Thursday, February 13, 2014

SUKIPT 2014 | Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT)

9:32 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ini, lepas tonton berita sukan TV3 sebentar tadi, terus terdetik untuk mengetahui mengenai Sukipt. Sebenarnya sudah lama dengar tentang Kejohanan sukan ini.Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT), Sukipt merupakan sukan antara Institut Pengajian Tinggi. Sebenarnya, terdetik untuk tulis entri kerana teruja melihat kedudukan carta pingat. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengungguli carta. Tahniah kontijen UiTM ! Bangga saya kerana pernah menjadi pelajar UiTM. UiTM sentiasa di hatiku. 

Jom ikut saya kenali Sukipt : 

DEFINISI LOGO



  • Warna biru pada perkataan 'SUK' melambangkan satu kejohanan sukan yang mementingkan perpaduan yang kukuh dan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan atlit bertanding.
  • Warna merah pada perkataan 'IPT' melambangkan semangat membara di kalangan individu yang menjayakan SUKIPT.
  • Huruf 'i' melambangkan IPT di seluruh Malaysia disertakan dengan golongan intelek yang akan terlibat dengan kejohanan ini.
  • Gelung dinamik dengan pecahan 5 kelopak di atas huruf 'i' melambangkan kerjasama utuh antara KPT dengan 4 majlis-majlis sukan IPT dalam menjayakan kejohanan ini.


DEFINISI MASKOT (Musang Pandan / Common Palm Civet / Musang Pulut)


  • Menonjolkan Musang Pandan yang merupakan haiwan yang dilindungi dan hampir pupus.
  • Musang Pandan juga merupakan haiwan yang lincah dan pantas selaras dengan atlit-atlit yang bakal lahir melalui SUKIPT.
  • 'Reflect' yang tinggi pada haiwan ini mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi dan bersedia untuk bersaing dengan mengangkat martabat Malaysia di persada sukan antarabangsa.
  • Bentuk fizikal melambangkan kesempurnaan, kecergasan dinamik atlit dan simbolik kepada kekuatan, keberanian, kebebasan dan kecemerlangan berterusan


LAGU RASMI 




Sumber Rujukan : http://sukipt.com.my/


Read More...


QADR 2014 FULL MOVIE | Tonton Online dan Download

8:49 PM No Comments






Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Qadr merupakan filem wajib tonton bagi tahun 2014. Jalan cerita yang menarik, serius saya katakan dari awal sehingga habis memang tak bosan. Dalam filem ini juga penuh dengan pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar untuk kehidupan kita seharian. Pengisian yang bermanfaat untuk semua.Sesiapa yang belum tonton sila tonton, pasti tidak menyesal. Insyallah. Untuk tonton online dan dowload sila ke page ini DOWNLOAD SINI. Selamat menonton.

Antara barisan pelakon : Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Tunku Hanis dan Shera Aiyob.


Sumber Gambar : Google
Read More...


Ariana Rose

1:05 PM No Comments




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Drama bersiri ariana rose bakal berakhir hari Ini. Drama ariana rose ini sangat popular sekarang ini. Apa kesudahan cerita ini? mari kita sama saksikan petang ini.Pada mulanya saya tak beberapa minat drama ini tapi lama kelamaan mula jatuh hati dengan ariana rose. Di samping jalan cerita yang baik, pelakon-pelakon dalam ariana rose ini semua cantik dan segak belaka. Apa pon di harap selepas ini TV3 dapat menukar waktu siaran untuk drama seterusnya, mungkin 6.30 -7.30. Lebih baik insyallah. Baiklah, Semoga pengakhiran yang menarik untuk drama bersiri ariana rose sama-sama kita nantikan. 


Antara barisan pelakon Drama bersiri ariana rose, Pelakon Nur Fathia (Ariana Rose), Keith Foo (Tengku Adam Kamil), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Syatilla Melvin, Ziela Jalil, Mustapha Kamal (Tengku Mukriz) , Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Rahim Omar (Tengku Sudin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Anzalna, Wan Sharmila (Linda).


Read More...


Jangan kerja lebih lapan jam

10:03 AM No Comments






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kerja merupakan rutin harian bagi masyarakat kita pada hari ini. Sekirannya kita tidak bekerja bagaimana untuk mendapatkan wang. Zaman sekarang, kos sara hidup amatlah tinggi. Tetapi tahukah anda bekerja lebih masa, iaitu melebihi 8 Jam berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Bagaimana itu ? Berikut adalah keterangan yang saya ambil dari Kosmo! Online. 

Menurut pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus untuk mendapat masalah kardiovaskular itu.

Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology itu menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet tidak tersusun.

Perbuatan itu dikhuatiri boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Amerika Syarikat itu digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih daripada 11 jam sehari memiliki risiko sakit jantung sebanyak 67 peratus.

Jelas pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat kerja yang menambahkan kandungan hormon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut turut mengganggu jadual diet dan mengehadkan aktiviti fizikal.

Sumber rujukan : http://www.kosmo.com.my/ : Jangan kerja lebih lapan jam 

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger