Friday, February 14, 2014

Seribu Coretan : Aku & Blog

10:42 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. "Seribu Coretan" kalian semua nak tahu kenapa tajuk entri ini seribu coretan? Untuk pengetahuan semua ini adalah entri ke seribu saya sepanjang 3 tahun lebih dalam dunia Blogger. Alhamdulillah, bertahan sehingga kini walaupun Blog saya ini jarang di kunjungi pembaca. Tetapi saya bersyukur kerana masih ada pembaca dan para Blogger yang sokong aktiviti berblog saya ini.

Alhamdulillah 1000 Posts 


Bersempena Entri yang ke -1000 ini, saya akan cerita sedikit sebanyak mengenai pertubuhan Blog ini. Entri pertama saya bertajuk "Terimalah" saya copy + paste dari mana saya tak tahu, mula-mula dulu tak tahu kalau ambil bahan rujukan dari mana-mana sumber perlu letak "rujukan" supaya kita tidak boleh di tuduh meniru "menciplak" bahan orang lain. Baik, itu pengajaran pertama yang saya belajar dan saya praktikan sehingga kini.

Nama Blog ini " Tiada Kepalsuan", kenapa tiada kepalsuan, bukan saya nak cakap semua entri dalam Blog saya ini fakta belaka. Nama "Tiada kepalsuan" di ambil bersempena dengan sebuah lagu dari aiman yang bertajuk tiada kepalsuan, saya merasakan tajuk lagu yang unik, oleh itu saya bercadang untuk meletakan nama blog saya "Tiada Kepalsuan". Sehingga kini saya menggunakan tajuk ini dan tidak bercadang untuk menukarnya.

Blog saya sebenarnya bermula pada  25 November 2010 sehingga Hari ini 14 Februari 2014, kira sendiri, lebih kurang 3 Tahun lebih. Tempoh yang saya rasakan agak lama. Dalam Tempoh itu, memang macam-macam cabaran yang saya dapat.Sebenarnya saya suka post Blog saya dalam group-group Blogger, dan Group lain. Di sebabkan hal itu, ramai juga yang tidak suka dengan cara saya itu. Ada di antara mereka yang menyuruh saya "Unfriend", tapi saya tak kisah semua itu ramai lagi yang nak berkawan dengan saya. Selain itu ada juga admin dari group yang saya post itu "Blocked" saya, Saya tidak boleh marah itu hak mereka. Ada  juga yang suka mengkritik tajuk blog, entri yang saya. Kadang-kadang mereka tidak membaca entri tetapi hanya membaca tajuk dan terus mengkritik ini salah, itu salah. Memang tidak di nafikan kebanyakan entri yang ada dalam blog ini saya ambil dari sumber-sumber yang di percayai. Sebenarnya saya hanya mahu berkongsi cerita. Tak salah kan ?.

Sebenarnya banyak entri dari blog saya, saya ambil dari artikel-artikel, surat khabar dan lain-lain sumber yang boleh di percayai. Saya tidak mampu untuk tulis 100% dari idea saya sendiri. Tidak salah rasanya untuk saya berkongsi artikel dari sumber-sumber yang di percayai sekaligus saya telah mempromosikan webpage yang saya jadikan sumber itu.

Kalau saya nak ceritakan cabaran dan pengalaman dalam tempoh saya berblog ini memang banyak. Tapi cukuplah sekadar serpihan pengalaman saya luahkan. Tidak mampu dan bercadang untuk bercerita lebih banyak. Cukuplah sekadar sedikit sebanyak pengalaman sepanjang penglibatan saya dalam dunia blogger ini. 



Sekarang saya nak cerita 10 Entri terbaik sepanjang 3 Tahun saya berada dalam dunia "Blogger" :- 

1. Isteri Curang, menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Untuk ke entri : Klik Sini

2. Doa Tenangkan Hati yang sedih, Berdebar & Gundah. Untuk ke entri Klik Sini

3. Biodata : Khairul Fahmi Che Mat. Untuk ke entri Klik Sini

4.Tarikh Pembayaran BRIM 3.0 (2014) | Permohonan BRIM 3.0 (2014) | Cara Pembayaran BRIM 3.0 (2014) Untuk ke entri Klik Sini

5. MDS UiTM Kedah Sesi JUN-OKTOBER 2012. Untuk ke entri Klik Sini

6. Biodata : Wan Zack Haikal. Untuk ke entri Klik Sini

7. Hanya Aku Cinta Kau Seorang : FULL MOVIE 2012. Untuk ke entri Klik Sini

8. Jata-jata Negeri di Malaysia.Untuk ke entri Klik Sini

9. Fizo Omar dulu pemain Bola Sepak Profesional : Biodata, Karier. Untuk ke entri Klik Sini

10. Biodata Safiq Rahim : Pemain Kebangsaan Malaysia. Untuk ke entri Klik Sini


Akhir Kata sekali, Terima Kasih kepada semua pembaca, pelawat blog saya yang tak sebeberapa ini. Semoga dengan sokongan kalian semua memberi semangat untuk saya dalam meneruskan minat untuk terus berada dalam dunia Blogger ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Akhir kata " Majulah Blogger, Untuk Negara" 

Gambar di edit oleh : Amelia Natasha Abdul Latiff. Untuk ke Blog beliau  Klik Sini

Read More...


Berdakwah dan mengajar ilmu tugas mulia

4:25 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memang tidak dapat di nafikan berdakwah dan mengajar merupakan tugas mulia. Di tambah pula dakwah kita itu ke arah kebaikan dan bermanfaat kepada semua.

Artikel dari BH Online : Jika ganjaran memperbaiki hubungan dalam kalangan manusia melebihi pahala puasa, solat dan sedekah sunat, bayangkan ganjaran orang yang berusaha memperbaiki hubungan hamba dengan Allah SWT yang mengajak kepada keimanan serta ketakwaan.

Sesungguhnya orang yang tidak mematuhi perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW bererti dia telah menjauhi serta memusuhi Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka yang berusaha mengajak orang lain ke jalan Allah SWT membantu orang itu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

Mereka yang berdakwah ini ganjaran dan darjatnya tinggi di sisi Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).” (Surah Fussilat, ayat 33).

Sepatutnya umat Islam berusaha dalam bidang dakwah ke jalan Allah SWT dengan apa cara yang mampu mereka lakukan.

Pahala mengajar ilmu, amalan baik

Apabila ilmu dan amalan baik diajarkan itu diamalkan orang lain, pihak yang mengajar itu juga mendapat pahala. Begitulah ganjaran berlipat kali ganda yang bakal diterima apabila kebaikan diajar diterjemahkan dalam amalan harian.

Oleh itu, bersegeralah mengajak mereka di sekeliling kita untuk melakukan perbuatan baik bagi membuka peluang lebih luas kepada kita meraih kedudukan di Syurga nanti. Pada masa sama, kita juga menyumbang ke arah melahirkan masyarakat cemerlang dunia dan akhirat.

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Gambar : Google
Read More...


Koperal Cawangan Khas Bukit Aman didakwa bunuh rakan setugas

4:08 PM No Comments



Assalamualaikum dan Salam sejahtera berita hari ini, seorang anggota polis di dakwa tembak mati rakan setugas. Artikel dari BH Online.

Kuala Lumpur: Seorang koperal polis cawangan khas Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh rakan setugasnya, awal bulan ini.

Tertuduh, Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang hadir berbaju T hitam dan berjeans biru yang tenang sepanjang prosiding, hanya mengangguk sambil menjawab 'saya faham' selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Erry Shahriman Nor Arippin, sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana jenayah itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk sebutan kes.

Sumber : http://www.bharian.com.my/
Read More...


SUBSIDI RUMAH : Skim MyHome sedia bantuan maksimum RM30,000 untuk beli rumah pertama

3:55 PM No Comments




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ini hari jumaat hari yang penuh keberkatan, semoga kita sentiasa di beri limpahan rahmat dari Allah s.w.t. Skim MyHome merupakan subsidi rumah daripada kerajaan bagi membantu gologan yang berpendapatan kurang dari RM 3000. 

Artikel dariapada BH Online : Putrajaya: Kerajaan menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 kepada kumpulan pendapatan isi rumah kurang RM3,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah, bermula 1 April depan.

Menerusi skim MyHome itu, mereka yang layak hanya perlu membayar harga rumah kos rendah yang ditetapkan di setiap negeri, manakala bakinya dibayar oleh kerajaan terus kepada pemaju.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian
Read More...


Keith Foo Semakin Popular | Biodata Keith Foo 2014

10:51 AM 1 comments




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama Keith Foo kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana Drama bersiri popular Ariana Rose TV3 yang telah menganggkat nama Keith Foo. Biarpun baru setahun jagung berlakon bersama produksi tempatan,Keith Foo sudah menjadi kegilaan ramai. Keith Foo, sebelum ini sangat popular di Indonesia. Di harap Keith Foo akan terus berlakon di Malaysia bagi menyerikan lagi Industri Tanah Air. Tahniah Keith Foo dan Juga Tahniah kepada semua barisan pelakon Ariana Rose.


Jom kenali Keith Foo : 

Nama Popular: Keith Foo
Nama Sebenar: Foo Chuan Chin
Umur: 31 Tahun
Tarikh Lahir : 06 Januari 1983
Zodiak: Capricorn
Warganegara: Malaysia
Bangsa: Campuran India dan Cina


Read More...


Harimau Malaya lonjak ke tempat 150 ranking FIFA 2014 | Ranking FIFA 2014

9:51 AM No Comments




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Pagi semua. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana melonjok empat anak tangga ke kedudukan 150 dunia. Di harap pemain Malaysia lebih bersemangat untuk terus bermain dengan lebih baik. 

Jom baca artikel penuh yang saya ambil dari myMetro Online :

Kuala Lumpur: Skuad bola sepak negara melonjak empat anak tangga ke kedudukan 150 berbanding bulan lepas dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam.

Kedudukan terkini itu menyaksikan Malaysia yang dikendalikan sementara Datuk Ong Kim Swee berkongsi tempat bersama Singapura dan Liechtenstein selain turut setanding dengan beberapa negara lain seperti Guyana dan India (kedua-duanya 154) serta Puerto Rico (157).

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan keenam di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (143), Thailand (147) serta Singapura (150).

Skuad negara kini di tangga 150 dunia

Di peringkat Asia, Malaysia turut naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-29 daripada 46 negara.Skuad Harimau Malaya dijangka menentang Filipina dalam aksi persahabatan, 1 Mac ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebelum berdepan Yaman pada perlawanan terakhir kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di UAE, empat hari kemudian.

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,506 mata manakala Jerman dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.

Jerman dan Agentina mengumpul 1,314 mata dan 1,255 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA


Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger