SOUTHAMPTON - ENGLAND. Kebanyakan ibu bapa tidak sabar
tunggu anak mereka pulang dari sekolah, namun Pauline Bubb, 47, akan sembunyi
di dalam bilik dan mengunci pintu.
Bubb memberitahu Metro.uk bahawa beliau dipukul sehingga 30
kali sehari oleh Spencer, 11, Sapphire, 9 dan kembarnya, Jorja.
"Paling teruk, Sapphire serang saya sebanyak 30 kali
sehari. Kaki saya lebam-lebam," kata Bubb.
Menurutnya, anak lelakinya Spencer lebih ganas dan pernah
menikam perutnya dengan gunting ketika anaknya itu baru berusia 4 tahun.
Menurut pakar, Islay Downey, perkara tersebut berlaku kerana
Bubb tidak mempunyai keyakinan sebagai ibu.
"Bila ibu dan bapa tidak mempunyai keyakinan, anak-anak
akan mendapat kuasa lebih dari sepatutnya. Perbuatan anak-anak perlu dihadkan
dan diletakkan sempadan," kata Downey.
"Anak-anak bersikap sedemikian kerana ibu bapa mereka
sendiri," tambahnya.
Menurut Bubb pula, beliau berasa tidak konsisten ketika
menjalankan tanggungjawab sebagai ibu.
"Saya tidak kisah dan (mula) hilang kuasa sebagai ibu.
Anak saya tidak merasa selamat. Saya cuma mahu menjadi seorang ibu yang baik
dan seorang kawan (kepada anak-anak)," ujarnya lagi.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my