Tuesday, October 28, 2014

Senarai Lagu Tema OST Suamiku Encik Sotong Astro Ria | Suamiku Encik Sotong Astro Ria 2014

4:15 PM No Comments

Drama Terbaru Suamiku Encik Sotong akan menemui penonton mulai 27 Oktober 2014, pada pukul 10.00 malam di Astro Ria setiap hari Isnin. Menampilkan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli dan Amar Bahrin. 

Lagu tema Suamiku encik Sotong ialah Perempuan, artis Faizul AF. 









Read More...


Rafizi: Jangan halang penyokong Anwar

1:53 PM No Comments

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tidak perlu meletak penghadang besi bagi menghadapi sebarang situasi di kompleks Istana Kehakiman," demikian ujar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Katanya kepada Sinar Harian Online, tindakan pihak berkuasa meletakkan penghadang seolah memberi gambaran pihak polis mahu konfrontasi dengan rakyat.

"Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah.

"Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya.

Sementara itu beliau turut menjamin tiada sebarang tindakan agresif oleh penyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya penghadang dihapuskan.

"Soal itu tidak timbul langsung.

"Tidak pernah terjadi insiden di mana penyokong merempuh masuk ke dalam mahkamah," tegasnya.

Bagaimanapun beliau memuji pihak berkuasa yang bijak mengawal keadaan.

"Layanan pihak polis cukup baik dan terkawal, kita diberi kebebasan sepenuhnya untuk bergerak. Itu saya tidak nafikan," ujarnya

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Berita ular telan budak palsu

1:51 PM No Comments

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan penyebaran berita di media sosial mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa ditelan ular sawa di Perak.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Perak, Mohd Fadli Nik Abu berkata, berita tersebut palsu kerana pusat gerakan operasi JBPM Perak tidak mendapat sebarang panggilan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza.

“Tiada kes orang ditelan ular sawa berlaku di Perak. Bagaimanapun, di Tuaran, Sabah terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular.

“Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit.

“Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular.

Katanya, anggota bomba hanya membantu menurunkannya dari pokok.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Kecoh isu makan biawak

1:48 PM No Comments

KUALA KANGSAR - Belum reda isu program menyentuh anjing yang dianjurkan di ibu negara baru-baru ini, warga media sosial dikejutkan pula dengan insiden memakan daging biawak dalam satu program di sini.

Isu tersebut timbul apabila terdapat pihak tertentu memuat naik status menyatakan mereka merasai daging biawak yang disediakan di satu khemah dalam sebuah karnival.

Status “test merasa daging biawak dari booth unit infantri di karnival semarak minda komuniti 1Malaysia negeri perak 2014 di dataran pavilion bersebelahan dewan jubli perak kuala kangsar (dekat masjid ridzuaniah)” itu dimuat naik dalam laman Facebook pada jam 3.02 petang, Sabtu lalu.

Tindakan dilakukan orang Melayu beragama Islam itu dipertikai dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai pengguna laman sosial.

Menurut seorang pengunjung karnival tersebut yang enggan dikenali, dia mencuba memakan daging biawak tersebut selepas melihat beberapa pengunjung melakukannya.

Katanya, selepas dia menjamah daging tersebut, ramai pengunjung lain turut berbuat demikian, malah pelajar sekolah juga turut mencubanya.

“Daging tersebut diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu adalah daging biawak. Saya lihat kawan-kawan saya makan jadi saya pun turut mencubanya.

“Rasanya seperti daging biasa tapi sedikit keras dan liat. Saya hanya makan sedikit kerana berasa geli untuk makan banyak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dicabar rakan

Sementara itu, seorang lagi pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Jai berkata, dia yakin apa dijamahnya itu adalah daging biawak kerana kulitnya keras dan liat, tidak seperti ayam atau lembu.

Menurutnya, terdapat beberapa pinggan di atas meja booth terbabit dan satu daripadanya adalah pinggan berisi daging biawak manakala yang lain diisi daging ayam, lembu dan ikan.

“Saya ambil daging biawak kerana ingin merasa dan pada masa itu saya lihat beberapa rakan lain turut melakukan perkara sama.

“Silap saya juga kerana terlalu ingin mencuba dan dicabar rakan-rakan, sehinggakan saya lupa yang mana satu halal dan yang mana haram,” katanya.

Jurucakap tentera yang bertugas di booth berkenaan menafikan dakwaan mengatakan orang Islam memakan daging biawak yang disediakan di situ.

Beliau berkata, anggota bertugas sudah memaklumkan kepada orang awam mengenai daging biawak tersebut dan hanya makanan halal dihidangkan kepada pengunjung beragama Islam.

Katanya, pameran tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada orang awam tentang bagaimana anggota tentera meneruskan hidup di dalam hutan dan biawak tersebut hanya untuk dipamerkan serta dimakan pengunjung bukan Islam.

“Anggota yang bertugas pada hari itu ramai juga beragama Islam dan kami tahu halal haram makanan yang disediakan. Takkanlah kami mahu beri orang Islam makan biawak pula.

“Kita ada sediakan makanan lain untuk orang Islam seperti ayam, daging lembu dan ikan. Kita memang tidak beri mereka makan biawak kerana kita peka dengan perkara ini.

“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh disebarkan sampai begini. Mungkin sudah menjadi budaya di negara kita yang gemar mencari benda kontroversi untuk diperkatakan,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur karnival, Hasan Ashaari Abu Bakar turut mengesahkan daging biawak yang terdapat di booth hanya untuk pameran.

Menurutnya, penganjur menyediakan garis panduan yang perlu diikuti dan petugas di booth terbabit sememangnya mematuhi peraturan ditetapkan.

“Gambar yang tersebar menunjukkan seorang lelaki seperti mahu memakan daging biawak, namun apa yang saya lihat, dia macam berlakon seperti mahu makan daging itu tapi saya percaya dia tidak makan pun.

“Kalau mereka orang Islam, mereka tidak akan makan daging biawak itu kerana mereka tahu ia adalah haram. Penganjur dan penjaga di khemah sudah melarang umat Islam makan daging tersebut,” katanya.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan orang Islam yang memakan daging biawak pada karnival itu adalah haram daripada segi hukum.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan memandangkan ia hanya satu demonstrasi mengenai survival anggota tentera khususnya komando di dalam hutan.

“Haram hukumnya memakan daging biawak tu. Memang ada komando yang makan ular, biawak ketika di hutan, tetapi itu dalam keadaan ‘darurat.’ Apa yang dijumpai, itulah yang mereka makan. Bukannya ada bekalan makanan.

“Bukannya nak jadi makanan sangat pun, cuma untuk tenaga. Tapi perbuatan sengaja memakan daging biawak adalah jelas haram,” katanya.

Sumber : http://mohdyunus89.blogspot.com
Read More...


Liwat II: Rayuan terakhir Anwar bermula hari ini

1:43 PM No Comments

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan bersalah dan hukuman lima tahun penjara yang dibuat Mahkamah Rayuan Putrajaya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula jam 9.25 pagi tadi.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam bela.

Korum turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan,  Tan Sri Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan,  Tan Sri Abdul Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai ketua pasukan pendakwaan bersama Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Sementara itu, barisan peguambela Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, iaitu bekas hakim Mahkamah Persekutuan, bersama Gobind Singh Deo, R. Sivarasa, N Surendran; Ram Karpal Singh dan Sangeet Deo Kaur.

Anwar, 67,ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan ahli-ahli keluarga, tiba di mahkamah jam 9 pagi.

Peguam kanan, Datuk Sulaiman Abdullah yang sepatutnya mengetuai barisan pembelaan tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Galeri awam Mahkamah Persekutuan dipenuhi media, ahli-ahli keluarga Anwar, pemimpin kanan PR, termasuk Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Penyokong Anwar rempuh pintu pagar UM

1:36 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Pintu pagar utama Universiti Malaya dirempuh penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tadi bagi membolehkan mereka bergerak ke Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) yang terletak hampir 2 kilometer dari pintu utama.

Tindakan berkenaan dilakukan mereka selepas pihak keselamatan universiti menutup laluan keluar sejak jam 7 petang lagi.

Mulanya kesemua mereka yang berada di luar kawasan UM melaungkan “buka, buka” sebelum pintu berkenaan terbuka membolehkan mereka memasukinya.

Manakala Anwar yang tiba jam 9.35 malam dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar kemudiannya berarak ke DTC menggunakan kereta pacuan empat roda.

Ia diiringi penyokongnya yang dianggarkan hampir 1,000 orang yang mula berkumpul pada jam 8 malam.

Sebelum itu, hujan renyai-renyai tidak menghalang penyokongnya untuk berkumpul bagi menyambut kehadiran tokoh pembangkang itu.

Anwar kemudiannya menyampaikan pidatonya dalam program ‘40 tahun: Dari UM ke Penjara’.

Larangan program berkenaan dibuat UM kerana difahamkan penganjurnya, Persatuan Mahasiswa UM tidak mengemukakan permohonan kepada pengurusan universiti.

UM antara destinasi terakhir Anwar sebelum berhadapan dengan keputusan kes liwatnya terhadap bekas pembantu, Saiful Bukhary Azlan oleh Mahkamah Persekutuan Rabu ini.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Read More...


Anwar sampai amanat terakhir

1:33 PM No Comments

SUBANG JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong dan pimpinan pembangkang supaya memperkuatkan kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas dalam PR jika mahu terus melakukan perubahan.

Anwar berkata, kerjasama antara tiga parti itu sangat penting dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat di negara ini.

Biarpun beliau akur pesanannya itu mungkin yang terakhir sebelum apa-apa kemungkinan berlaku dalam rayuan balas kes liwat II beliau yang bermula hari ini hingga esok.

Namun Ketua Pembangkang itu mahu rakyat terus menyokong kepimpinan PR jika mahu melakukan perubahan dalam lanskap politik negara ini.

"Kita mesti beri sokongan kepada orang yang bawa perubahan, kita sangat yakin, mereka ini adalah pasukan muda, Exco yang muda, speaker muda dan kita boleh bawa perubahan.

"Kalau ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan, kalau 29 Oktober nanti saya masuk (penjara), saya mahu kita perkuatkan PKR, perkuatkan DAP dan perkuatkan Pas," katanya pada Himpunan Solidariti di Stadium Mini MPSJ, di sini, malam tadi.

Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.

Anwar mengemukakan rayuan ke  Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan supaya setiap rakyat mendapat maklumat untuk melakukan perubahan.

"Saudara, inilah masanya..semua kaum mesti bangkit lindungi masyarakat masing-masing.

"Saya hendak beritahu bukan mudah buat saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah.

"Tapi saya tetap bersyukur sebab hati saya, fikiran saya, mental saya sudah bersedia, walaupun saya sukar menerimanya," katanya lagi sebelum mengakhiri ucapan dalam siri program penerangan itu sejak minggu lalu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Saya sudah dewasa, kata Anwar Ibrahim

1:31 PM No Comments

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak gentar dengan segala ugutan daripada musuh politiknya.

Anwar berkata, pelbagai cabaran dan pengalaman yang dilaluinya sepanjang menceburi bidang politik selama ini 'mendewasakannya'.

"Saya dikecam selama 16 tahun, di sekat, tetapi apa salahnya saya diberi untuk berucap selama 20 minit.

"Ini penguasa angkuh...ingat Anwar sudah dewasa, Anwar tidak gentar. Ini masa hadapan kita, hendak dialog tidak boleh, hendak debat tidak boleh...ini apa? Rramai kenalan saya di UK,di Turki suruh saya tinggal di sana kerana takut saya diapa-apakan, tetapi saya kata tidak, kerana saya tidak gentar untuk meneruskan karier politik saya di bumi Malaysia," katanya ketika menyampaikan pidatonya di Dataran Canselori UM malam tadi.

Anwar sebelum itu tiba jam 9.35 malam dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar kemudiannya berarak ke Dataran Dewan Tunku Canselor menggunakan kereta pacuan empat roda.

Ia diiringi penyokongnya yang dianggarkan hampir 1,000 orang yang mula berkumpul pada jam 8 malam.

Hujan renyai-renyai sebelum itu tidak menghalang penyokongnya untuk berkumpul bagi menyambut kehadiran tokoh pembangkang itu.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai keputusan kes liwat duanya yang akan diketahui pada 29 Oktober ini, Anwar berharap beliau dibebaskan.

"Saya berdoa agar saya dibebaskan, saya yakin saya tidak bersalah," katanya.

Larangan program berkenaan dibuat UM kerana difahamkan penganjurnya, Persatuan Mahasiswa UM tidak mengemukakan permohonan kepada pengurusan universiti.

UM antara destinasi terakhir Anwar sebelum berhadapan dengan keputusan kes liwatnya terhadap bekas pembantu, Saiful Bukhary Azlan oleh Mahkamah Persekutuan Rabu

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Kempen terakhir Anwar blackout

1:27 PM No Comments

SUBANG JAYA - Pentas utama kempen terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Mini 3K dekat sini tiba-tiba terpadam ketika Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa sedang memberikan ucapan pada himpunan solidariti itu.

Hampir 10 minit pentas utama itu bergelap namun lampu simbah stadium itu membantu dan tidak menenggelamkan pandangan orang ramai daripada mengikuti program itu.

Selang beberapa minit kemudian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program itu dan dialu-alukan pengacara majlis sebaik sahaja Fariz selesai menyampaikan ucapannya.

Masalah teknikal lampu itu tidak menghalang daripada program itu diteruskan malah orang ramai turut dipersembahkan beberapa keping gambar suasana terkini di Universiti Malaya sebaik sahaja Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di sana.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger