Friday, July 29, 2011

BIODATA : Khairul Fahmi Che Mat

11:56 PM 8 comments




Assalamualaikum ... ini ada cita skit nak kongsi.. tentang

 biodata Wira Negara kita... 

Khairul fahmi Che Mat...















NAMA:
NAME:

Khairul Fahmi bin Che Mat



TARIKH LAHIR:
DATE OF BIRTH:

7 Januari 1989
7 January 1989



TEMPAT LAHIR:
PLACE OF BIRTH:

Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.



NAMA BAPA:
FATHER'S NAME:

Che Mat Hussain



ADIK-BERADIK:
SIBLINGS:

Anak ke-4 daripada 5 orang
The Fourth of Fifth Children.



SEKOLAH RENDAH:
PRIMARY SCHOOL:

Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu.



SEKOLAH MENENGAH:
SECONDARY SCHOOL:

1.Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru.
2. Sekolah Sukan Bukit Jalil (National Sport School)



POSISI BERMAIN:
PLAYING POSITION:

Penjaga Gol
Goalkeeper



KELAB SEMASA:
CURRENT CLUB:

Kelantan FA



NOMBOR:
NUMBER:

19











OK... harap semua dapat sedikit info , tentang wira kita ini....


Read More...


Wira Negara

12:16 AM No Comments





Khairul Fahmi Che Mat 
Wira Negara





Asslamualaikum ... semua,  baru tadi tamat sudah perlawan ke dua antara Malaysia dan Singapore , keputusan berkesudahan  seri , namun mngikut argregat malaysia tewas 6 - 4.... 10 gol dalam 2 perlawanan ! fuhhh... mmg bnyk 2... apa2x pon tahniah pada malaysia kerana bermain dengan baik.. kesalahan di sini rasanya barisan tengah dah pertahanan.... kurang mantap..  apa2x pon x puas hati dgn sikap pemain singapura  yg berpura - pura sakit  dalma minit2x kecemasan.... Pasukan singapura x kan pergi jauh... mungkin selepas ini mereka akan tersingkir dgn attitude yg sebegitu... apa2x pon penjaga gol malaysia bermain cemerlang ... Tahniah khairul che fahmi !... anda wira negara negara ... x lupa juga  kepada Saffe sali , yg telah mnjaringkan 3 gol... wat negara....  n kpd S. kunalan, bermain dgn baik bg aku,,  lincah dah bermain bermati -matian..... yg lain aku x taw.... 




Terbaik !






Safee sali , Wira Negara  !
3  Gol ..





S.  Kunalan , Wira Negara !




Apa2x pon tahniah wat team malaysia kerana  berjaya smpi hingga ke tahap ini....



Read More...


Thursday, July 28, 2011

Membaham Setiap lawannya

5:52 PM No Comments






Assalamualaikum... sebenarnya aku tertarik dengan poster ni nice.... cantik sekali...

" Harimau malaya akan membaham setiap lawannya " 


* SEMOGA BERJAYA HARIMAU MALAYA *

Read More...


Debaran menanti

5:41 PM No Comments




Assalamualaikum... tadi aku dengar lagu ni kat fb kawan aku ., apabila aku dgr , ternyata ianya best... tu yg nak share kat semua org... ok selamat mndengar..... waktu hmpr dekat ke 8.45 malam.... semoga malaysia berjaya malam ini.,...... Go Malaysia !




Read More...


Malam ini

2:41 PM No Comments








Segalanya akan terjawab malam ini.. Mari lah beramai2x kita menyokong skuad harimau malaya kita. Di harap mereka  dapat memberikan permainan yang terbaik.. dan tidak mengecewakan rakyat malaysia.. semoga berjaya ...
































Malaysia Vs Singapura
Kelayakan Piala dunia 2014 , Brazil
28 Julai 
Stadium Bukit  Jalil
8.45 Malam

Semoga berjaya ! Malaysia Boleh !


Read More...


Taubat Seorang Hamba

12:21 PM No Comments



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...






Read More...


Taubat Seorang Hamba

12:21 PM No Comments



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...






Read More...


Pemergianmu - Inteam

11:25 AM No Comments



Setiap yang hidup pasti akan mati ,
Dari allah kita datang kepada allah kita kembali ,

Al - fatihah....


Read More...


Janji mesti di kotakan

11:12 AM No Comments






Assalamualaikum semua !... kali ini entry aku bersempena dgn friends aku yg ke 200... seperti aku janjikan siapa yang jadi follower aku yang ke - 200 aku akan wat entry khas unutk dia .... dia sebenarnya kawan aku sendiri mmg tak di sangkakan kawan aku sendiri yang jadi follower yg ke 200, apa2x pon terima kasih kerana sudi follow... dia adalah Syed , di kesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua follower aku..... Harap kita akan berjumpa lagi di entry yang akan datang.... Terima kasih semua.....




                                  Ni blog sahabat aku tu : 




                                         Syed Shahrizal

                                          Follow la dia,..

     Thanks all.... because be my follower... keep it  touch ok !



Read More...


Wednesday, July 27, 2011

Good Morning !

11:39 AM No Comments













GOOD MORNING



Gold Divider Pictures, Images and Photos

Gold Divider Pictures, Images and Photos

FRIENDS

ALLAH made the illusion look real

and the real an illusion


.

Remember

Allah knows the secret thoughts and longings of every mind and heart

Take Care & Keep Smiling

~Simply Little~




Read More...


Tuesday, July 26, 2011

OH ! Angin

1:02 PM No Comments





Hari ini,
Ku jejakan kaki ku,
Keluar dari rumah ku ,
Ku di sambut ,
Oleh kemergesikan ,
Keindahan , 
Ciptaan Allah ,
Aku sangat gembira , 
Di belai oleh angin, 
OH ! , indahnya,
Anugerah dari-Nya,
Aku menunggu rahmat dari-Nya
Agar di turunkan hujan, 
Supaya semua tanaman menjadi segar ,
Supaya yang panas menjadi sejuk ,
Supaya kita semua di rahmati , 
Puisi ini ku gubah ,
Untuk kamu, 
Wahai kaki bloggers .


Nukilan : Muhammad Yunus, 12.56 tgh, 26.7,2011, Selasa......
Read More...


Jangan Bising

12:10 PM 1 comments








Asslamulaikum.... hye all.... lama x tulis...  sbnrya ruma aku ni betul2x tepi jalan... so.. pa lg mmg bising  la.... waktu pagi , tghari , malam... yg x tahan waktu malam la. otw nak tido bnyi bising , bnyi moto la yg paling sakit hati ... dok preng2x...... kadang2x bnyi hon... terkejut aku ni dah la cepat terkejut hehehe.... so itu saja nak cakap sbb mmg x da idea,,.. klu da masa saya cita lain plop k.... hehehee..... Bye alls....... 







Ni la mereka yang selalu membuat bising !





Jangan dok preng2x... sangat la.....







Wah klu mcm ni bising x ?




<............OK....JUMPA LAGI !'...........>


Read More...


Monday, July 25, 2011

Tahan sakit 7 jam disengat tebuan

2:41 PM 1 comments












MUHAMMAD ADLI menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar kelmarin.


KUALA KANGSAR: Dua pelajar Tingkatan Dua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh terpaksa menanggung kesakitan hampir tujuh jam sebelum diselamatkan bomba dan penyelamat akibat cedera disengat tebuan ketika mendaki Gunung Bubu, Ulu Kenas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Adli Aiman Razali dan Mohd Harith Zainudin, masing-masing berusia 14 tahun, cedera terutama di muka dan seluruh badan akibat disengat tebuan tanah sebelum dibawa turun anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, malam kelmarin.

Kedua-dua mereka yang kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK) dilaporkan stabil dan dijangka keluar hospital hari ini. Mereka antara 26 pelajar dan tiga guru pengiring STAR yang menyertai ekspedisi berkenaan.


Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Adli, berkata dia bersama pelajar lain termasuk guru pengiring mula mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang apabila secara tiba-tiba diserang tebuan tanah.

“Sebaik diserang, saya dan Mohd Harith lari bertempiaran serta sempat menjerit kepada rakan lain termasuk guru supaya menyelamatkan diri.

“Keadaan menjadi kelam-kabut apabila masing-masing lari menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun, keadaan kembali tenang setengah jam kemudian sebelum saya diberi rawatan awal oleh guru,” katanya ketika ditemui di HKK di sini, semalam.
Muhammad Adli berkata, tebuan tanah itu menyerangnya selepas dia dan Mohd Harith terpijak sarang serangga berbisa itu ketika mendaki. 





SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

Read More...


‘Harimau Malaya mampu bangkit’

2:36 PM No Comments







Jurang 2 gol bukan terlalu sukar: Azraai; Cari gol awal untuk buat lawan tertekan: Devan




“JURANG dua gol bukan terlalu sukar dan saya yakin skuad negara mampu bangkit dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014,” kata jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai peluang skuad negara dalam perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini. 

Bekas jurulatih skuad Harimau Muda A itu berkata, kekalahan 5-3 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar kelmarin, mampu ditebus sekiranya Harimau Malaya kembali mengamalkan corak permainan sebenar dan memperbaiki segala kelemahan, terutama barisan benteng yang masih goyah.

Menurut Azraai, faktor padang tiruan menjadi antara penyebab utama skuad bimbingan Datuk K Rajagobal gagal mempamerkan aksi sebenar tetapi dia yakin pemain negara mampu kembali menampilkan aksi cemerlang apabila beraksi di depan penyokong sendiri dan di atas padang rumput.


Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, memang banyak pasukan berdepan masalah setiap kali beraksi di padang tiruan di Singapura itu yang sememangnya sentiasa memberi kelebihan kepada tuan rumah,” katanya yang meramalkan Harimau Malaya akan menang 2-0 di Bukit Jalil. 

“Saya sendiri pernah menempuh keadaan itu dalam saingan Piala AFC yang mana pasukan bimbingan saya kalah teruk di Singapura tetapi menewaskan lawan dengan jaringan besar apabila beraksi di laman sendiri.” 

Jurulatih Selangor, K Devan turut menyuarakan keyakinan skuad negara akan bangkit menebus kehampaan pada perlawanan timbal balik nanti. 

Devan berkata, apa yang perlu dilakukan skuad Rajagobal ialah memperkemaskan benteng pertahanan yang kelihatan agak longgar dalam perlawanan pertama itu sambil cuba memburu gol awal pada saingan di Bukit Jalil nanti untuk membuat lawan tertekan. 
“Mereka juga harus elakkan memberikan sepakan percuma kepada lawan di depan kotak penalti kerana dua gol Singapura semalam (kelmarin) dihasilkan menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti,” katanya. 

Jurulatih Perak, Norizan Bakar berpendapat Rajagobal tentunya sudah mengenal pasti punca kekalahan di Singapura dan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan memihak skuad negara dalam perlawanan timbal balik itu. 

“Jurulatih lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam skuadnya, tentunya dia akan berusaha tingkatkan lagi kekuatan yang ada dan memperbaiki segala kelemahan,” kata bekas jurulatih kebangsaan 2005-2007 dan skuad B-23 2005-2006 itu. 





SUMBER : BERITA HARIAN  ONLINE
Read More...


Sunday, July 24, 2011

Mencari yang ke - 200

8:45 PM 2 comments









Asslamualaikum..   ok kali aku nak mencari... mencari pa ? aku menunggu siapa follower aku yg ke  - 200... hhhaaa... mesti da yg gelak... hahahah... follower 200 pon nak bising... hahaha... aku x kisah semua tu... sbb.. aku tau blog aku bkn popular pon tp aku berterima kasih kepada mereka yg follow aku,,,, 














bg aku bkn snng la nak dpt 10 follower pon... bkn semua nak follow blog aku , tp aku rasa happy bilanya.... follower aku dah hampir mencecah angka ke 200.... hehhee... so kepada sesiapa yg x follow aku lg.... cepat2x la yerr.... thanks support aku.... aku juga sngt mngalu -alukan sesiapa yg nak komen , kritik blog aku... aku x pndi tu semua... hehehe sila beri tunjuk ajar....  sapa yg follower aku yg ke 200.. nt aku akan wat entry khas untuk dia.... hehe... ok2... thanks all.... hehe... Jmpa lg... 







Thanks all !



Read More...


Manusia beruk

9:14 AM No Comments









MEWUJUDKAN beruk  berciri manusia mendapat bantahan saintis di Britain.


MEWUJUDKAN beruk berciri manusia mendapat bantahan saintis di Britain.



LONDON: Saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood Planet of The Apes.
Dalam satu laporan, saintis berkenaan memberi amaran penyelidikan yang sedang dilakukan sekarang hampir melanggar etika dalam cubaan untuk menyatukan ciri manusia dengan haiwan.

Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu berkata, masyarakat perlu sedar penyelidikan yang mencampurkan adukan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat. 

‘Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama ini sebelum ia benar-benar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail. 

Akademi Saintis Perubatan United Kingdom menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampur adukan gen manusia dalam tisu haiwan. 

Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakan membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia. 
Haiwan makmal ini digunakan untuk mewujudkan ubat baru bagi penyakit seperti kanser dan Alzheimer atau untuk mengkaji fungsi gen tertentu. 

Penyelidik juga didapati mewujudkan haiwan berciri manusia dengan memasukkan sel tunjang manusia ke dalam embrio haiwan. 

Haiwan digelar ‘chimeras’ ini adalah untuk mengkaji penyakit seperti strok, hepatitis dan kanser. 

Laporan saintis itu tidak mempersoalkan penyelidikan seumpama itu, namun mereka berkata, jika tidak dikawal, lambat laun kegiatan itu akan mewujudkan haiwan yang memiliki ciri manusia yang tidak boleh diterima masyarakat. 

Laporan itu mendesak Kementerian Dalam Negeri memantau penyelidikan berkenaan dan mengharamkan uji kaji yang membabitkan suntikan sel tunjang manusia ke dalam otak beruk bagi mendapatkan haiwan yang mempunyai kelakuan seperti manusia. 

Pengharaman penyelidikan sedemikian dapat menghalang usaha mewujudkan beruk yang mempunyai daya ingatan dan pertuturan seperti manusia. 

Seorang lagi penulis bersama laporan itu, Profesor Thomas Baldwin berkata: “Kami bimbang jika sejumlah besar sel otak manusia disuntik dalam otak beruk ia boleh memberi haiwan itu keupayaan yang selama ini hanya dimiliki manusia seperti pertuturan atau kebolehan untuk memanipulasi.” – Agensi 


Sumber : Berita Harian Online
Read More...


Saturday, July 23, 2011

Bulan Syaaban : Memperbaiki hati dari segala cacat

4:42 PM No Comments









Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.


Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.


Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:



Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..


Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:
Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".
Banyak melakukan amalan takwa dan taat.Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".


Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.



Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.


Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. (Surah as-Syura: 30).



Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger