Friday, March 27, 2015

China ‘cetak’ kereta pertama, kos RM6,300

12:19 PM No Comments

HAINAN - CHINA. Sebuah firma berjaya 'mencetak' kereta menggunakan teknologi cetakan 3D dengan kos hanya USD 1,700 atau RM 6,300.

Menurut Dailymai.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam sebuah ujian.

Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold, bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas sebuah kereta.

Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.

Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Pembantu juruterbang sengaja jatuhkan pesawat

12:16 PM No Comments

PARIS - PERANCIS. Pembantu juruterbang pesawat malang milik Germanwings didakwa sengaja menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.

Bagaimanapun, tiada sebarang petanda insiden tersebut sebahagian daripada kegiatan pengganas, menurut jurucakap rasmi Perancis yang dipetik dari portal BBC.

Menurut pegawai penyiasatan Brice Robin, pembantu juruterbang Andreas Lubitz, 28, sengaja menjunamkan pesawat tersebut sehingga menyebabkan 150 orang terbunuh.

"Pembantu juruterbang tersebut berseorangan dalam kokpit tersebut.

"Dia dengan sengaja enggan untuk membuka pintu kokpit dan dengan sengaja menjunamkan pesawat tersebut,” katanya dalam sidang media.

Menurutnya, penumpang pesawat malang tersebut tidak menyedari situasi tersebut sehingga saat akhir.

"Jeritan tidak kedengaran sehingga di saat akhir. Kesemua enam anak kapal dan 144 penumpang mati serta-merta,” katanya lagi.

Motif pembantu juruterbang tersebut masih belum diketahui, namun pegawai penyiasat menolak kaitan dengan aktiviti pengganas.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Kanak-kanak 5 tahun dirogol ketika beli ais

12:14 PM No Comments

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menempuh saat tragis dalam hidupnya apabila dirogol seorang lelaki tidak dikenali ketika keluar membeli ais di kedai tidak jauh dari rumah, di Kampung Pauh 2, Banggu, di sini.

Kejadian Selasa lalu itu disedari pengadu iaitu sepupu mangsa yang berusia 22 tahun ketika dia berada di rumah dan mangsa pulang dalam keadaan menangis serta mengadu kesakitan, pada jam 1.30 petang.

Pengadu melihat terdapat kesan darah pada kain mangsa dan ibu saudara pengadu kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kemaluannya berdarah.

Apabila ditanyakan kepada sepupunya itu, mangsa memberitahu, semasa dia pergi ke kedai untuk membeli ais, tiba-tiba datang seorang lelaki mengajaknya pulang dan dia menaiki motosikal bersama lelaki tersebut. Suspek kemudian membawa dia ke dalam hutan dan merogolnya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan meminta bantuan daripada masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat dalam usaha mengesan suspek.

“Kami amat-amat memerlukan bantuan orang awam kerana suspek masih bebas dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Saya juga menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan anak-anak kecil tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelak sebarang perlakuan jenayah seperti ini berlaku,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger