Wednesday, February 26, 2014

Saksi: Muka mayat lelaki berulat

8:40 PM 2 comments

SHAH ALAM - Seorang saksi perbicaraan kes bunuh pensyarah bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena, 23, dan bapanya berkata, dia melihat mayat seorang lelaki di atas tilam sebuah katil sudah berulat pada bahagian mukanya.

Sarjan SK Amathi, dari Balai Polis Kinrara, Puchong menyatakan, mayat lelaki yang berbau hanyir itu dijumpai di bilik pertama yang diperiksanya manakala mayat seorang wanita ditemui di atas lantai bersama cecair berwarna merah yang kering di dalam bilik kedua di rumah sama.

Menurut saksi itu, mayat perempuan berkenaan yang juga berbau hanyir itu tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana mayat itu menghalang pintu yang menyebabkan pintu gagal dibuka sepenuhnya.

Menurutnya lagi, keadaan rumah dan bilik-bilik itu tidak kemas dan bilik yang mengandungi mayat perempuan berselerak dengan timbunan barang-barang.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin yang mewakili pihak pendakwaan.

Saksi pendakwaan keenam itu memberikan keterangan terhadap empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh , 21; Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56.

Mereka didakwa membunuh Zara Eleena yang merupakan orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di  Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara jam 1.30 pagi dan jam 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menurut Amathi lagi, mayat lelaki tersebut berbaju kemeja-T dan seluar jeans manakala mayat wanita itu berkemeja-T dan wajahnya pula menghadap ke atas dan keadaan mayat sudah mereput dan busuk.

Ditanya mengenai lampu kedua-dua bilik itu, saksi menyatakan kedua-dua lampu bilik sedia terpasang ketika dia menjalankan pemeriksaan itu sekitar jam 9.40 malam pada 11 Mac 2012.

Selepas itu, menurut Amathi, dia menghubungi Ketua Polis Daerah Puchong dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Puchong, seterusnya mendapat arahan supaya menunggu sehingga pegawai penyiasat datang ke tempat kejadian pada jam 11 malam hari yang sama bersama pasukan forensik.

Ketika disoal balas oleh peguam, Rusli Zain yang mewakili tertuduh ketiga iaitu Azizi Aizat atau Boy, sama ada saksi melihat ada kereta di dalam kawasan rumah itu, Amathi menyatakan, tidak nampak sebarang kereta di situ.

Disoal sama ada saksi itu menemui jiran mangsa, saksi menyatakan ada pergi ke rumah No 26 bersebelahan rumah mangsa dan seorang wanita memberitahu sudah beberapa hari tidak nampak kelibat Zara Eleena dan Omar Peter.

Sementara itu, saksi pendakwaan ketujuh, Farah Dayana Sulaiman, 26, yang menetap di taman perumahan yang sama menyatakan, dia kenal Zala Eleena, Omar Peter dan ibu Zara Eleena, Normaliah Mahmood sebagai jiran kepada ibu angkatnya yang tinggal di rumah No 26.

Menurut Farah Dayana, dia mengenali Zara Eleena tetapi tidak pernah bertegur dan mereka cuma berbalas senyuman sahaja apabila ternampak antara satu sama lain.

"Kali terakhir saya nampak Zara Eleena sekitar jam 11 atau 12 malam, tarikh tidak ingat, waktu itu saya bersama anak ibu angkat saya, Ernina dan seorang kawan bernama Aryati daripada IOI Mall pulang ke rumah ibu angkat untuk menghantar roti.

"Saya tunggu di dalam kereta yang saya letakkan di hadapan rumah ibu angkat saya dan juga berhadapan kereta Perodua Kenari merah milik Zara Eleena yang turut diletakkan di situ,'' ujarnya.

Menurut saksi itu lagi, ketika Ernani masuk ke rumah menghantar roti, dia melihat Zara Eleena keluar dari rumahnya, menghampiri tempat pemandu kereta Kenarinya dan kemudian ada seorang lelaki keluar dari tempat duduk penumpang hadapan dan bertukar tempat duduk dengan Zara Eleena.

Lelaki berkenaan kemudian dicamkan oleh saksi itu sebagai tertuduh pertama kes ini, Mohamad Zul Shahril Suhaimi atau Shah.

Menurut Farah Dayana, kereta Kenari itu kemudian bergerak melalui keretanya dan dia nampak terdapat seorang lagi lelaki duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.

Ditanya lagi oleh Aidatul Azura sama ada itu kali pertama dia melihat Shah, saksi itu berkata dia pernah nampak Shah bersama kawannya lebih kurang tiga kali di depan rumah Zara Eleena pada waktu siang tetap tidak dapat mengecam kawan Shah itu.

Ketika disoal balas oleh peguam Abdul Halim Mohd Husin yang mewakili Mohamad Sharafe atau Mat Rof, bagaimana dia dapat melihat dengan jelas Zara Eleena dan Shah pada malam itu, saksi itu berkata terdapat dua lampu jalan di hadapan rumah Zara Eleena dan keadaan tidak gelap.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Bunuh warga emas: Dua beradik dihukum gantung

8:31 PM No Comments

SHAH ALAM - Dua beradik dihukum gantung smpai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh dan merompak menggunakan senjata terhadap pasangan warga emas, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Ghazali Cha, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, dan lapan tahun penjara terhadap Mohd Shamsul Abdul Aziz, 46, dan Tuti Tuti Adayu Abdul Aziz, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Shamsul turut dijatuhi hukuman tiga kali sebatan bagi kesalahan merompak.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata semasa pembelaan bersumpah, kedua-duanya menafikan mereka terlibat dalam kesalahan seperti dalam pertuduhan sebaliknya terdapat pasangan lain yang menaiki kereta proton saga warna merah datang ke rumah mangsa.

"Pembelaan tertuduh yang menyatakan terdapat pasangan lain yang datang ke rumah mangsa hanyalah rekaan dan alasan yang difikirkan semula,"katanya.

Menurut hakim, versi pembelaan itu hanya ditimbulkan ketika pembelaan dan pihak pembelaan gagal mematahkan kes di peringkat pendakwaan.

"Kedua-dua tertuduh datang bersama-sama ke rumah mangsa untuk melakukan jenayah,"katanya.

Mengikut pertuduhan dua beradik itu didakwa membunuh Nen Arifin, 75, di sebuah rumah di nombor 35, Jalan Kembojasari 12, Sungai Buaya, kira-kira pukul 8.15 malam, 27 Februari 2010.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kedua-dua mereka turut didakwa merompak dua utas rantai leher emas dan dua utas gelang emas milik isteri mangsa, Siti Aminah Latef pada masa dan lokasi yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V Aravindhakshan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Kopi perangsang cabut nyawa

8:27 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di dalamnya.

Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.

Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.

“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.

Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.

Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin  memproses dan membungkus kopi berkenaan.

Kes  disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Amah kelar anak majikan

8:24 PM No Comments

SUNGAI BULOH –  Tidak tahu di mana silapnya, seorang pembantu rumah warga Indonesia membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Keluarga itu meninggalkan kanak-kanak itu dibawah jagaan orang gajinya selepas keluar menguruskan restoran  kira-kira jam 5 petang Kejadian malang itu hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan nenek  mangsa memanggil kedua-dua cucunya namun tidak berjawab sebelum terkejut menemui mayat cucunya  berusia lima tahun dan pembantu rumah dibilik ditingkat bawah manakala seorang lagi ditingkat atas berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supritendan Junaidi Bujang berkata,polis  yang tiba  mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat dikelar selepas menemui dua bilah pisau di berlumuran darah berhampiran mayat pembantu rumah.

Menurutnya suspek dipercayai membunuh Melvin Selvan Joseph, 1 tahun 6 bulan  terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya  Kuay Jia Hiong, 5 dan kemudian terus mengelar dirinya.

“Mayat Melvin ditemui di atas katil dengan tangan kanannya masih memegang  alat kawalan TV.

“Pembantu rumah itu dikenali sebagai Agnes, 30, berasal dari Indonesia tidak mempunyai permit  dan sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lebih setahun yang lalu,” katanya.

Difahamkan tiada sebarang kesan pecah masuk dirumah itu yang boleh mengaitkan kes berkenaan dengan aktiviti jenayah lain.

Selain mangsa, rumah berkenaan turut  didiami oleh   ibu bapa, nenek mangsa dan dua kakak mangsa.

“Siasatan mendapati keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan suspek, sebaliknya wanita itu dikenali dengan sifat penyayangnya,” katanya.

Menurut Junaidi kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Neelofa pilih lelaki berusia? | Nor Neelofa Mohd Noor

8:19 PM No Comments

SIAPA tak terpikat dengan kecantikan pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini, malah, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa punya pakej lengkap sebagai selebriti dan aura tersendiri.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki yang ingin mendekati dan menjadikannya sebagai teman istimewa mereka tak kurang pula yang ingin memperisterikannya.

Diusik soal cinta dan jodoh, walaupun Neelofa tidak meletakkan syarat tertentu, namun dia mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.

Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini rupanya lebih selesa berkawan dengan lelaki berusia.

“Saya seorang yang simple dan easy. Asalkan saya selesa dan paling penting disukai ibu saya itu sudah cukup. “Tapi saya tak mahu letakkan apa-apa syarat dan kriteria tertentu, kerana kita takkan dapat orang yang betul-betul kita nak. Setiap orang berbeza dan unik, apa yang pentingnya keserasian dalam hubungan. “Jadi, jika berjumpa dengan orang yang benarbenar sesuai dengan karakter saya akan terima.

Tapi apa yang paling penting saya mahukan seorang yang bijak dan lebih berusia, kerana mereka lebih matang,” katanya. Akui masih belum menemui calon yang sesuai, pelakon cantik ini berkata, dia lebih selesa berkawan dengan sesiapa saja yang ingin mendekatinya.

Bagaimanapun restu orang tua tetap diutamakan terlebih dahulu. “Bukan mudah mencari pasangan yang benarbenar memahami serta ikhlas, setakat ini saya belum jumpa yang sesuai.

“Lagipun, ramai kawan saya yang berkahwin muda mempunyai masalah akhirnya bercerai,” katanya yang tidak mahu menjadikan percintaan sebagai fokus utamanya memandangkan dia lebih memberikan tumpuan terhadap karier bagi jaminan masa depan.

Menurut pelakon filem Lemak Kampung Santan ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Sekarang ni fokus saya nak kumpul duit beli rumah dan mencapai cita-cita saya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

Kisah lanjut di http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Balasan tunai cabar Tuhan

8:15 PM No Comments

Ipoh: “Mereka menjerit mencabar kuasa Tuhan sambil mencekik isteri saya sekuat hati. Akhirnya dosa mereka dibalas apabila ketiga-tiga mereka mati ditembak polis Ahad lalu,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang enggan namanya didedahkan.

Dalam kejadian jam 4 pagi pada 4 Januari lalu, sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah mangsa di Kampung Dendang, Beruas.

Penjenayah turut bertindak kejam apabila mengacukan parang ke arah leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun selain mengugut mahu menikam mati bayinya yang baru berusia lima bulan.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah ibunya itu susulan mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur.


“Perompak memecah masuk melalui pintu belakang rumah sebelum menyerbu bilik tidur ibu saya terlebih dulu. Mereka kemudian mengugut supaya ibu saya menyerahkan wang.

Sumber : http://www.hmetro.com.my
Read More...


Budak maut digilis kereta jiran

8:09 PM No Comments

Sabak Bernam: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut digilis sebuah kereta dipandu jirannya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Sekinchan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, pemandu berusia 59 tahun berkenaan dikatakan baru keluar dari rumahnya sebelum memberhentikan seketika keretanya kerana mahu mencari sesuatu dari dalam kereta itu.

Namun, sebaik menemui apa yang dicari, lelaki itu meneruskan perjalanan sebelum tersedar seperti terlanggar sesuatu lalu keluar dari kenderaan untuk memeriksa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, lelaki berkenaan dikatakan sedang mencari dokumen tertentu dan sejurus menemuinya, dia terus memandu, namun terkejut apabila terdengar dentuman sebelum kenderaannya bergoyang seolah-olah terlanggar sesuatu.

“Sejurus keluar memeriksa keadaan kereta, dia terkejut apabila mendapati seorang kanak-kanak terbaring berlumuran darah di hadapan kenderaan dan kejadian turut disaksikan seorang jirannya yang segera mendapatkan ahli keluarga mangsa.

“Sejurus dimaklumkan, ahli keluarga mangsa segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tanjung Karang, namun dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mangsa, Pua Yen An, 8, dipercayai mati dalam perjalanan ke hospital dan mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarga.

Harian Metro difahamkan, laporan mengenai kejadian itu dibuat bapa mangsa yang berusia 37 tahun itu kira-kira jam 10 malam di Balai Polis Sabak Bernam dan polis sudah menahan pemandu kenderaan terbabit sebelum keterangannya diambil untuk membantu siasatan.

Sehubungan itu, Noor Mushar menasihatkan orang ramai agar memandu secara lebih berhati-hati bagi mengelak berlaku kemalangan yang boleh membawa kerosakan harta-benda atau kematian.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Dua beradik rentung

8:05 PM No Comments

Bintulu: Dua beradik perempuan masing-masing berusia tiga dan empat tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Seberang, Taman Sebiew di sini, petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 1.15 petang mengorbankan Christina Christy anak Eddy serta adiknya Olivia Natasha selepas kedua-dua dilaporkan gagal menyelamatkan diri berikutan api marak.

Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu Di Hatta Gobil berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama abang dan kakaknya di rumah manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.

Beliau berkata, bagaimanapun, abang dan kakak mangsa masing-masing berusia enam dan lapan tahun sempat keluar menyelamatkan diri namun mangsa terperangkap sebelum ditemui rentung di dapur.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang sebelum mengerahkan lapan anggota ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, kami berdepan kekangan kerana jentera tidak boleh memasuki lokasi kejadian berikutan ketiadaan jalan raya.

"Kami terpaksa menggunakan perahu milik penduduk kampung berkenaan untuk membawa peralatan ke lokasi kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang," katanya

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger