukuman,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga meminta Maidam memastikan anggota penguatkuasaan agensi berkenaan diperkemas, termasuk mempelawa lebih ramai wanita mengisi kekosongan jawatan sebagai penguat kuasa.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Thursday, February 26, 2015

Daerah Petaling sarang aedes

10:24 AM 1 comments

Shah Alam : Kawasan tapak pembinaan di daerah Petaling dikesan menjadi ‘sarang’ utama pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor Dr Daroyah Alwi berkata, daerah Petaling merekodkan kes serangan denggi tertinggi iaitu 5,967 kes diikuti Hulu Langat (2,222 kes), Klang (1,824 Kes) dan Gombak (1,238 les) bagi tempoh Januari hingga 21 Februari lalu.

Beliau berkata, pembangunan pesat di Daerah Petaling menyumbang kepada peningkatan kes denggi kerana terdapat banyak lopak dan bertakung air di tapak pembinaan yang meningkatkan pembiakan nyamuk aedes.

“Bagi tempoh Januari sehingga 21 Februari lalu, 12,427 kes denggi dicatatkan di Selangor dan menunjukkan peningkatan 66 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 7,507 kes.

“Setakat ini 29 kematian dicatatkan di negeri ini akibat denggi dalam tempoh itu. Kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membanteras penularan pembiakan nyamuk aedes,” katanya ketika ditemui dalam sidang media kes demam denggi di Selangor di sini, semalam.

Katanya, 46 tapak binaan di daerah Petaling diperiksa dan 45 daripadanya didapati positif menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.

“Susulan itu 39 tapak binaan diarahkan menghentikan operasi berikutan jumlah lokasi pembiakan di kawasan berkenaan yang tinggi.

“Semua tapak bina yang positif diberi notis dan akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan mengikut Seksyen 8 Akta Pembawa Penyakit 1975,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 6:26 AM


SUMBER : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Wednesday, February 25, 2015

MH370 dibawa ke Antartika?

10:23 AM 2 comments

BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened? yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Wednesday, February 18, 2015

Keputusan SPM 2014 diumum 3 Mac

9:12 AM No Comments

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu, kata kenyataan itu.

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarak taip nombor kad pengenalan jarak taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 3 Mac dan ditamatkan pada 11.59 malam, 9 Mac.

Kenyataan itu juga menyebut majlis pengumuman analisis keputusan SPM 2014 akan diadakan pada hari sama, pada 9 pagi di Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E di sini.

Seramai 455,839 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (contoh: Maktab Rendah Sains MARA); 7,957 calon sekolah menengah agama negeri; 12,066 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM; 25,701 merupakan calon persendirian manakala baki 1,523 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


20 maut kena kejutan elektrik ketika karnival

9:08 AM No Comments

HAITI - 20 orang dilaporkan terbunuh selepas terkena kejutan elektrik di sebuah karnival di Port-au-Prince hari ini.

Berdasarkan laporan AP, kejadian berlaku ketika beribu-ribu pengunjung karnival tahunan yang ditaja oleh kumpulan hip-hop Barikad Crew berada di atas sebuah pelantar.

Menurut seorang saksi, sebelum kejadian berlaku, seseorang cuba mengalihkan sebuah wayar menggunakan kayu supaya pelantar boleh belayar melepasi wayar tersebut.

Seorang saksi memberitahu, beberapa pengunjung terus terkena renjatan elektrik dan beberapa orang lagi sempat terjun dari pelantar tersebut.

Selain itu, seramai 46 pengunjung lain dilaporkan cedera dan dibawa ke sebuah hospital berdekatan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman urus jenazah Tok Guru

9:45 AM No Comments

KOTA BHARU - Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertugas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.

Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.

“Ia pengalaman paling bermakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.

Nik Aziz hadir bertugas semalam dengan sukarela di bawah Unit Amal Pas, mengawal kawasan tanah perkuburan di Pulau Melaka bagi memastikan keadaan tidak sesak berikutan masih ramai yang datang mahu berdoa dan membaca surah Yasin di pusara Allahyarham Nik Abdul Aziz.

“Ada yang datang selepas subuh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.

Sejak semalam, tali panjang diikat antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning'  turut dilekatkan di tiang tersebut.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Video penggal kepala, Mesir serang militan IS

9:42 AM No Comments

KAHERAH - MESIR. Susulan tersebarnya video kumpulan militan IS yang didakwa memenggal kepala 21 penganut Kristian Koptik Mesir, negara itu melancarkan serangan udara mensasarkan kumpulan IS di Libya.

Serangan udara itu dilakukan beberapa jam selepas IS mendedahkan video ngeri yang mencetuskan kemarahan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

CNN melaporkan, jet pejuang F-16 Mesir bertolak pada Isnin (waktu tempatan) mengebom kem-kem IS, kawasan latihan dan depot senjata kumpulan militan itu.

Stesen televisyen negara itu menyiarkan rakaman beberapa jet pejuang Mesir yang berlepas untuk misi tersebut.

"Serangan udara mengenai sasaran dengan tepat, dan pasukan tentera udara kita selamat kembali ke pangkalan," kata kenyataan itu.

Rakaman video itu menunjukkan barisan 21 tebusan yang digari serta memakai sut penjara berwarna oren dipenggal kepala di sebuah kawasan pantai dipercayai di wilayah Tripoli di Libya.

Abdel Fattah dalam reaksinya terhadap pembunuhan itu mengancam “pembalasan setimpal” terhadap kumpulan pengganas tersebut.

Beliau dalam pada itu turut mengisytiharkan perkabungan negara selama tujuh hari susulan pendedahan video itu di media sosial.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Video 'Isis Malaysia' dikongsi ke Twitter KPN

9:34 AM No Comments

SHAH ALAM - Sebuah rakaman video amatur menampilkan empat pemuda berpakaian hitam lengkap bertopeng balaclava, empat botol disumbat kain putih seolah-olah 'molotov cocktail' dan salah seorang daripadanya memegang sekeping gambar Nora Danish menjadi viral, hari ini.

Video berdurasi satu minit bertajuk 'Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia' oleh pemilik akaun 'isis malaysia 69' di laman YouTube nyata mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai motif video tersebut dimuatnaik.

Kata-kata yang dilontarkan oleh jurucakap kumpulan pemuda itu bukan hanya mengandungi kritikan terhadap sistem perundangan negara, malah turut melontarkan kata-kata carut disertai simbol lucah di akhir video.

Antara kandungan ucapan tersebut adalah 'mereka' membantah sistem keadilan negara dan mengugut untuk meletupkan mercun di hadapan Mahkamah.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” kata pemuda itu.

Sehingga berita ini ditulis, tujuan video dimuatnaik tidak dapat pastikan sama ada ianya bahan jenaka atau sebaliknya.

Sementara itu, beberapa pelayar berkongsi video tersebut dengan akaun Twitter @KBAB51 milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Setakat ini tiada respons dari Khalid.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Lima pasangan kekasih dicekup

9:31 AM No Comments

BUTTERWORTH - Seorang lelaki mengaku tidak mahu berkahwin dengan pasangannya ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih, awal pagi, semalam.

Dia bersama pasangannya yang merupakan seorang janda itu dicekup ketika berada di dalam sebuah hotel bajet di Bukit Tambun, di sini.

Mereka antara lima pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 2.30 pagi dan berakhir empat jam kemudian di sekitar Seberang Perai Tengah di Seberang Perai Selatan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Khairul Azman Adnan berkata, kebanyakan pasangan diperiksa gagal menunjukkan sijil pernikahan.

Kesemua pasangan itu ditahan di bawa ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara siasatan lanjut.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tukang masak didakwa bunuh penuntut UiTM

9:29 AM No Comments

TAIPING - Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penuntut wanita dengan mengelar leher mangsa di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, dekat sini, 2 Februari lepas.

Tertuduh, Syarafi Abu, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nursyuhada Johari, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang,  yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, kira-kira pukul 2 petang, pada hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dilihat menggelengkan kepala.

"Mahkamah tidak minta pengakuan kamu, cuma tanya sama ada kamu faham atau tidak dengan pertuduhan," kata majistret.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan kimia dan bedah siasat mangsa belum siap.

Eyu kemudian menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh dikat jamin.

Pada prosiding hari ini, galeri mahkamah dipenuhi anggota keluarga tertuduh,  wartawan dan orang ramai. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Senarai Lagu Tema OST Teman Lelaki Upahan TV3 | Teman Lelaki Upahan TV3 2015

9:24 AM No Comments

Novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin akan diadaptasi ke drama dalam slot Akasia saluran TV3. Drama arahan Azma Aizaal Yusoof yang juga merupakan pengarah untuk drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan. Pelakon utamanya ialah Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin. Turut dibintangi oleh Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar dan ramai lagi. Nantikan tayangan drama ini selepas tamatnya drama Istikharah Cinta, dijadualkan pada 9 Februari, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55petang di TV3.

Senarai  Lagu Tema OST 'Teman Lelaki Upahan' :-

Judul : Rahsia
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lagu / Lirik : AG Coco & Azma Aizal Yusoof

Judul : Setapak & Angin Kencang & Sang Penikam
Artis : Noh Salleh

Judul : Sempurna Waktu & Maafkan Aku
Artis : IR Radzi

Sumber : http://infotaip.blogspot.com
Read More...


AZMIL, SARAH & AINA BERSAING REBUT RM300 RIBU DI 'MENTOR LEGEND AKHIR'

9:13 AM No Comments

Seperti diramal protege kepada Dayang Nurfaizah, Azmil berjaya melangkah ke peringkat akhir 'Mentor Legend' yang akan berlangsung pada 22 Februari depan. Mengisi dua tempat finalis ialah Aina protege kepada Ella dan Sarah protege kepada Amy Search.

Dalam persaingan separuh akhir kedua, Sarah diumumkan sebagai peserta terbaik sekali gus melayakkannya ke peringkat akhir.

Tiga finalis yang layak adalah berdasarkan markah keseluruhan daripada separuh akhir pertama dan kedua. Markah-markah terdiri 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam.

Selain Azmil, Sarah dan Aina, tiga lagi protege lain yang berentap merebut tempat ke akhir ialah Fahmie, Tuah dan Nadeera.

Tahniah buat semua finalis 'Mentor Legend'.

Sumber : http://mediahiburan.karangkraf.com
Read More...


Lubang ‘maut’ menanti mangsa

9:05 AM No Comments

PERAMU – Pengguna jalan terutamanya penduduk setempat menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan lubang besar yang terbentuk pada jalan berhampiran sebuah pasar raya di Peramu, di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pengguna terpaksa berhati-hati berikutan situasi itu jelas mengundang bahaya kepada mereka dan memerlukan usaha membaik pulih segera pihak berkenaan.

Seorang pengguna, Mohd Ibrahim Zulkifli, 28, berkata, punca lubang yang terbentuk berkemungkinan besar disebabkan hakisan air dari saliran atau longkang berhampiran.

Menurutnya, musim tengkujuh dan banjir yang melanda akhir tahun lalu menyebabkan keadaan longkang dipenuhi air yang berarus dan sentiasa memenuhi saliran.

“Keadaan jalan ini dapat dilihat semakin teruk yang mana tarnya semakin retak dan runtuh sekali gus meluaskan lagi saiz lubang dengan keadaan tanah di bawahnya mendap.

“Jika ia tidak dibaiki segera, saya percaya risiko kemalangan melibatkan pengguna jalan terutamanya penunggang motosikal amat tinggi apatah lagi jalan ini sentiasa digunakan orang ramai yang tidak putus berkunjung ke pasar raya berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Ibrahim berkata, rasa bimbang terhadap kejadian kemalangan akibat jalan berlubang ini lebih terasa pada waktu malam kerana kawasan itu hanya diterangi lampu jalan.

“Sebagai salah seorang pengguna di sini, saya harap pihak bertanggungjawab mengambil inisiatif membaiki kerosakan yang berlaku bagi kemudahan orang ramai,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Monday, February 16, 2015

30 jenis ikan diturunkan harga

9:51 AM 1 comments

JENGKA - Peniaga Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Bandar Tun Abdul Razak Jengka dekat sini menurunkan harga setiap harga barangan seperti mana saranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Seorang peniaga ikan, Mohd Shah Saidi, 36, berkata, harga 30 jenis ikan yang dijual diturunkan antara 10 hingga 15 peratus sejak Selasa lalu.

Menurutnya, penurunan itu membabitkan sekurang-kurangnya RM1 setiap jenis ikan sekali gus memberi penjimatan kepada pembeli yang berbelanja di Pakar Jengka.

“Harga ikan dijual peniaga biasanya bergantung kepada harga pemborong dan mengalami penurunan serta kenaikan mengikut musim tertentu. Hujung tahun pada musim tengkujuh memang naik dan begitu juga menjelang cuti Tahun Baru Cina.

“Saya tiada masalah untuk turunkan harga barang meskipun akan menyebabkan untung berkurangan sedikit. Tapi, peniaga juga rakyat biasa yang mahu kos hidup tidak membebankan," katanya.

Seorang peniaga sayur, Rosnah Abu Bakar, 51, berkata, dia tidak menaikkan harga sayur walaupun terdapat kenaikan harga minyak.

Menurutnya, barangan di pasar tani lebih murah kerana peniaga mendapatkan bekalan terus dari pengeluar tanpa melalui orang tengah.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Sampai bila nak curi tulang?

9:47 AM 1 comments

SIKAP segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam.

Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing.

Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.

Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.

Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan perkara itu bukanlah semua.

Ikuti kupasan Sinar Harian dalam isu membabitkan segelintir kakitangan awam yang dilihat seolah-olah makan gaji buta dan tidak komited dalam menjalankan tanggungjawab hakiki mereka.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Wednesday, February 11, 2015

Nurul Nuha lancar kempen "March to Freedom"

4:28 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar hari ini melancarkan kempen "March to Freedom" selepas bapanya dihukum penjara, semalam.

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.

"Perjuangan ini adalah bagi  membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.

Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.

Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


#Anwarverdict trending nombor 1

4:23 PM No Comments

SHAH ALAM – Keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mendapat perhatian media cetak dan televisyen, malah ia menjadi bualan hangat dalam laman sosial seperti Twitter.

Menerusi carian di Twitter, hashtag #Anwarverdict diwujudkan untuk mengikuti kes berprofil tinggi ini dan tinjauan mendapati hashtag tersebut menduduki ranking paling tinggi sebagai trending popular hari ini.

Pelbagai foto, pandangan dan kenyataan dimuat naik pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan semasa perbicaraan yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Antara muat naik foto yang mencuri pandangan termasuk keadaan tegang yang tercetus sebaik sahaja keputusan kes didengarkan di kamar Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, pengguna laman sosial Twitter turut memuat naik kapsyen-kapsyen menarik yang disertakan dengan hashtag #Anwarverdict.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger