Saturday, October 27, 2012

Salam Aidiladha 2012 / 1433h

9:27 PM No Comments



Assalamualaikum semua kawan - kawan, Salam aidiladha buat semua Umat islam di bumi Allah s.w.t. Apa yang penting di sini bukanlah bagaimana kita menyambut Aidiladha, tetapi bagaimana kita menghayati makna sebenar aidiladha, makna sebenar korban. Kepada yang sedang makan danging korban tu jangan lupa selawat banyak-banyak dan bersyukurlah kerana dapat makan danging.. :) Saya ni kena tengok ja la... :) 




Read More...


Kerja ! Kerja ! Kerja ! la la la ...

9:03 PM 2 comments






Assalamualaikum semua, wah hari ini dah masuk dekat 2 minggu saya bekerja, buat masa ini masih boleh bertahan la, maklum lah kerja di luar bidang pengajian, tapi saya anggap ini semua sebagai cabaran dan peluang untuk saya menambahkan pengalaman kerja, maklumlah sekarang ini semua majikan mahukan pengalaman, memang susah untuk kita bermula dari " Zero ", tapi tidak ada yang mustahil asalkan kita mahu dan berusaha yang terbaik. Doakan segala urusan saya berjalan lancar amin.. :) Doakan saya terus sukses dalam bidang kerjaya saya dan dapat maju lebih baik di masa akan datang, Amin, Amin., Amin.....



Read More...


Perlawanan Piala Sumbangsih 2013: Kelantan vs ATM | 5 Januari 2013

8:54 PM No Comments




Assalamualaikum Piala Sumbangsih 2013 bakal berlangsung pada 5 Januari 2013, Di Stadium Shah Alam.  Pasukan mana Pilihan anda ? Kelantan atau ATM ? 


Kelantan VS ATM 




Read More...


Cuci Blog 27-10-12

12:11 PM 1 comments








Assalamualaikum, sekali lagi aku meninggalkan blog ini, dah dua minggu rasanya , maklumalah aku dah start kerja, tp mmg rindu nak berblog ni, so hari lah , sebab cuti ... Banyak yg terjadi dalam kehidupan aku sepanjang 2 minggu ini, banyak cubaan dan dugaan yg aku tempuhi, alhamdulillah, segala urusan di permudahkan oleh allah s.w.t. Di sini aku memang tak cerita segalanya biarlah hanya aku saja yang tahu. Apa2x pon Insyallah akan berjumpa aku lagi di entri yang akan datang, kepada semua, aku amat merindui kalian semua. Sesungguhnya saat belajar itu adalah paling indah berbanding alam pekerjaan :) . OK ! jumpa lagi di entri seterusnya ! 


Read More...


Saturday, October 13, 2012

Lelaki Melayu Terawal

7:48 PM 3 comments




Assalamualikum semua, hari ini saya ingin perkenalkan pula lelaki Melayu terawal, dia ni memang kacak dan bergaya dan suka memakai Baju tradisional  Melayu, Kepada sesiapa yang ingin mengenali beliau silalah mesej @ email beliau.. Beliau ini masih Bujang senang lagi. Baiklah mari kita lihat siapakah beliau ???




Inilah lelaki Melayu terawal  :) Amaran ! tidak boleh mengutuk, mengumpat, mengata.. atau apa-apa sahaja mengenai gambar. Ape nak kutuk jugak ? Ikut suka la.. Haha.. Inilah yang akan terjadi apabila bosan :) Ok, Bye ... 


Read More...


Friday, October 12, 2012

Kelantan membenam Selangor untuk mara ke FINAL Piala Malaysia 2012

11:31 PM 1 comments








Assalamualaikum, Tahniah !  Pasukan Kelantan kerana berjaya mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012, dengan kemenangan 2-0 pada aksi separuh akhir kedua dan 3-0 secara argregat. Menanti Pasukan kelantan iaitu Pasukan ATM, yang rata-ratanya di barisi oleh Skuad negara. Walaupun apa pun perlawanan malam ini sangat menarik apabila kedua pasukan saling membalas serangan, nampaknya misi 33 selangor kini lebur di tangan Kelantan.  Apa pun sekali lagi tahniah di ucapkan kepada pasukan kelantan atas kemenangan bergaya pada malam ini. Jumpa di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini. :)


Read More...


Pendekar Alaf Melinium

8:24 PM No Comments




Assalamualaikum semua, sihat ? semenatara menuggu perlawanan Kelantan vs Selangor malam ini, saya nak memperkenalkan Pendekar Alaf Melinium 2012 , Pernah dengar tak ? memang tak pernah dengar sebab saya tipu, tapi nak tengok tak ? Jom tengok ! 




Haha.. Inilah dia Pendekar Tersesat Alaf ini, sebenarnya ini adalah gambar aku masa masuk pertandingan Nyanyian lagi Asli , Program Intergrasi Nasional (PIN) 2012  , Di UiTM, Dungun Terengganu. OK, lah, Jom sambung main facebook sambil menunggu jam 8.45 , Perlawanan Bola Sepak , Kelantan vs Selangor, Pulun Kedah Pulun ??? .......



Read More...


ATM Beraksi Cemerlang ! Mara ke Final Piala Malaysia 2012

12:42 AM No Comments







Assalamualaikum semua. Fuhh, penat tengok bola sepak malam ni. 97 minit tambah 30 minit tambah penalti. Berapa lama dah... hehe.. Begitulah minit perlawanan malam ini antara ATM dan LIONS 12  yang berkesudahan dengan penalti, walaubagaimanapun Lions membuka jaringan seawal minit ke 27, Skuad singapore nampak yakin ke final selepas ATM tidak berjaya menjaringan gol sehingga minit ke 90, tapi tuah marlon yang telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke 97, membawa nafas baru kepada pasukan ATM. Pada minit tambahan tidak banyak aksi yang di tunjukan berikutan kebanyakan pemain sudah keletihan, keputusan 1-1 sehingga tamat masa tambahan. Penentuan penalti merupakan saat yang paling mendebarkan , tapi ianya berkesudahan dengan ATM 5 - LIONS 12 -4, sekaligus menamatkan kemarau 40 tahun ATM untuk melangkah ke Final Piala Malaysia 2012, Perlawanan malam ibarat Malaysia vs Singapore , kerana kebanyakan pemain adalah wakil negara masing-masing. manakala buat Hairudin Omar ini adalah final ke -5 baginya dan ke-4 berturut-turut iaitu pada tahun 2001, 2009,2010, 2011 dan 2012, adakah tuah Hai-O kali akan membawa pasukan ATM menjulang Piala Malaysia ? sama-sama kita saksikan. 



Suasana di Stadium




Read More...


Thursday, October 11, 2012

Salam Cinta : FULL MOVIE 2012

8:30 PM No Comments



Download MOVIE :  Salam Cinta , Full movie 2012 



Click Here to Download Salam Cinta 2012


Read More...


SAM: Saya Amat Mencintaimu : FULL MOVIE 2012

8:27 PM No Comments




Download MOVIE : SAM: Saya Amat  Mencintaimu , Full Movie 2012 



Click Here to dowload SAM : Saya Amat Mencintaimu



Read More...


Seram Sejuk : FULL MOVIE 2012

8:24 PM No Comments




Download MOVIE : Seram Sejuk, Full Movie 2012 



Click Here to Download Seram Sejuk 2012



Read More...


Uncle Usin : FULL MOVIE 2012

8:20 PM No Comments




Download MOVIE : Uncle Usin , Full movie 2012 



Click here to Download  Uncle Usin 2012



Read More...


Mantera : FULL MOVIE 2012

8:17 PM No Comments




Download MOVIE :  Mantera , Full Movie 2012 



Click Here to Download  Mantera 2012



Read More...


29 Februari : FULL MOVIE 2012

8:14 PM No Comments




Download MOVIE : 29 Februari , Full Movie 2012 



Click Here to Download 29 Februari 2012




Read More...


Hantu Air : FULL MOVIE 2012

8:10 PM No Comments




Download  MOVIE : Hantu Air, Full Movie 2012 




Click Here to download  Hantu Air 2012



Read More...


Halim Munan : FULL MOVIE 2012

8:00 PM No Comments




Download MOVIE : Halim Munan , Full Movie 2012 




Click Here to download  Halim Munan 2012



Read More...


Yunus Datang KL !

3:17 PM 2 comments







Assalmualaikum.. haha.. tajuk pon orang taw dah tiru tajuk man sewel datang KL kan ? tapi aku tak sewel la, cuma aku datang KL ja mencari rezeki sama seperti Man sewel jugak. Sebenarnya inilah kali pertama aku p KL sendiri, sebelum ni pi rombongan ja. Haha.. Tujuan aku p KL ni pon sebab nak interview. Lepas interview tu  jalan - jalan la.. Besar betul la.. shopping mall kat KL ni, aku p one utama, ikea, ikano, sunway pyramid, Mid Valley, wah besar la.. tak larat nak jalan pon ada. Nasib baik la ada rumah abg ipar n kak aku kat KL, klu tak , tak tau la nak dok mana.. haha.. Apa pon pengalaman seminggu di KL, memang dasyat, apa yang aku tak suka dok sana , sebab jem ! ja memanjang .. fuhh.. stress, tension , trauma, fobia, semua ada.. hahaa.. Apa-apa pon peluang kerja memang banyak area KL, Selangor nie. kena rajin cari ja. OK, lah Jom tengok gambar aku kat sana, sikit ja. Ape ? tak mau tengok ? tak mau tengok sudah ! OK, Bye :) 



Kak Anim Belanja 




Bersama Kak Anim di KLUANG Station




Kak Ida dan Kak Anim




Menu Lazat !




Kalau nak rasa datanglah sini :) 




Di PET Shop 




Bersama Mr. Rabbits




The Carnival ! 




Menikmati Persekitaran 




IKEA, semua nak beli ! 




Kawan Baru :) 




Mereka Gembira 




Di Mid Valley



Read More...


Dugaan Hari Ini

1:37 PM No Comments



Assalamualaikum semua. wah hari ini di timpa satu dugaan dan cabaran dalam hidup. Sebenarnya ak besar mana pon dugaan nie. kisah bermula apabila aku nak ke KWSP, Seberang jaya tu. Tahu ? haha.. aku pon baru tahu, sebelum ni aku ingat dekat sp yang dekat search dalam goggle tengok2x ada kat seberang jaya. Aku buat akaun nie pon sebab aku nak kerja, so kena buat la.. :). 


Peta Lokasi, KWSP, Seberang jaya 


Pagi-pagi lagi aku dah memang nak p, tapi janji dengan orang lain, tapi tak jadi, so, aku pon tnya ayah aku aku dia taw KWSP ni, So pi dengan dia naik motor "antik" tu, sepanjang perjalanan berjalan lancar tiba-tiba di bukit lengkok tayar bergetar, tengok - tengok motor pancit, Wah, dah tengah bukit lengkok tu nak cari mana kedai motor, tapi ayah aku taw kedai motor kat tapi jauh la juga, lepas tu sebelum nak sampai kedai motor tu, tambah lagi dugaan, boleh tak boleh jem dekat bukit lengkok tu, sebab kemalangan, wah dah la nak cepat sebab motor tu tak tahan, maklumlah aku ni 'kurus' .



Jalan Bukit Lengkok, Kulim


Sesampai sahaja di kedai motor, tu,. bolehlah aku menarik nafas lega, fuhh.. alhamdulillah,.Tapi sebenarnya duit dalam poket tak da, sebab tak cucuk lagi. Nasib baik la, pak cik tu bagi hutang dlu, sebab  nak pergi bank pon jauh lagi. Alhamdulillah . Terima Kasih , pak cik, jasa mu di kenang :). Meneruskan perjalanan ke KWSP. Alhamdulillah selamat sampai. Segala urusan berjalan lancar, cuma i/c tak boleh di baca, entah kenapa, Terima Kasih kepada pegawai yang bertugas kerana telah melancarkan segala urusan aku, Kaunter kat KWSP ni pula ada 17 , so cepat la, walaupun orang ramai.



Menara KWSP, Seberang Jaya, Penang 




Logo KWSP 



Selesai sahaja urusan aku meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Alhamdulillah perjalanan pulang berjalan lancar. Terima Kasih Ayah ! Terima kasih atas jasamu.. Terima Kasih motor ayah yang "antik" tu. Sekarang, aku dah ada akaun , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Saya sudah. Anda bila lagi ? Assalamualaikum. Gambar hiasan dari Goggle dan laman web KWSP. 



Read More...


Wednesday, October 10, 2012

World University Rankings 2012

9:18 PM No Comments



Assalamualaikum.. everybody, now i would  like to introduce you , a top 10 university in the world ! Let's find out ! 




" Massachusetts Institute of Technology (MIT) (United States)"


  1. Massachusetts Institute of Technology (MIT) (United States)
  2. University of Cambridge (United Kingdom)
  3. Harvard University (United States)
  4. UCL (University College London) (United Kingdom)
  5. University of Oxford (United Kingdom)
  6. Imperial College London (United Kingdom)
  7. Yale University (United States)
  8. University of Chicago (United States)
  9. Princeton University (United States)
  10. California Institute of Technology (Caltech) (United States) 

Wow ! there are awesome University, the best university in the world !  but i'm still proud with Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM always in my heart :) 




Read More...


Tuesday, October 9, 2012

Gout datang lagi ? Apa ubatnya ?

8:46 PM 13 comments




Assalamualaikum. Ya allah, aku di serang Gout, kepada yang ada penyakit ni, memang taw la.. betapa sakitnya kaki tu... hmm... Kali  ni serangan gout ni lain macam sebab dah 2 minggu lebih tak lega lagi.. Aku dah habis pantang nie.. Ya allah, sembuhkanlah penyakit hambamu ini. Berikutan dengan tu aku cari la makanan apa yang tak boleh makan, tengok memang banyak la tak boleh makan,dah hilang satu nikmat, di tarik oleh allah .Mungkin sebab selalu leka dengan duniawi ni. Allah bagi amaran pada aku :'(. 

Aku pun mula cari di internet herba untuk gout, rupanya ada banyak juga, seperti misai kucing, poko duri 7 bilah, mata pelanduk , bungan kantan, dan macam-macam lagi la.. Ada juga baca air zam-zam juga baik untuk pesakit gout sebab boleh meneutralkan asid.. 


" Jangan bersedih, Sakit itu adalah rahmat dari Allah s.w.t. "


Dalam pada itu, aku pon updated la entri pasal gout, jujurnya entri tu aku copy+paste  sebab tu semua fakta bernas malas nak kacau kualiti entri tersebut, tapi aku bukan copypaste membuta tuli ja, aku ada cited, (citation) kat situ. Sebenarnya banyak input kat internet ni..yang berguna, (bila sakit baru taw nak cari) . Apa -apa pun aku harap sangat Gout aku ni dapat sembuh. Kepada sesiapa yang membaca entri ini, sila la memberi cadangan ubat yang baik untuk merawat penyakit Gout, Kerjasama anda amat di hargai :) 

Untuk menghantar maklumat lanjut mengenai penyakit gout ni boleh email muhammad_8925@yahoo.com atau terus komen di sini. Di harap kalian semua dapat membantu saya. Akhir sekali, doakanlah penyakit Gout saya ini cepat sembuh , doakan semua kesejahteraan umat islam di muka Bumi Allah s.w.t. :). Amin... Assalamualaikum. Terima Kasih ! :) 


Read More...


Herba Mata Pelanduk Sebagai Penawar Gout

6:50 PM No Comments







Sakit gout adalah penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sinovial sendi, jika dibiarkan, pembentukan kristal-kristal ini akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan kewujudan tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah kesihatan ini telah menjadi semakin serius di kalangan rakyat Malaysia, lebih daripada 50% lelaki dewasa melebihi umur 30 mempunyai masalah hiperuricemia iaitu kandungan asid urik darah yang tinggi. Ini telah menghasilkan satu pasaran kesihatan yang baru. Kini, terdapat pelbagai jenis ubat herba gout di pasaran yang dikatakan boleh digunakan sebagai penawar gout yang boleh menurunkan kandung asid urik di dalam darah.

Kebanyakan herba-herba ini adalah jenis diuretik yang menyebabkan pembuangan air kencing yang banyak, antara herba gout yang popular adalah Misai Kucing dan Mata Pelanduk yang dijual oleh beberapa syarikat makanan kesihatan atau MLM.

Herba-herba seperti ini turut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana apabila kekerapan kencing bertambah, kandungan cecair di dalam darah turut berkurangan, begitu juga dengan tekanan darah.

Satu kesan sampingan bagi penawar gout jenis diuretik adalah seseorang itu mungkin mengalami masalah dehidrasi yang boleh menjadikan seseorang itu “kering”. Jadi, bagi mereka yang sedang atau ingin mencuba herba gout tersebut, anda dinasihat supaya minum air dengan kerap untuk mengganti air yang hilang melalui air kencing.



Read More...


Penawar Gout Paling Selamat – Air Alkali Ionik

4:56 PM No Comments







Sakit gout sudah menjadi satu penyakit yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Cuba bertanya kawan-kawan atau saudara mara, khasnya kaum lelaki yang berumur 30-an ke atas yang kegemukan, sekurang-kurangnya 30% daripada mereka yang ditanya akan beritahu anda bahawa mereka mempunyai masalah bacaan asid urik darah yang tinggi dan sebilangan besar pernah diserang sakit gout.

Masalah gout telah menjadi satu pasaran yang besar bagi pihak pengeluar ubat. Kini terdapat macam-macam ubat gout di pasaran yang dikatakan boleh merawat sakit gout dan menurunkan paras asid urik di dalam darah. Sejauh mana keberkesanannya? Cuba tanya mereka sudah cuba semua ubat ini untuk bertahun-tahun dan tetap mengalami masalah yang sama. Kilang-kilang ubat tergesa-gesa dalam menghasilkan produk, biasanya mereka hanya test ubat baru pada tikus atu arnab yang mempunyai struktur badan yang sangat berbeza dengan manusia. Kesan sampingan ubat bukan sesuatu yang boleh timbul serta merta, ia akan terkumpul di dalam badan kita untuk berpuluh-puluh tahun sebelum simptomnya muncul. Salah satu kesan sampingan ubat moden yang paling kerap kita dengar adalah… Kerosakan buah pinggang!

Ramai orang sedar tentang risiko ini dan mula cuba macam-macam cara alternatif seperti herba dan rawatan tradisional yang lain, ada pula yang sampai berjumpa dengan bomoh! Anda perlu faham bahawa sakit gout adalah salah satu jenis penyakit moden, cara tradisional tidak boleh hapuskannya dengan efektif. Anda perlu satu penyelesain yang moden dan logik mengatasi masalah ini.

Salah satu rawatan yang moden dan bebas daripada bahan kimia adalah Air Alkali Ionik yang memang terbukti boleh meneutralkan macam-macam toksik berasid di dalam badan. Konsepnya adalah sangat senang iaitu… Asid + Alkali = Neutral

              http://www.rawatangout.com/


Read More...


Monday, October 8, 2012

50 Cara Atasi Gout | Merawat Gout

1:47 PM No Comments







Oleh : Syurga Itu Indah 


1. Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.

46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).

47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.

49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.

50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing




Read More...


Tanda-tanda Sakit Gout

1:31 PM No Comments








Tanda-tanda Sakit Gout
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Untuk pengetahuan bersama penyakit gout ini terlalu umum dan ia terjadi berpunca dari kadar asid urik yang berlebihan dalam darah sehingga menyebabkan pesakit akan merasakan kesakitan pada bahagian sendi.Ini disebabkan oleh mendapan urik asid yang berlebihan didalam badan sehingga mengganggu sistem metabolisme dan mengurangkan proses pengendalian asid dalam melancarkan pengeluaran yang stabil.Selain itu kegagalan buah pinggang juga salah satu faktor ketidak seimbangan memproses menyah asid yang berlebihan. Ada juga yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit gout kerana kesakitan gout berlaku tanpa mengira masa dan siapa.Dalam Kajian kami gout boleh terjadi disebabkan:

* Keturunan
* Pengambilan makanan yang kaya protein ( makanan laut )
* Kekurangan air dalam badan

Walaupun gout ini pada dasarnya nampak seperti sejenis penyakit yang tidak berbahaya namun dalam kegagalan merawatnya ia akan mengundang penyakit batu karang dibahagian buah pinggang.Batu karang ini juga akan mendatangkan risiko dan memudahkan jangkitan kuman serta kerosakkan buah pinggang.Dalam peringkat awal gout boleh dikenal pasti melalui :

* kesakitan yang berdenyut-denyut dibahagian sendi seperti
- Ibu jari kaki
- Lutut
- pengelangan tangan


* Sekiranya tindakan tidak diambil
- Di setiap sendi menjadi bengkak dan sakit apabila disentuh
- Merasakan sendi kebas dan pengerakkan yang kurang
- Menjadi benjolan yang panas dan kemerahan.

* Kadar metabolisme kurang akan memudahkan
- Suhu badan yang tidak menentu
- Mudah mendapat demam

Dengan mengenalpasti masalah yang mudah terjadinya gejala gout akan dapat mengurangkan risiko tinggi pada sistem sendi manusia.Untuk gaya hidup yang sihat tidak salah untuk kita mengamalkan sikap “cegah sebelum melarat” serta berpantang dari mengambil itu lebih baik daripada pantang melihat untuk diambil.




Read More...


Sunday, October 7, 2012

Status Pilihan

10:55 PM No Comments






Assalamualaikum.. semua sahabat-sahabatku, sihat hari ni ? Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Insyallah. Hari ini, terdetik di hati saya, untuk menyenaraikan status rakan-rakan di facebook saya yang boleh saya katakan menarik dan baik  untuk di kongsikan kepada semua, oleh itu saya memilih beberapa status yang menjadi pilihan saya. Mari kita baca bersama-sama :) 


" Tidak perlu bersedih jika tidak pandai berfesyen. Tetapi bersedihlah jika tidak pandai menutup aurat." 

" Ada orang bila makan khinzir, minum arak itu terasa berdosanya. Tapi bila tinggal solat, tayang aurat, sentuh bukan mahram tak rasa apa-apa. " 

" Buat perkara salah tidak akan pernah betul. Hukum Allah jangan dipermainkan. Takut kelak merana. Kita boleh jadi insan yang baik jika mahu. Moga pintu taubat masih terbuka." 


- Hami Asraff, 2012




" Wahai GADIS....

Apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI.. Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:

Pertama : Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.

Kedua : Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.

anda tentukan ... :') ♥ " 

- Zack Nsr, 2012




When you have a good friend that really cares for you and tries to stick in there with you, you treat them like nothing. Learn to be a good friend because one day you're gonna look up and say I lost a good friend. Learn how to be respectful to your friends, don't just start arguments with them and don't tell them the reason, always remember your friends will be there quicker than your family. Learn to remember you got great friends, don't forget that and they will always care for you no matter what. Always remember to smile and look up at what you got in life.”
― Marilyn Monroe

- Syed Suffian Syed Hussein, 2012



Baiklah setakat itu sahaja, status pilihan saya pada hari ini.. Semoga status ini akan memberi sedikit manfaat dan kesedaran kepada kita semua. Assalamualaikumm, semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Senyum selalu dan Ceriakan Hidup anda ! 



Read More...


Keputusan Anugerah Blockbuster 6 Oktober 2012 | Penerima Anugerah Blockbuster 2012

7:47 PM No Comments





Assalamualaikum semua.. Anugerah Blockbuster 2011 ? apa tu ? sebenarnya Anugerah Blockbuster 2011 baru pertama kali diperkenalkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)seterusnya akan menjadi acara tahunan yang bertujuan bagi memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.

Dalam pada itu,filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah berdasarkan karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai. Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi kepercayaan mengendalikan anugerah ini

Dibawah adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011 bagi kategori yang telah dipertandingkan : - 





Read More...


Dakwah : Ulasan Mereka

1:07 AM 4 comments




Assalamualaikum.. semua.. hari macam sedih skit,.. la.. aku ada tegur la... satu status tu... yg bagi aku... aku tak setuju.. tak sangka.. berlarutan.. mmg "down" dah td... tp nasib baik ada kawan-kawan yang membantu, adek ikhwan, hafiz, Maha, firdaus,  dan kawan-kawan yang lain. Ini berikutan satu status nie.. boleh baca kat bawah : - 




Status, menimbulkan sejuta keraguan kepada aku,... kami bukan ustaz @ ustazah express , kami hanya menyampai benda baik, tak kan nak tunggu dapat pentauliahan baru nak post.. klu macam ni, macam mana islam nak berkembang ? manusia tidak sempurna. Berikutan dengan status ni.. aku pon search kat internet mengenai hadis-hadis, then tanya kawan yang boleh membantu aku.. :) Terima kasih kepada yang membantu. 


ULASAN MEREKA : 

1. Ikhwan : Antara Ulasannya : - 

" setiap kebaikan kita buat ade ganjaran pahala walaupon kita ni xpandai ilmu agama tp kalau perkongsian yg bagus ape salahnye, masing2 belajar la kan." 

" memang la bgus kalau kita praktikkan dulu, tp kite xboleh nk cakap orang yg xpraktikkan lagi tu salah, mungkin die dalam proses untuk berubah, dan dia rasa benda tu perlu diberitahu kepada rakan2 lain, agar dapat rasa apa yg dia rasa. benda baik xsalah untuk dikongsikan. itu ilmu yg baik. sekurang2nya dapat pahala daripada apa yg kita kongsikan. " 


" xsalah nk pos benda baik, mungkin dia dalam proses untuk berubah, dan dia rasa perkara yg baik perlu dikongsi pada kawan2 g lain." 


" sekurang2nye die post benda yg baik, dapat pahala, kalau belakang cerita die lain jadinye , hanya allah yang tahu . tapi jgn la pertikaikan die post perkara yg baik, kalau die sekurang2nye die cuba lakukan kebaikan." 

" die ckp seolah2 USTAZ dan USTAZAH haja yang berhak untuk post perkara2 yg baik. xsalah nk menasihati sesama islam. sedangkan para sahabat dulu pun menerima nasihat drpada pencuri. "

IKHWAN, Universiti Teknologi Mara, Kedah 


2. Hafiz Idris berkata : - 


" kt dunia nie siapa yg smpurna??tak da siapa yg smpurna..jdi xslh utk aku bkongsi dn sling mningatkn utk diri aku dn utk org ramai...kalau smua org bfikiran mcm tu ssh laaa mg islam ta leh nk bkmbg lh...sukrg2nya aku bkongsi dn mensaihti utk diri aku juga bkn nk syok sndiri...mg kt umah pn  adkala ttngi suara gn mak ayhku,jdi mg dgn post yg kita ltk nie dpt mberi mnfaat utk diri sendiri dn org ramai dn mg allah bg rhmat atas usaha aku nie...bg aku pndgn allah lbh baik dri pndgn manusia ..kalau xpuas hti xpa la  diam sdh..dn jgn komen..bg aku nilai pndgn allah lbh baik dr manusia..insyallah aku post ikhls krna allah dn slg mngingati " 


" Dia nie xfhm bhsa pmikiran dangkal..alhmdlh kalau diri dia baik dn bgs...alhmdlh la ak slu bmuhasabh diri...dn mgkin dgn post yg aku buat nie akn slu mgingtkn ak spya mpraktikn ap yg dipost...prkara yg share itu adalh dakwah..xslh kita nk shere bnda baik..islam slg mgingatkn...jgn ingt pelacur @ pnjhat xleh nk brubah dn xlh nk bg nsihat...sbb xdak manusia yag smpurna...jdi aku pon nk kata SO TERSERAH LA YER! " 

" niat kita 1 nk sama2 bkngsi... UAI pon xkisah org nk cetak rompak ceramh dia.. sbb dia kata skrg2nya dakwah dia smpai... kita nk bkongsi jdi ta perlu nk rigid sngt..." 

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..-Imam Hasan Al-Basri- " 

HAFIZ IDRIS, Universiti Malaya





3. Mohd Mahathir dengan hujahnya : - 


 "Allah sudah mengingatkan, siapa yg mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. lihat surah al zalzalah (surah 99): ayat 7 dn 8." 

" Soal hidayah, ia milik Allah. Sedangkan Nabi sendiri tidak kuasa memberi hidayah. Lihat surah Al Baqarah (surah no 2): ayat 272." 

" Nabi sendiri ada bersabda, kalau kita menjadi asbab kepada datangnya hidayah kpd seseorang, itu lebih baik dari apa yg disiniari oleh matahari (Hadis riwayat At Tabrani)." 


" Jadi, berhentilah dari membebel di FB tntg kebaikan yg org lakukan walaupun ianya sebesar zarah." 

MOHD MAHATHIR, Universiti Teknologi Mara, Kedah 



4. FIRDAUS berkata : - 

 " post prkara kebaikan dpt pahala... mcm ni,, ia kena gerak serentak... kita dakwah dan perbaiki diri... kte xpernah perfect igt tu shbt... klo mcm tu, kite xkn dkwah selagi xperfect, islam pon xsmpai pd kita jika para shbt ,ulama pkir yg sedemikian... wallaualam " 

" brjaya xbrjaya bukan kita punya krja... SABAR YUNUS... jgn putus sebarkn dakwah.. berpesan-pesan dgn kesabaran.. Nabi Muhammad lg di uji lg teruk... di lempar batu, najis..makian.. sabar ye, jgn putus asa... Igt Nabi berdakwah, pasti kita semngat kembali insyallah "



" kita post kerana Allah.. jika kita benar2 ikhlas, pasti kita xputus asa sebarkn dakwah... jgn post kerana makhluk.. tp kita post kebaikan krna Allah " 



FIRDAUS, Universiti Teknologi Mara, Pulau Pinang 


Semoga apa yang di lakukan oleh kita di muka bumi ini, di terima oleh allah, Amin. manusia tidak pernah sempurna. oleh sentiasalah berbuat kebaikan untuk kesejahteraan Dunia dan Akhirat.. Amin.. Saya gembira mereka bersama saya dan  memahami saya.. Terima Kasih :) .........





Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger