Wednesday, February 11, 2015

Nurul Nuha lancar kempen "March to Freedom"

4:28 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar hari ini melancarkan kempen "March to Freedom" selepas bapanya dihukum penjara, semalam.

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.

"Perjuangan ini adalah bagi  membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini," katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha ketika itu menyeka air matanya tatkala meneruskan sidang media tersebut.

Beliau berkata, tujuan utama kempen adalah untuk menyatakan bahawa Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.

Dalam pada itu, Nurul Nuha berkata, keluarganya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak sepanjang kes Anwar berlangsung.

"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti rakan-rakan serta para penyokong. Terima kasih," katanya dalam keadaan sebak.

Turut hadir dalam sidang media tersebut kesemua ahli keluarga kecuali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perincian tentang kempen itu akan diumumkan kemudian setelah sekretariat "March to Freedom" dibentuk.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


#Anwarverdict trending nombor 1

4:23 PM No Comments

SHAH ALAM – Keputusan Kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja mendapat perhatian media cetak dan televisyen, malah ia menjadi bualan hangat dalam laman sosial seperti Twitter.

Menerusi carian di Twitter, hashtag #Anwarverdict diwujudkan untuk mengikuti kes berprofil tinggi ini dan tinjauan mendapati hashtag tersebut menduduki ranking paling tinggi sebagai trending popular hari ini.

Pelbagai foto, pandangan dan kenyataan dimuat naik pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan semasa perbicaraan yang berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Antara muat naik foto yang mencuri pandangan termasuk keadaan tegang yang tercetus sebaik sahaja keputusan kes didengarkan di kamar Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, pengguna laman sosial Twitter turut memuat naik kapsyen-kapsyen menarik yang disertakan dengan hashtag #Anwarverdict.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger