Liyana Manan akui Hanez Suraya rampas suaminya - Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya mendakwa
kekasihnya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang. Dia turut
menafikan cuba merampas jejaka bernama R dari isterinya dikenali Liyana Manan.
Bagaimanapun, Hanez rupanya berbohong kepada media kerana
dia memang tahu status kekasihnya dari dulu lagi sehingga memaksa beliau
memohon maaf.
Menerusi Berita Harian hari ini, Liyana Manan telah tampil ke
hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga
mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan
mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat
cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum
bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul
kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”
“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas
dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup
cukuplah maruah saya disiat siat!”
“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa
yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara
apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.”
“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu,
sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah
tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”
Dalam pada itu, Liyana Manan juga menunjukkan beberapa
keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand
untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka
yang terjalin.
“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai
wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini
hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya
selagi saya bergelar isteri R.”
Sumber : Rotikaya