Thursday, February 20, 2014

Selamat Malam "Bakal Jenazah"

11:55 PM No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Awak semua buat apa ? Semoga kita semua sentiasa di limpahi Rahmat dan di berkati Allah S.w.t. Selamat Malam Bakal-bakal Jenazah. Kenapa saya cakap begitu? Tidur bukan sekadar memejamkan mata.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa malam Allah khususkan untuk tidur. Jadi, kita gunakanlah masa itu untuk tidur. Ini fitrah asal manusia. Manusia perlukan tidur sepertimana manusia perlukan makanan, minuman dan lain-lain. Tidak ada manusia yang sanggup melawan fitrahnya.

Apakah Tidur Itu Disebut Mati Juga ? 

Ketahuilah wahai orang-orang beriman :
Didalam beberapa ayat Al-Qur'an maupun hadits, sering "tidur" Disamakan dengan "mati" atau dapat disebut juga "mati kecil" dimana suatu peristiwa yang tidak disertai dengan perasaan sakit atau derita adapun hal yang wajar dikerjakan setiap orang, dengan demikian tidak perlu ditakuti.

Adakah anda semua boleh jamin yang kita boleh hidup untuk hari esok ? Tepuk dada tanya iman. Hari ini marilah kita sama-sama muhasabah diri apa yang telah kita lakukan selama ini. Semoga dengan entri ini dapat memberi sedikit manfaat, kesedaran untuk kita bersama.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan Buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri. Sedikit rujukkan saya ambil dari http://spirit-xtra.blogspot.com/ dan http://genta-rasa.com/. Gambar dari google. 

Selamat Malam " Bakal Jenazah" :')
Read More...


KR1M diperluas ke semua IPT | Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

5:37 PM No Comments

JOHOR BAHRU: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), yang kini menawarkan sebanyak 397 produk, bakal diperluas ke institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha mengurangkan kos sara hidup pelajar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, setakat ini tidak banyak produk atau kedai KR1M di IPT memandangkan keperluan pelajar dilihat agak berbeza dengan keperluan umum.

"Kami akan bincang dengan IPT untuk membuka lebih banyak KR1M di sana. Persatuan pelajar atau koperasi pelajar boleh memohon untuk menguruskan KR1M ini," kata beliau kepada pemberita selepas melawat kedai Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di sini.

Antara IPT yang menjual produk KR1M ialah UTM cawangan Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (cawangan Melaka), Kolej Kemahiran Tinggi Mara and Universiti Sunway.

"Kami menawarkan produk yang 50 peratus lebih murah daripada pasaran. Dengan membuka atau menawarkan lebih banyak KR1M di IPT, pelajar boleh turut menikmati faedah dan dalam masa yang sama mengurangkan beban kos sara hidup," kata Ahmad Bashah.

Setakat ini, terdapat sebanyak 126 kedai KR1M di seluruh negara dan kerajaan turut mensasarkan sebanyak 60 kedai KR1M dibuka tahun ini.

Ahmad Bashah juga berharap lebih banyak KR1M dibuka sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan parlimen bagi memastikan semua rakyat menikmati usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup.

Menyentuh barangan segar yang bakal dijual di KR1M mulai 1 Mac ini, beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 10 lokasi KR1M akan dipilih untuk menjual barangan itu.

Beliau berkata kerjasama ini diadakan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan pihak berkaitan.

"Kita nak pastikan dulu bekalan barangan segar mencukupi sebelum memperluaskan ke kedai-kedai KR1M seluruh negara. Mungkin lepas ini mereka boleh menawarkan barangan segar lain seperti daging dan sebagainya," kata beliau.

Menurut Fama barangan segar akan dibeli terus daripada petani termasuk ikan, sayur-sayuran, ayam dan buah-buahan. - Bernama

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Facebook beli WhatsApp RM52 bilion

5:30 PM No Comments

MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).

Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Read More...


“Anjing itu makan kepala anak saya!” | Anjing ‘makan’ kepala anak

10:56 AM No Comments



LONDON : “Anjing itu makan kepala anak saya! Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.

Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital.

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.

Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.

Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia.

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.”

“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui.

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35.

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik.

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur.

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Hukuman mati kepada pemilik akaun Facebook | Direjam gara-gara Facebook

10:51 AM No Comments

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Read More...


Guru Wanita cium murid termasuk membuat “gigitan cinta” dipenjara

10:31 AM No Comments

Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.

Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya.

Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012.

Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Ainan Tasneem cedera dalam kemalangan di Kangar

10:14 AM No Comments


KANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.

Semoga Ainan Tasneem cepat sembuh, sumber berita dari Berita Harian Online.

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


DRAMA KOREA TERBARU 2014 | Korean Drama 2014 (K-DRAMA)

12:59 AM 1 comments

Drama Korea Sangat menjadi kegilaan Rakyat Malaysia. Di tambah pula dengan Pelakon yang Kacak dan Cantik. Antara  beberapa Drama Korean Terbaru 2014 yang saya ambil dari http://infotaip.blogspot.com.

  • Jeong Do Jeon / Jung Do Jun / 정도전
  • Angel’s Revenge / 천상 여자
  • Inspiring Generation: The Birth of the God of Battle / 감격시대 : 투신의 탄생

Sebenarnya ada banyak lagi Drama Korean Terbaru 2014, Anda semua boleh terus ke Web page http://infotaip.blogspot.com. Terdapat pelbagai Filem dan Drama menarik lagi. Selamat Menonton.

Sumber : http://infotaip.blogspot.com/

Read More...


Senarai Lagu Tema OST 7 SUAMI (TV9) 2014 | Drama 7 Suami (TV9) 2014

12:43 AM No Comments

Safiyah dibesarkan oleh neneknya. Sejak dari kecil Safiyah hidup dalam kegelapan kerana sifat arwah ayahnya yang merupakan kaki judi dan ibunya pula adalah seorang pelacur. Safiyah dipaksa untuk berkahwin dengan Haji Dollah kerana neneknya mahu dirinya keluar dari kampung tersebut dan hidup bahagia. Walaupun Safiyah telah jatuh cinta dengan seseorang, dia tiada pilihan lain. Selepas berkahwin, pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi olehnya sehingga dia diceraikan dan berkahwin dengan 6 lelaki yang berbeza. Keenam-enamnya mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Dapatkah Safiyah bertemu dengan cinta sejatinya dan bahagia semula? 

Drama arahan Heykal Hanifah ini menampilkan pelakon seperti Izreen Azminda, Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Daniel, dan ramai lagi.

Lagu Tema OST 7 Suami : 
Artis : Min Yasmin
Lagu : Bukan Untuk Sesaat 

Sumber : http://www.tv9.com.my/
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger