Monday, March 5, 2012

Hati tidak bahagia

6:41 PM No Comments





Assalamualaikum, hati tidak bahagia, begitulah tajuk entri pada kali , tapi pernah tak kamu semua terfikir apa sebab hati kita tidak bahagia, apakah sebabnya ? mungkin ada timbul perasaan mazmummah dalam diri kita , mari sama - sama kita intai antara sebab - sebab hati kita tidak bahagia.



1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)



2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kesekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walaueja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…


Jadi marilah kita elakan sifat mazmumah yang ada dalam hati kita, jagalah hati jangan kau nodai , jagalah hati lentera hidup ini. Assalamualaikum...



Read More...


Sejarah Blog " Tiada Kepalsuan "

6:17 PM No Comments



Assalamualaikum semua, wah lama rasanya tak update blog, kesibukan yang melanda, dan masalah utama ialah laptop rosak, kepada yang rindu saya tu saya rindu anda juga, Entri kali ini akan mengisahkan tentang latar belakang ataupun sejarah blog Tiada kepalsuan ni.. so , marilah baca kisah perjalanan blog aku sehingga sekarang..

Bila di wujudkan ?

Blog ini di wujudkan  pada  bulan November tahun 2010, pada saat dan ketika ini tujuan buat blog ni sebab tengok member buat, kita pon tiru la. Tahun ini juga aku hanya hasilkan 15 entri, sebab masa ni memang tak tau nak tulis apa, just bantai... hehe, tapi lama kelamaan berkecimpung dalam dunia blog ni rasa best pula, dapat berkongsi maklumat dengan semua orang, kepada yang singgah blog aku tu terima kasih, Stastistik terkini visitor blog aku  38, 487, walaupun tak banyak tapi big thanks to yang lawat blog aku, aku amat menghargainya. Terima kasih.

Siapa yang memberi dorongan ?

Dalam penghasilan blog ni , tiada siapa pon yang beri dorongan ni semua terhasil atas diri sendiri , mulanya memang tak tahu apa2x pasal blog ni, ada juga tnya mmber mcm mana nak add gadget, font , background dan sebagainya... mmg tak tahu apa2x, tapi sekarang lebih baik dari dulu lagi la...hehe.

Kenapa nama Tiada Kepalsuan di pilih ?

Nama blog tiada kepalsuan ini di pilih inspirasi dari sebuah lagu kegemaran aku, lagu dia bertajuk tiada kepalsuan , nyanyian Aiman , akademi nasyid, lagu ni penuh dengan makna tersirat dan juga tersurat yang dapat memberi mesej kepada masyarakat tentang kehidupan kita, .. Blog ni pon banyak menceritakan ttg liku - liku kehidupan aku dan  juga banyak tentang pengalaman yang aku alami, so ianya sangat sesuai dengan nama blog aku ... apa2x pon mmg best la dapat luahkan segala - galanya dalam blog ni... 

Kenangan manis sepanjang berblogging ?

Apa yang di sini bagi aku, apabila kita sebarkan maklumat , berkongsi cerita dengan semua orang, memang la bukan ramai yang baca blog aku ni , tapi apa yang di cari ni di sini adalah kepuasan dalam berblogging... Selain dari tu kenangan manis nya juga apabila orang komen entri kita , ada dulu entri aku di komen oleh 50 lebih dalam satu entri mmg x banyak mcm korang tapi tu adalah satu semangat , satu dorongan untuk aku terus berblogging, ada yang komen dan cakap bagus entri ini, di sinilah kepuasan berblogging itu di rasai....

Kenangan pahit sepanjang berblogging ?

Kenangan pahit kat sini, hmm... sebenarnya tak begitu banyak kenangan pahit semasa berbloging ... tapi ada la skit ja... di serang oleh cik annon, hmm dia kutuk blog aku ! haha... tapi apa aku kisah ini adalah aku, buat apa aku nak berpura - pura menjadi yang lain kan ? mmg kenangan pahit tu sangat kurang, cuma di kritik tu biasa la, ada yang kritikan membina dan ada kritikan yang untuk menjatuhkan.. apa2x pon aku terima ja... manusia bukan nya sempurna..

Ucapan kepada pembaca

Ada sedikit ucapan kepada pembaca ataupun pelawat blog aku, aku sangat berterima kasih kepada yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni, kalau aku ada buat salah, terkutuk sapa2x aku minta maaf, apa yang perlu kita tahu yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datanya dari kesilapan diri kita sendiri, kepada follower aku yang seramai 1217, terima kasih kerana sudi follow blog budak hingusan ni... amat terharu...walaupun jumlahnya tak sebanyak blog org lain tapi aku sngt gembira.. Akhir sekali , sebarang cadagan , komen , kritikan  amatlah di alu - alukan... Sekali lagi terima kasih semua ! Assalamualaikum, jumpa lagi ! :)

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger