KATHMANDU: Seramai 14 penumpang sebuah pesawat syarikat
Nepal Airlines dilaporkan hilang selepas berlepas dari sebuah destinasi
pelancongan terkemuka di barat negara berkenaan, kata polis.
"Pesawat itu membawa 14 penumpang berlepas dari
Lapangan Terbang Pokhara pada jam 1.30 tengah hari ini dan kemudiannya hilang
15 minit kemudian," kata jurucakap polis. - AFP
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment