Thursday, October 2, 2014

Bela harimau untuk takutkan kera

4:37 PM No Comments

POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu.

Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu.

Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu.

Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka mencari pelbagai cara untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya.

“Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu.

"Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, teknik yang digunakan itu telah memberi manfaat kepada keluarganya kerana semenjak itu binatang perosak tidak lagi berani mendekati halaman rumah mereka.

Menurutnya, dia mendapat idea meletak patung harimau itu selepas melawat rumah saudaranya di Pantai Remis di kawasan kelapa sawit yang turut menghadapi masalah sama.

"Teknik itu sangat berkesan hingga menyebabkan saya turut membeli anak patung harimau di Air Hitam, Johor Bahru dengan harga RM120 dan meletak di sekitar halaman rumah.

“Alhamdulillah, semenjak saya meletak di sekitar halaman rumah, binatang seperti kera dan babi hutan tidak lagi berani menghampiri kawasan rumah kami," katanya.

Malah katanya, bagi mengelirukan binatang perosak itu, dia turut sering mengubah patung harimau itu.

"Apa yang menariknya, semasa kami meletakkan harimau di bawah pokok, kami tengok gelagat kera yang datang sekumpulan berteriakan seolah-olah bimbang akan menjadi mangsa harimau itu," katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Terima kasih Najib, kata rakyat

4:30 PM No Comments

SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat.

Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.

Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Senarai Lagu Tema OST Maaf Jika Aku Tak SempurnaTV3 | Slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna TV3 2014

4:24 PM No Comments

Lagu berjudul Egoismu nyanyian Liza Hanim telah dipilih sebagai lagu tema yang akan menghiasi drama terbaharu Maaf Jika Aku Tak Sempurna di slot Akasia TV3. Egoismu adalah ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Selain lagu tersebut, terdapat beberapa buah lagu yang akan dimainkan pada setiap babak menarik dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna antaranya adalah seperti berikut :- 

  •   Egoismu -  Liza Hanim          
  •  Aku Cinta Padamu - Lokman Aslam  
  •   Tolong - Mafarikha

Sumber : http://www.mysumber.com

Read More...


Kembali lagi !

4:12 PM No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi, Semua Blogger dan Para pembaca Blog 'Tiada kepalsuan' (ade ke?). Alhamdulillah, sekali lagi saya kembali setelah menyepi untuk beberapa bulan. Rindu sangat sebenarnya untuk menulis tetapi kekangan masa tidak mengizinkan. 

Terlalu banyak cerita dan pengalaman yang saya tidak sempat untuk kongsikan kepada semua. Insyallah jika memori masih segar di ingatan saya akan cuba untuk "imbas kembali" cerita-cerita yang lepas. Sebenarnya menulis di blog ini memberi satu kepuasan, di mana kita dapat  luahkan segalanya di sini. Segala kenangan dan pengalaman hidup dapat kita kongsikan di sini. Biarlah tiada pembaca janji kita sendiri yang memmbaca Blog kita.

Segala perkongsian dan pengalaman di Blog ini harap dapat mematangkan dan dir saya dan orang di sekeliling saya. Insyallah selepas ini akan cuba menulis kembali. Kepada  semua sudi-sudilah singgah di Blog saya yang tidak sebeberapa ini. Harap kita dapat berjumpa lagi. Assalamualaikum. :)
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger