Sunday, February 16, 2014

Letusan Kelud makin ‘menggila’

10:24 PM No Comments

Yogyakarta: Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) yang memantau Gunung Kelud di Jawa Timur, mendakwa, letusan gunung setinggi 1,731 meter itu belum tiba ke kemuncaknya.

Media tempatan melaporkan, angka korban kini meningkat tujuh orang, 23 lagi masih hilang, manakala ribuan penduduk yang berlindung di pusat perlindungan sementara jatuh sakit, kebanyakannya diserang batuk, selesema dan sesak nafas.

“Letusan belum tiba ke kemuncak,” kata Ketua Pengarah BPPTKG, Subandriyo kelmarin.

Beliau berkata letusan seterusnya tidak mustahil lebih dahsyat berbanding letusan pertama yang berlaku jam 10.50 malam waktu tempatan 13 Februari lalu dengan gegarannya dirakam stesen pemantauan Deles, Klaten, Jawa Tengah.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger