Tuesday, February 25, 2014

Jangan persenda Erra Fazira | Erra Fazira

3:11 PM 1 comments

Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah juga apa yang dirasai pelakon, Datin Paduka Umie Aida, ketika ditanya perasaannya apabila teman baik dan rakan seperjuangan, Erra Fazira, berdepan dengan perceraian.

Biarpun hanya mata yang berat memandang berbanding bahu yang memikul, namun penderitaan yang dilalui bintang jelita itu, terutama apabila kisah perceraiannya menjadi bahan sendaan ramai, tetap memberi kesan dalam diri pelakon serba boleh terbabit.

Malah, Umie secara terangan menyelar sikap sesetengah pihak yang bersikap tidak peka dengan memperlekehkan teman baiknya.

“Sebagai seorang kawan, tentunya saya rasa sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersendakan serta mempermainkan situasi dilalui Erra. Jika kita tidak tahu apa yang berlaku, janganlah kita memandai-mandai membuat tuduhan yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya.

“Mujurlah Erra seorang yang kuat. Ditambah dengan kesibukannya membuat persediaan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita bulan depan, sedikit sebanyak ia mengurangkan perasaan sedihnya itu,” ujar Umie ketika ditemui selepas menjayakan bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


Sharnaaz pertahan diri

2:23 PM No Comments

"KALAU tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Saya sudah cuba bersabar, tapi saya manusia biasa yang ada batas kesabarannya," jelas aktor, Sharnaaz Ahmad berhubung pergaduhannya melibatkan pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Enggan mendedahkan punca sebenar pertelingkahan yang berlaku di antara dia dan Lisdawati, Sharnaaz bagaimanapun mengaku salah faham tersebut berlaku di set penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Ditebak mengenai kiriman SMS berbaur ugutan yang dihantarnya kepada Fauzi, Sharnaaz berkata, adalah tidak adil untuk orang lain menilai dirinya seorang sahaja hanya melalui satu SMS.

"Salah faham adalah sesuatu yang normal dan segala yang berlaku antara kami adalah satu salah faham. Isu ini terlalu kecil dan ia telah diperbesar-besarkan.

"Cuma tak adil jika ada yang menilai saya jahat hanya kerana satu SMS. Kalau tak cucukan dan jolokan, takkanlah saya nak kata sebegitu. Dia hanya tunjuk SMS dari saya, tapi saya juga simpan SMS dari dia (Fauzi)," katanya.

Sharnaaz berkata, dia ada cuba untuk bawa berbincang mengenai hal yang berlaku namun tidak berjaya.

Ditebak Zass adakah dia tidak risau dengan imejnya setelah beberapa kali namanya menjadi perhatian media sejak akhir-akhir ini kerana sikapnya, Sharnaaz berkata:

"Sejak dulu lagi, saya akui saya seorang yang panas baran. Tapi orang panas baran tak semestinya jahat.

"Tapi apa yang berlaku ini hanya dugaan kecil buat saya, ada dugaan lebih besar lagi yang pernah saya hadapi dan saya tidak risau dengan pandangan orang lain terhadap saya," ujarnya.

Fauzi menerusi laporan akhbar semalam mendedahkan, dia dan Lisdawati terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas Sharnaaz menghantar satu SMS berbaur ugutan terhadapnya.

Katanya, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Read More...


Video nyanyian Shila Amzah yang memukau jutaan penonton China!

1:00 PM No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Shila Amzah semakin popular di China di tambah pula dengan kemenangannya dalam pertadingan Asian Wave 2012. Terbaru nyanyian yang bertenaga darinya telah memukau jutaan Penonton di China. Mari sama-sama kita saksikan.


Read More...


Lisdawati berdepan 'serangan' Sharnaaz

12:45 PM No Comments

AGAK jarang dikaitkan dengan sebarang cerita kontroversi, kali ini nama Lisdawati kembali menjadi sebutan ramai berhubung pendedahannya tentang masalah yang melanda dirinya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Lisdawati dan suaminya iaitu Fauzi Nawawi terpaksa membuat laporan polis setelah mendakwa diugut oleh Sharnaaz menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, pelakon itu turut meluahkan rasa hairannya apabila ditempik Sharnaaz tanpa sebarang alasan munasabah ketika penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Menurut Lisdawati, sehingga laporan polis dibuat olehnya bersama suami sejak tiga hari lalu, belum ada lagi sebarang penjelasan yang diberikan Sharnaaz atas tindakan yang dilakukannya itu.

Berita Lanjut di Kosmo Online.

Sumber : Kosmo Online
Read More...


Anugerah Nur Fathia, penyambung hayat lakonan | Nur Fathia Abdul Latiff

12:19 PM No Comments

MUNGKIN ada yang melihat anugerah Pelakon Wanita Pilihan yang diraih Nur Fathia Abdul Latiff, 26, ketika Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini adalah satu tempias daripada populariti drama rantaian Ariana Rose yang baru menamatkan siaran dua minggu lalu.

Tambahan pula penjurian anugerah yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kumpulan TV3 dan TV9 itu memberikan peluang kepada penonton untuk mengundi calon yang dirasakan layak menerusi undian secara dalam talian dalam durasi 1 Januari hingga 21 Februari lalu.

Mengulas mengenai kemenangan itu, kata Fathia, dia tidak melihat impaknya yang mendukung peranan utama dalam drama bersiri Ariana Rose yang disiarkan dalam slot Akasia TV3 adalah faktor pemangkin undian kali ini.

"Ada dua buah drama lakonan saya dicalonkan dalam anugerah kali ini iaitu Dalam Setiap Sujud dan Diandra. Kedua-dua naskhah itu menampilkan dua karakter saya yang sangat kontra.

"Dalam Setiap Sujud saya melakonkan watak Jannah dan saya akui pembawaan saya dalam drama itu hampir sama seperti drama Ariana Rose.

"Bagaimanapun untuk drama Diandra pula memaparkan saya memegang watak tomboy yang sekali gus telah membuka mata penonton dan mungkin peminat saya selama ini.

"Kemenangan ini kerana naskhah Diandra itu sendiri, bukan kerana penangan Ariana Rose yang saya yakin telah menjadi fenomena sepanjang siarannya di TV3," katanya yang ditemui usai Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fathia telah mengalahkan empat pesaing terbaiknya Siti Saleha menerusi lakonan dalam drama Ruby, Tiz Zaqyah (Sebenarnya Saya Isteri Dia), Nabila Huda (Janji Shirah) dan Zara Zya ( Love You Mr. Arrogant).

Sumber : http://www.kosmo.com.my/
Read More...


Mengimbau Tragedi Pondok Pok Ya

11:14 AM No Comments

GURUN - Walaupun sudah 25 tahun berlalu, namun tragedi kebakaran menyayat hati yang mengorbankan 27 pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya dekat Padang Lumat, Gurun, Kedah masih terpahat di sanubari mereka yang melalui pengalaman pilu itu.

Sinar Harian Edisi Utara mengimbas kembali sejarah hitam 22 September 1989 yang menggemparkan negara.

Dapatkan naskah akhbar ini keluaran 24 Februari 2014 di pasaran berdekatan anda.

Sumber : Sinar Harian
Read More...


Panduan Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41

10:58 AM 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kepada calon Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 pada 1 Mac 2014 (Sabtu) boleh mendapatkan Pakej Panduan Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 di sini.

Sila dapatkan sebelum 12.00 tgh malam 28 Februari 2014.


Sila SHARE rakan-rakan dan ahli keluarga yang terlibat.
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger